Ashikin Rahim

Ashikin Rahim Pemilik Tunggal Tetuan Kin & Co
Peguambela dan Peguamcara
Peguam Syarie

02/07/2022

Senario 1:

suami ada pempuan lain - conclusion orang: bini dia tak pandai jaga.

Bini ada lelaki lain - conclusion orang: jahatnya bini.



Senario 2:

Suami pukul bini - conclusion orang: ni mesti bini tak pandai jaga mulut.

Bini pukul suami - conclusion orang: jahatnya bini.



Nampak tak prejudisnya di situ pada orang pempuan?

So yang selalu sindir kata “pempuan tak pernah salah”…yang sebenarnya, adakah lelaki yang takkan mengaku salah? 😏



Moralnya, jangan cepat judge. Kita tak perlu pun find out siapa betul siapa salah sebab bukan urusan kita. Kalau kes masuk mahkamah, biar hakim yang tentukan.

Bini orang,
Kin Rahim
2-7-2022

Yang kelapangan pagi ni jemput tengok ☺️Medium : Live FB Rasmi Pusat Pungutan Zakathttps://www.facebook.com/myzakat/Tari...
30/05/2022

Yang kelapangan pagi ni jemput tengok ☺️

Medium : Live FB Rasmi Pusat Pungutan Zakat
https://www.facebook.com/myzakat/

Tarikh : 30 Mei 2022
Hari : Isnin
Masa : 9.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tajuk : *Cerai cara baik*
Panel jemputan : Nur Ashikin Abdul Rahim, Peguam Syarie

Talk about isteri curang...Dulu sebelum jadi peguam syarie, memang rasa macam ganjil sangat if isteri yang curang.Tapi n...
18/02/2022

Talk about isteri curang...

Dulu sebelum jadi peguam syarie, memang rasa macam ganjil sangat if isteri yang curang.

Tapi now, baru sedar benda ni memang banyak berlaku. Baik dari laporan akhbar, mahupun dari kes2 sebenar di mahkamah yang dilihat dan didengar sendiri.

Bukan lelaki saja yang banyak skandal, isteri orang pun sama juga.

Allahu. Entah apa nak jadi dengan dunia sekarang.

If suami tak jalankan tanggungjawab, berpisahlah cara baik.

Jangan p**a si isteri buat dosa dengan skandal sana sini.

Biasanya bila dah jumpa pengganti, baru nak sibuk minta cerai.

Sebelum jumpa pengganti, elok je bertahan dalam perkahwinan.

Pick a stand, and then barulah move on. Jangan jadi serampang dua mata.

Dan ketahuilah, jika anda (lelaki) TAHU anda sedang bercinta dengan isteri orang, you already know that that person is NOT a good person for you to begin your life with walaupun selepas dia bercerai.

Because the relationship starts with a person who is lying to her own partner. Walau apa pun alasan diberikan, itulah hakikatnya.
Dan anda juga, maaf, BUKAN orang yang baik. kerana menjadi pengganggu rumahtangga isteri orang adalah dosa yang sangat besar, serta boleh didakwa di bawah undang2 jenayah syariah dan juga sivil.

Tapi bolehlah nak cuba kalau nak merasa masuk penjara. Lebih baik sedar dalam penjara di dunia, berbanding dah terlewat nak sedar bila masuk penjara akhirat. Nau'zubillah.

Petaling Jaya: Pura-pura terminum air mengandungi racun sebelum dikejarkan ke sebuah hospital.

NUSYUZ - KesannyaNusyuz dari segi undang-undang ada bezanya dari pemahaman kebanyakan orang.Peruntukan dalam enakmen/akt...
17/01/2022

NUSYUZ - Kesannya

Nusyuz dari segi undang-undang ada bezanya dari pemahaman kebanyakan orang.

Peruntukan dalam enakmen/akta negeri masing-masing hanyalah memperuntukkan nusyuz sebagai halangan kepada isteri menuntut nafkah.

Ini bermakna di Mahkamah Syariah, nusyuz hanya boleh difailkan oleh suami terhadap isteri, tidak boleh difailkan isteri terhadap suami.

Untuk mendapatkan sabitan nusyuz juga bukan mudah. Ia perlu dibuktikan secara bicara, bermakna perlu disokong keterangan saksi atau diakui perbuatan nusyuz oleh si isteri, dan hakim berpandangan perbuatan itu sememangnya suatu perbuatan nusyuz. Bukan sekecil-kecil benda semuanya boleh menjadi nusyuz hanya sebab suami berpandangan sedemikian. Yang ada kuasa menentukan nusyuz hanyalah Hakim yang mendengar kes tersebut, bukan si suami yang menentukan.

Jika suami menang kes sekalipun, nusyuz hanya menghalang isteri tuntut nafkah untuk tempoh nusyuz. Sabitan nusyuz TIDAK AUTOMATIK menghalang tuntutan lain seperti mutaah, nafkah tertunggak isteri (untuk tempoh tidak nusyuz), nafkah anak, hak jagaan anak, harta sepencarian, dan lain-lain. Isteri masih berhak membuat tuntutan-tuntutan ini terhadap suami jika berlaku perceraian atau dalam proses perceraian.

Kin Rahim

17-1-2022

Alhamdulillah untuk kemenangan hari ini untuk client, jumlah penghakiman hampir rm200k, dan tambahan kos rm10k. sudah la...
05/01/2022

Alhamdulillah untuk kemenangan hari ini untuk client, jumlah penghakiman hampir rm200k, dan tambahan kos rm10k.

sudah lama menunggu kes sivil ini selesai. banyak cabaran dan dugaan. malah antara kes yang paling menduga iman dan ketabahan. Kes yang simple tapi diserabutkan oleh pihak lawan.

Namun janji Allah untuk membela orang yang teraniaya itu pasti. Kerja dah buat, bayarlah. usah dibangkitkan pelbagai alasan hanya sebab culas nak bayar hutang.

Kalaupun dapat lepas di dunia, belum tentu dapat lepas di akhirat. Tapi Alhamdulillah untuk kes ini, insyaAllah boleh enforce di dunia dulu.





09/12/2021

No such thing as breakup s*x (for muslims yg nak bercerai di mahkamah syariah).

If you want to have your divorce, make sure datang court dalam keadaan suci tanpa disetubuhi (tiada hubungan kelamin sejak suci dari last period).

If not, mahkamah tak beri kebenaran untuk lafaz cerai.

Kena tunggu period baru, then suci semula, takde persetubuhan, baru boleh dapatkan lafaz cerai either from husband or from hakam (as the case may be).

Rasionalnya? Islam nak pastikan rahim isteri bersih dari benih suami, barulah boleh bercerai. Jika tidak, ia satu penganiayaan kepada isteri kerana iddah menjadi lebih panjang, apatah lagi jika termengandung akibat bersama itu.

Cuma yang tak logik akal, nak bercerai sepatutnya takde dah hubungan kelamin. Kalau boleh terima pasangan di tempat tidur, bermakna belum syiqaq lagi tu. Masih boleh berdamai.

Be true to yourselves.

Siapa yang declare palsu, dosa sendiri tanggung.

(This does not apply to pengesahan lafaz cerai matters)

03/12/2021

Nak beristeri banyak tu memang impian mana2 lelaki. Kalau Allah bagi kawin 20 sekalipun, rasanya masih tak cukup.
Sebab nafsu memang sampai bila pun takkan pernah puas.
Tapi yang membezakan lelaki yang baik dan kurang baik adalah yang tahu menilai bila patut dan tidak patut menambah amanah di bahu.
Yang tahu kemampuan diri sendiri untuk berlaku adil, bukan hanya semata pada wang ringgit dan tenaga batin.
Kalau nak mohon poligami pun menyorok2, tipu sana sini, sanggup kawin luar negara, rahsiakan dari isteri bertahun2, itu pun dah bukti tak boleh nak adil.
Kalau sebab isteri bekerja sebab tu ada lebihan duit, belum boleh nak perasan kaya dan ada kemampuan.
Nak buat benda baik, benda sunnah, katanya…tapi kelakuan diharapkan juga ikut sunnah, barulah betul amalan nak poligami sekalipun.
Bukan membantah yang nak kawin banyak, tapi cara nak handle perkahwinan berganda tu yang menjadi fitnah pada agama.
Buat suami yang berjaya menahan diri demi hati seorang wanita bergelar isteri, yang sama bersusah senang dari anda tiada sesen pada nama, tahniah diucapkan dan moga istiqamah.
Bagi yang dah terrr-kawin, mohon betulkan apa yang masih salah, berani buat beranilah berdepan. Nak kawin banyak, berani, tapi nak berdepan dengan isteri sendiri masih takut. Be a gentleman. Be the leader u said u are.

Kin
3-12-2021

28/11/2021

Antara ciri perkahwinan bermasalah, isteri langsung tak tahu suami pendapatan berapa. Semuanya dirahsiakan.

Sepatutnya suami isteri kena saling honest about financial. Perancangan kewangan secara bersama adalah tanda kita saling percaya, jujur dan tiada prasangka terhadap pasangan.

Isteri juga perlu berlapang dada dengan suami yang membantu ahli keluarga yang susah. Sedangkan dalam faraid juga, hak ibubapa suami tetap ada terhadap harta suami. Begitu juga hak ibubapa isteri tetap ada terhadap harta isteri.

Dan ada keberkatan kepada kebahagiaan suami isteri, bila isteri menerima keluarga suami seperti keluarga sendiri. Begitu juga sebaliknya. Masih ada suami2 yang juga tidak menerima keluarga isteri. Ini juga menjadi antara punca perceraian yang sering saya dengar.

Namun, walaupun suami wajib bantu ibubapa yang susah, janganlah sehingga suami meletakkan sepenuhnya beban keluarga sendiri di pihak isteri walaupun isteri bekerja. Menyara keluarga sendiri tetap kewajipan utama seorang suami dan bapa.

Timbang-timbangkan.


05/11/2021

KENAPA ADA KES SYARIAH LAMBAT SELESAI, DAN APA PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMPERCEPATKAN PENYELESAIANNYA

1. Serahan dokumen – kes yang dimulakan oleh seorang Plaintif wajib diserahkan ke diri kepada Defendan, bermakna perlu serah ke tangan Defendan. Jika anda menggunakan khidmat penghantar serah Mahkamah, dan serahan perlu dibuat di luar negeri, atau alamat Defendan yang terkini tidak diketahui, kes tidak boleh diteruskan sehinggalah Defendan dibuktikan telah menerima dokumen tersebut. Oleh itu, dapatkan alamat terkini Defendan, usahakan membuat penyerahan melalui peguam atau wakil, dan dapatkan bukti penerimaan dengan mengambil gambar Defendan menerima dokumen (tiada masalah sekiranya Defendan tidak mahu tandatangan penerimaan pada borang).

2. Jika Defendan hilang serta tidak diketahui keberadaannya, buat permohonan penyampaian dokumen secara ganti. Bermakna, mohon dari Hakim untuk menyerahkan dokumen secara tampalan di alamat terakhir Defendan dan iklan di surat khabar. Selepas penyampaian ganti disempurnakan, kes boleh diteruskan sebelah pihak (bergantung jenis kes, sesetengah kes hanya boleh diteruskan jika defendan hadir).

3. Sekiranya kes melibatkan perbicaraan, dan Defendan hadir untuk membela diri, kes akan agak panjang kerana melibatkan 3 proses: soal utama, soal balas, soal semula. 3 proses ini akan dijalankan terhadap Plaintif, setiap saksi Plaintif, Defendan, dan setiap saksi Defendan. Jadi, jika ada 10 orang memberi keterangan, proses ini akan diulang untuk setiap 10 orang tersebut, bermakna 10 orang x 3 proses. bermakna, ia boleh memakan masa sehingga 30 kali kehadiran ke Mahkamah. Jadi, kurangkan saksi, hanya kemukakan saksi yang benar-benar perlu.

4. Jadual Peguam Syarie, Mahkamah, Plaintif, Defendan dan saksi, yang tidak bersesuaian antara satu sama lain juga mungkin menyebabkan kelewatan penyelesaian kes. Kurangkan percanggahan dengan memohon beberapa tarikh bicara dengan lebih awal, dan bukan hanya 1 tarikh bagi setiap bicara. Ini tertakluk juga kepada kesesuaian Mahkamah yang berkenaan.

5. Tulis surat untuk memohon tarikh lebih awal, atau mendapatkan status kes sekiranya masih tiada maklum balas berkenaan tarikh kes. Kadangkala fail tercicir atau ada masalah penetapan tarikh, jadi jika anda mengingatkan pihak Mahkamah, ia boleh membantu perhatian kepada kes anda. Cuma, janganlah sehingga mengganggu dan menyukarkan pentadbiran kes. Mahkamah wajib dihormati setiap masa, kerana ia adalah badan kehakiman yang dibentuk oleh undang-undang dan diberi kuasa oleh pemerintah negeri masing-masing.

6. Sentiasa bersedia dengan kes, agar tiada penangguhan berlaku jika anda gagal menyediakan dokumen untuk perbicaraan seperti yang diarahkan. Jika mahkamah perintahkan untuk failkan sesuatu dokumen, pastikan ia difailkan beberapa hari bekerja sebelum tarikh seterusnya, supaya sempat dimasukkan dalam fail kes sebelum kes dipanggil.

Moga dapat membantu,
Kin Rahim
5-11-2021
Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, sila klik https://wa.link/gnrupa

05/10/2021

Lafaz rujuk sama seperti lafaz cerai.

Boleh dilafaz tanpa persetujuan isteri. Tetap sah jika sempurna rukun dan syarat.

Cuma, undang-undang Malaysia beri peluang kepada isteri untuk tidak setuju hidup bersama semula.

Jika isteri tidak setuju hidup bersama semula, tidak menjadikan rujuk itu tidak sah.

Namun isteri boleh memilih untuk bercerai semula apabila tidak setuju hidup bersama semula.

Jadi, isteri yang tak setuju hidup bersama semula, tidak perlu ikut suami pergi pejabat agama untuk daftar rujuk.

Suami yang perlu failkan kes pengesahan rujuk di Mahkamah.

Di Mahkamah nanti, Mahkamah akan suruh pasangan ke jawatankuasa pendamai jika isteri menyatakan tak setuju hidup bersama semula.

Jika masih tak dapat berdamai, pasangan akan melalui proses cerai yang baru, yang menambahkan bilangan talaq sedia ada.

Jika sebelum itu sudah bercerai dua kali, maka cerai baru akan jadi talaq ketiga.

Jadi untuk suami, sebelum nak lafaz rujuk tu, biarlah dalam keadaan isteri memang setuju nak hidup bersama semula. jika tidak, tak pasal2 tambah p**a bilangan talaq. kalau dah sampai tiga kali, habis dah peluang.

Pujuklah sampai dia sudi. bukan dengan paksaan.

Jangan ceraikan sesuka hati dan nak rujuk pun sesuka hati.

Be a man.

Kin Rahim
6-10-2021

Bila urusan clients nak dipercepatkan, urusan runner pun lawyer terpaksa attend sendiri. 😬 Maka beraturlah kita pagi ni ...
13/09/2021

Bila urusan clients nak dipercepatkan, urusan runner pun lawyer terpaksa attend sendiri. 😬

Maka beraturlah kita pagi ni di pejabat tanah awal2 pagi sejak 7.15am bersama abang2 runner lain yang taiko2 😬. Sebab dia bagi 30 orang je walk in.

Nak tunggu slot appointment, alamatnya sempat dagu tumbuh janggut. 🧔‍♀️

03/09/2021

PEMBAHAGIAN PUSAKA SELEPAS KEMATIAN

Bila si mati meninggalkan harta, waris kena selesaikan ikut urutan ni:-

1. Kos kebumi

2. Ada baki, selesaikan Hutang dengan Allah (nazar, badal haji, fidyah dll) dan hutang dengan manusia (loan rumah, personal loan, loan kete, credit card, hutang arrahnu, hutang main kutu, hutang pinjam duit kawan dll)

3. Ada baki, barulah tolak harta sepencarian untuk pasangan, wasiat dan hibah

4. Ada baki, barulah bahagi faraid.

FARAID YANG LAST ye.

BUKAN FARAID DULU pastu baru nak selesaikan hutang.

Kin Rahim
03-09-2021
Sebarang pertanyaan atau untuk melantik Peguam Syarie, sila klik https://wa.link/gnrupa

Address

Kuala Lumpur
50480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ashikin Rahim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ashikin Rahim:

Share