Messrs. Zulpadli & Edham

Messrs. Zulpadli & Edham The firm was established on 1st day of June 1997 on a partnership basis under the name and style of M Zulpadli & Edham had humbly grown bigger and bigger.

Established in the year 1997 by Zulpadli Bin Mohamad and Ahmad Edham Abdulwani Bin Mohamad, Messrs. Till Now, with the capacity of 24 lawyers (including 5 partners), 12 chambering students and 40 supporting staffs, the firm had undertaken works from numerous institution as well as individuals. The firm is also top panel of Solicitors for several financial institutions, despite conducting equal volume of general litigation cases

Dibarisi pasukan peguam kami diketuai oleh En Ash Othman , Senior Partner, kami telah diberi kepercayaan untuk mewakili ...
13/07/2026

Dibarisi pasukan peguam kami diketuai oleh En Ash Othman , Senior Partner, kami telah diberi kepercayaan untuk mewakili Plaintif dalam satu tindakan undang-undang melibatkan tuntutan berjumlah RM1.3 juta yang dikatakan berpunca daripada kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Melalui tindakan ini, Plaintif mendakwa kediamannya mengalami kerosakan struktur yang serius akibat aktiviti pembinaan berhampiran, sekali gus menuntut pampasan bagi kerugian yang didakwa dialami.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laporan berita penuh melalui pautan yang disertakan di ruangan komen.

بسم الله الرحمن الرحيمSempena kedatangan tahun baharu Hijrah ini, kami di Messrs. Zulpadli & Edham ingin mengucapkan Sal...
16/06/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

Sempena kedatangan tahun baharu Hijrah ini, kami di Messrs. Zulpadli & Edham ingin mengucapkan Salam Ma’al Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Hijrah mengajar kita erti pengorbanan, kesabaran, kecekalan dan keyakinan dalam melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Semoga tahun baharu ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh silaturahim, serta terus berusaha dengan amanah dan integriti dalam setiap tanggungjawab yang dipikul.

Moga Allah SWT memberkati perjalanan hidup kita, mempermudahkan segala urusan, dan mengurniakan ketenangan serta kejayaan dunia dan akhirat.

Salam Ma’al Hijrah 1448H.

Kami amat berbesar hati dan merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh Dato’ M.Nasir dan Luncai Emas Sd...
13/06/2026

Kami amat berbesar hati dan merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh Dato’ M.Nasir dan Luncai Emas Sdn. Bhd. kepada firma kami untuk mewakili mereka dalam tindakan undang-undang berkaitan perkara ini.

Semoga keadilan dan kemenangan berpihak kepada anakguam serta tim kami yg diterajui Tuan Edham Mohamad

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

*Untuk pautan berita lanjut dan beberapa pautan berita dari pelbagai pelapor, boleh rujuk link di dalam comment.

Salam Aidiladha 1447H / 2026M daripada seluruh warga Tetuan Zulpadli & Edham.Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, ka...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M daripada seluruh warga Tetuan Zulpadli & Edham.

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua client, rakan-rakan, sahabat handai serta seluruh umat Islam.

Aidiladha mengajar kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketaatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kehidupan. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan, sama ada besar mahupun kecil, dipandang mulia dan diberkati oleh Allah SWT.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala salah silap, kekurangan, keterlanjuran kata, mahupun sebarang kekhilafan sepanjang urusan dan perhubungan bersama pihak kami, sama ada secara sedar ataupun tidak.

Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan rahmat buat anda sekeluarga, serta dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang diberkati dan ibadah yang diterima.

Ameen ya Rabbal A'lamin..

Salam Aidilfitri 1447h/2026m..On this blessed occasion of Hari Raya Aidilfitri, Messrs. Zulpadli & Edham (ZE) extends ou...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 1447h/2026m..

On this blessed occasion of Hari Raya Aidilfitri, Messrs. Zulpadli & Edham (ZE) extends our warmest greetings to all our valued clients, business partners, and friends.

May this festive season bring peace, happiness, and renewed prosperity to you and your loved ones.

We sincerely appreciate your continued trust and support.

Maaf Zahir & Batin.

18/03/2026
18 Ramadan 1447H8 Mac 2026Di dalam kesibukan mengejar urusan harian, Ramadan sentiasa mengingatkan kita tentang satu per...
08/03/2026

18 Ramadan 1447H
8 Mac 2026

Di dalam kesibukan mengejar urusan harian, Ramadan sentiasa mengingatkan kita tentang satu perkara yang sangat penting iaitu erti berkongsi dan kepedulian terhadap sesama insan.

Alhamdulillah, pada hari ini firma kami sekali lagi berpeluang meneruskan Program CSR tahunan kami, satu inisiatif kecil yang menjadi tradisi firma setiap kali tibanya bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Program pada tahun ini seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya, diterajui oleh rakan kongsi firma kami, En. Edham Mohamad , dan tahun ini diketuai oleh Ketua Program, En. Imran Borhan (Peguam) bersama beberapa orang pelatih dalam kamar iaitu Ahmad Zaid, Khoirul Anam, Alif Iqbal, Haani Athifah, Nur Nisriina Huwaidah, Hazim (internship student) serta beberapa orang sukarelawan lain yang turut sama berganding bahu menjayakan program ini.

Pada hari ini, kami berkesempatan turun padang ke Flat Sri Perlis, Datuk Keramat, untuk berkongsi sedikit rezeki Ramadan dengan para penduduk melalui sumbangan barangan keperluan asas dapur.

Melihat senyuman para penerima, bertukar salam dan doa sesama insan, serta merasai sendiri kehangatan kebersamaan komuniti setempat, semuanya menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna buat kami.

Sesungguhnya, Ramadan bukan sekadar bulan untuk umat Islam berpuasa, tetapi juga bulan yang mendidik kita untuk lebih memahami kesusahan orang lain, membuka hati untuk memberi, dan menginsafi bahawa rezeki yang kita miliki sebenarnya juga merupakan amanah untuk dikongsi.

Bagi kami di Tetuan Zulpadli & Edham, program seperti ini bukan sekadar aktiviti tahunan, tetapi satu usaha kecil untuk menanam nilai ihsan, empati dan tanggungjawab sosial dalam diri setiap warga firma.

Walaupun sumbangan ini tidaklah sebesar mana, kami berharap ia dapat sedikit sebanyak meringankan beban para penerima, lebih-lebih lagi dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya kepada barisan peguam dan pelatih dalam kamar yang menunjukkan semangat kebersamaan dan keprihatinan yang amat membanggakan.

Mudah-mudahan setiap usaha kecil ini menjadi amal kebajikan yang diberkati, dan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat serta keberkatan kepada kita semua.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Semoga Ramadan ini terus mendidik hati kita untuk menjadi insan yang lebih bersyukur, pemurah dan peduli terhadap sesama manusia.

Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.

Bismillah.As we welcome the blessed month of Ramadan, we extend our sincere wishes to our valued clients, colleagues in ...
18/02/2026

Bismillah.

As we welcome the blessed month of Ramadan, we extend our sincere wishes to our valued clients, colleagues in the legal profession, members of the judiciary, corporate partners, and friends across the industry.

Ramadan is a month of reflection, discipline and accountability before Allah S.W.T. It reminds us that beyond our professional obligations and commercial responsibilities, we are servants of Allah S.W.T., entrusted with duties that demand integrity, fairness and sincerity.

At Zulpadli & Edham, we remain guided by principles that align with these values. We are grateful to Allah S.W.T. for the trust placed in us by our clients and for the opportunity to serve with professionalism and diligence.

To our fellow members of the Bar, may this Ramadan strengthen our commitment to justice and ethical practice. To our clients and partners, may Allah S.W.T. grant clarity in decision making, barakah in your endeavours and continued success.

To our ZE family, past and present, we acknowledge your dedication and contributions to the firm’s journey. May Allah S.W.T. reward your efforts and grant you and your families peace, protection and prosperity.

We pray that Allah S.W.T. accepts our fasting, our prayers and our good deeds, and grants us steadfastness in our responsibilities both professionally and personally.

Ramadan Mubarak.

Address

NO. 24, Jalan Perumahan GURNEY
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60326946997

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Messrs. Zulpadli & Edham posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share