Farihah & Associates

Farihah & Associates Lawyer

Dalam hidup ni sentiasa berusaha untuk membantu memudahkan urusan orang. Sebab kita tak tahu bila masa ALLAH akan memuda...
20/09/2023

Dalam hidup ni sentiasa berusaha untuk membantu memudahkan urusan orang. Sebab kita tak tahu bila masa ALLAH akan memudahkan urusan kita sewaktu SULIT.

Apalagi seorang suami. Sentiasa wajib berusaha untuk membantu memudahkan urusan isteri. Jika berniat untuk memudaratkan..... ALLAH saja yang maha membalasnya.

Jika sudah tahu rumahtangga memang sudah tidak boleh lagi diselamatkan, lepaskan sajalah isteri tu secara baik. ALLAH dan beri peringatan. Lepaskan secara baik. Kata-kata siapa lagi yang nak didengari?

12/09/2023

Tenang itu dimana dan bagaimana?

Tenang itu berada di tengah-tengah diantara sedih dan gembira.

Apa jua perasaan yang hadir samada gembira atau sedih, orang yang tenang akan tetap tenang.

Dalam rumahtangga, pasti akan menghadapi situasi sedih atau gembira dengan sikap pasangan.

Rumahtangga adalah untuk berasa tenang. Berada di tengah-tengah tatkala menghadapi situasi sedih atau gembira. Terlalu sedih atau terlalu gembira, tetap berada pada tahap tenang. Tidak menunjuk perasan sedih, tidak juga menunjuk perasaan terlalu gembira, hanya tenang...

Matlamat rumahtangga adalah untuk merasa tenang. Apa jua situasi tetap memilih tenang dan tetap berasa tenang.

Di akhirat nanti, Allah hanya memanggil hati-hati dan jiwa-jiwa yang tenang untuk masuk ke syurgaNYA....

Jadi, amat penting kita mendidik diri kita sentiasa tenang dari sekarang sebagai persediaan menjadi ahli Syurga.

12/09/2023

Dalam hidup ini kita nak TENANG. Bukan bahagia. Rumahtangga juga adalah untuk merasa TENANG. Bahagia belum tentu Tenang. Tapi orang yang Tenang pasti bahagia.

24/06/2023

Orang yang beriman adalah orang yang selalu berpesan-pesan dengan kesabaran.

Dahulukan berpesan pada diri sendiri tentang kesabaran. Sentiasa dan selalu.

08/06/2023

Jangan pertikai rezeki orang. Allah beri rezeki ikut keperluan. Jangan pernah merasa orang lain lebih sampai lupa mensyukuri apa yg telah dimiliki.

11/06/2022
06/06/2022
29/04/2022

[PENGESAHAN NIKAH VS PENGESAHAN SAH TARAF ANAK]

Pengesahan nikah dan pengesahan sah taraf anak adalah 2 perkara yang berbeza.

Dalam memastikan samada sesuatu pernikahan itu adalah sah menurut Hukum Syarak, perkara yang perlu disiasat adalah adakah pernikahan tersebut menepati kehendak Hukum Syarak? Adakah wujud dan sempurna rukun dan syarat-syarat nikah?

Memiliki dokumen pernikahan adalah bukti wujudnya pernikahan. Walaubagaimanapun, ketiadaan dokumen pernikahan tidaklah merencatkan permohonan untuk mengesahkan pernikahan di Mahkamah. Pembuktian telah wujud atau berlakunya pernikahan boleh dilakukan dengan cara yang lain.

Harus diketahui bahawa kuasa untuk mengesahkan pernikahan bagi orang Islam di Malaysia adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Tidak ada badan atau jabatan lain yang lebih berkuasa selain Mahkamah Syariah.

Begitu juga dengan status sah taraf anak. Tidak ada jabatan atau badan lain yang lebih berkuasa menentukan sah taraf anak kecuali Mahkamah Syariah.

Jika ada isu mengenai pernikahan dan sah taraf anak, isu ini perlu dirujuk di Mahkamah Syariah.

Kegagalan mengesahkan pernikahan dan mendaftarkan perkahwinan setelah permohonan dibuat di Mahkamah tidaklah secara mutlak menafikan sah taraf anak hasil dari pernikahan tersebut. Permohonan pengesahan nasab atau sah taraf anak masih boleh dipohon di Mahkamah bagi menentukan sah taraf anak.

Jadi, nasihat saya kepada mereka yang menghadapi masalah status pernikahan dan status anak hasil pernikahan supaya merujuk kepada Mahkamah Syariah bagi penyelesaian masalah tersebut.

Saya juga nasihatkan 3 perkara ini janganlah diambil remeh dan perlu diselesaikan dengan kadar segera iaitu pernikahan, perceraian dan Rujuk.

Kecelaruan nasab dan penentuan ahli waris harta pusaka adalah antara masalah yang bakal dihadapi jika masalah ini dibiarkan tanpa sebarang penyelesaian.

28/04/2022

[REZEKI TERTUTUP KERANA MENYAKITI HATI ISTERI]

Isteri adalah amanah Allah untuk suami menjaga dengan sebaiknya.

Anak adalah amanah Allah kepada ibubapa untuk mendidik dan menjaga selaras dengan kehendak agama.

Jika kita merujuk kepada Al-Quran dan Hadis, terdapat banyak arahan atau perintah Allah supaya suami menjaga isteri, anak-anak dan ahli keluarganya dengan baik.

Ramai lelaki terutamanya suami tahu sebagai suami, dia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga isteri dan ahli keluarganya dengan sebaiknya.

Tetapi ilmu sahaja tidak cukup tanpa disusuri dengan tindakan untuk menjadi imam yang terbaik untuk ahli keluarga.

Dari pembacaan, pemahaman dan pemerhatian saya, 99% lelaki yang berjaya adalah mereka yang menjaga ahli keluarganya dengan baik. Menjaga hati isteri dengan baik, menjaga hati ibu bapa, mendidik anak-anak, melayani anak-anak dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.

Punca rezeki itu boleh datang dari pelbagai bentuk. Rezeki datang kebanyakannya dari arah yang kita sendiri tidak sangka. Maka benarlah firman Allah dalam ayat "seribu dinar", ketakwaan kepada Allah itu adalah punca kepada penyelesaian masalah, punca rezeki yang tidak pernah sekalipun kita akan sangka dari mana datangnya.

Sebagai suami, jangan terlalu mendabik dada akulah yang memberi rezeki, akulah yang memberi nafkah kepada ahli keluarga. Akulah sumber rezeki keluarga. Sedangkan yang memberi rezeki itu adalah Allah yang maha memberi rezeki.

Ketakwaan itu secara ringkasnya adalah membuat apa yang Allah perintahkan dan meninggalkan apa yang Allah larang.

Allah perintah anda wahai suami melayani ahli keluarga dengan sebaiknya. Itu adalah ciri-ciri orang yang bertakwa. Janji Allah kepada orang yang bertakwa adalah rezeki yang tidak disangka-sangka. Sesungguhnya Allah swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Merasa rezeki sempit, tersekat, tertahan, tertutup adalah kerana Dosa yang telah kita lakukan. Dosa kerana melanggar perintah Allah.

Menyakiti hati isteri itu adalah perbuatan yang tidak dis**ai Allah. Jika Allah tidak s**a, jangan anggap perkara yang sama dis**ai manusia. Jadi, jangan marah dan jangan minta penjelasan dari sesiapa jika rasa rezeki tersekat.

Muhasabah diri, tanya diri "Adakah aku sudah menjadi hamba Allah yang bertakwa?" "Adakah sikap aku, perbuatan aku selaras dengan apa yang Allah perintahkan?"

Menjadi hamba Allah yang bertakwa itu adalah jalan kepada terbukanya rezeki yang luas. Sungguh, Allah tidak pernah memungkiri janji.

25/03/2022

[BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BESAR DALAM HIDUP?]

Hidup ini adalah pilihan. Apa yang terjadi dalam kehidupan kita hari ini adalah hasil dari pilihan dan keputusan yang kita buat semalam.

Namun, untuk membuat pilihan dan keputusan yang besar itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Nak makan apa tengahari nanti pun kita berfikir-fikir dan adakalanya susah juga nak buat keputusan. Apatah lagi keputusan soal hidup dan masa depan kita.

Antara perkara yang kita boleh buat sebelum membuat keputusan yang besar, keputusan besar seperti contoh memilih atau membuat keputusan untuk berkahwin dengan si dia, ataupun bercerai atau memilih kerjaya yang sesuai, ini adalah keputusan yang besar. Sebaiknya dalam membuat keputusan seperti ini, kita senaraikan dahulu 10 perkara kebaikan dan 10 perkara negatif yang kemungkinan akan berlaku dengan pemilihan atau keputusan tersebut.

Nak bercerai? Senaraikan 10 kebaikan dan 10 keburukan yang bakal terjadi dalam hidup anda. Dari situ, anda akan dapat menilai dan membuat keputusan dengan lebih baik.

Nak kahwin lagi satu? Senaraikan dulu 10 kebaikan dan 10 keburukan sebelum nak kahwin lagi satu.

Nak kahwin lari tanpa pengetahuan ibu bapa? Senaraikan dulu 10 kebaikan dan 10 keburukan.

Nak makan apa kejap lagi? Tak perlulah senaraikan 10 kebaikan dan 10 keburukan tu. Senaraikan untuk perkara penting dan besar dalam hidup sahaja.

Dan jangan lupa, setiap apa jua keputusan dan tindakan, minta bantuan dari Allah kerana Allah jualah sebaik-baik perancang kehidupan.

-FMI

18/03/2020



Merujuk kepada pengumuman berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin pada 16.03.2020, firma kami akan ditutup secara fizikal bermula 18.03.2020 sehingga 31.03.2020.

Pihak kami akan memaklumkan sekiranya terdapat perubahan mengenai operasi perniagaan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

FARIHAH&ASSOCIATES

Address

15, 1f, Jalan AU1a/4e, Taman Keramat Permai
Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60135205626

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farihah & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farihah & Associates:

Share