Yayasan Lelangit

Yayasan Lelangit Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Lelangit, Legal, 108 Jalan AU5 Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Nombor Pendaftaran : PPAB-03/2023

“Leadership Empowerment through Learning Advancement for Next-Gen Impact Talents”

“Memperkasa Kepimpinan, Melahirkan Bakat Masa Depan.”

02/06/2026
SALAM AIDIL ADHA 1447H | 2026MDaripada seluruh warga Yayasan Lelangit, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kep...
26/05/2026

SALAM AIDIL ADHA 1447H | 2026M

Daripada seluruh warga Yayasan Lelangit, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di mana jua berada.

Aidil Adha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi tentang erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Di sebalik titisan darah korban, lahirlah kasih sayang, ukhuwah dan harapan buat mereka yang memerlukan.

Firman Allah SWT:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
— Surah Al-Hajj : 37

Semoga setiap amal ibadah, sedekah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan, sahabat NGO, rakan korporat dan para peserta korban yang terus bersama memperkasa komuniti Muslim minoriti di pelbagai negara.

Taqabbalallahu minna waminkum

Ikhlas daripada,
Yayasan Lelangit

Hari Arafah bukan sekadar satu hari biasa.Ia adalah hari pengampunan, hari doa dimustajabkan dan hari Allah SWT membebas...
26/05/2026

Hari Arafah bukan sekadar satu hari biasa.
Ia adalah hari pengampunan, hari doa dimustajabkan dan hari Allah SWT membebaskan ramai hambaNya daripada api neraka.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba daripada neraka melainkan pada Hari Arafah.”
(Riwayat Muslim)

Antara kelebihan Hari Arafah:

✨ Dosa tahun yang lalu dan akan datang diampunkan bagi yang berpuasa sunat Arafah.
✨ Hari terbaik untuk berdoa & bermunajat kepada Allah SWT.
✨ Hari penyempurnaan agama Islam.
✨ Hari yang penuh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.

Jangan lepaskan peluang:

1. Perbanyakkan doa
2. Membaca Al-Quran
3. Berzikir & bertakbir
4. Bersedekah dan membantu insan memerlukan
5. Memohon taubat dengan sebenar-benar taubat

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang diampunkan pada Hari Arafah ini.

Yayasan Lelangit

Ramadan adalah fasa penilaian, bukan sekadar amalanDi bulan penuh keberkatan ini, setiap kebaikan yang digerakkan dengan...
17/02/2026

Ramadan adalah fasa penilaian, bukan sekadar amalan
Di bulan penuh keberkatan ini, setiap kebaikan yang digerakkan dengan tulus akan memberi impak berpanjangan.

Kita bersama komited memacu inisiatif kebajikan yang telus, berfokus, dan berkesan menyantuni keperluan ummah dengan sebenar tindakan, bukan sekadar niat.

Mari jadikan Ramadan ini titik tolak kepada amal strategik yang meninggalkan kesan, di dunia dan akhirat.

Address

108 Jalan AU5 Lembah Keramat
Kuala Lumpur
54200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Lelangit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Yayasan Lelangit:

Share

Category