Jom Tanya Peguam

Jom Tanya Peguam Menjawab segala persoalan undang-undang anda

TERJEBAK DALAM PERKAHWINAN LAVENDAR BOLEH TUNTUT FASAKH?Senario: Ali berkahwin dengan Aminah untuk menutupi identitinya....
19/05/2026

TERJEBAK DALAM PERKAHWINAN LAVENDAR BOLEH TUNTUT FASAKH?

Senario: Ali berkahwin dengan Aminah untuk menutupi identitinya. Dalam masa yang sama, Ali mempunyai hubungan sejenis dengan Vincent. Aminah walaubagaimanapun, tidak mengetahui status sebenar Ali.

Setelah setahun berkahwin, Ali masih enggan mengadakan hubungan kelamin dengan Aminah walaupun setelah diajak oleh Aminah.

Setelah lebih setahun Aminah bersabar, Aminah nekad untuk berpisah dengan Ali. Ali walaubagaimanapun enggan berpisah dan enggan bagi kerjasama untuk berpisah dengan Aminah.

Dalam situasi ini, bolehkah Aminah menuntut fasakh di Mahkamah Syariah?

Jawapan: Boleh. Aminah boleh menuntut fasakh terhadap Ali kerana telah lebih daripada 4 bulan perkahwinan berlalu (dalam situasi ini sehingga setahun berlalu), Ali dengan sengaja enggan menjalinkan hubungan kelamin dengan Amninah, isterinya yang sah.

Aminah boleh meneruskan tuntutan fasakhnya walaupun Ali enggan bagi kerjasama setelah Saman diserahkan secara sempurna atau serahan secara ganti kepada Ali.

Kebiasaannya, di dalam kes seperti ini, perbicaraan akan dilakukan secara sebelah pihak.

(Disclaimer: nama, watak dan senario di atas hanyalah rekaan semata-mata).

Fatihah Salahuddin.

13/05/2026

Majikan buang atas alasan syarikat rugi, macam mana pekerja nak argue?

Apa hak pekerja dalam situasi ini?

Peguam Nas Rahman ada penjelasannya.

05/05/2026

Menang kes tapi tak dapat duit?

Ini realiti.

Dan ini apa yang anda boleh buat seterusnya.

KALAU MAJIKAN SURUH RESIGN, INI SEBENARNYA PERANGKAP...1. Ramai pekerja panik bila majikan cakap "kalau tak nak masalah,...
11/04/2026

KALAU MAJIKAN SURUH RESIGN, INI SEBENARNYA PERANGKAP...

1. Ramai pekerja panik bila majikan cakap "kalau tak nak masalah, better resign je".

2. Dan ramai buat kesilapan besar iaitu terus hantar resignation letter.

3. Bila berhadapan situasi macam ni:

a) Jangan resign on the spot
b) Jangan sign apa-apa tanpa faham dulu
c) Jangan percaya ayat "ini lebih baik untuk kamu"

4. Sebaliknya, ini perkara yang perlu dilakukan:

a) Minta semua arahan secara bertulis
b) Simpan bukti (Whatsapp, emel etc)
c) Tanya sebab sebenar

5. Satu perkara yang ramai tak tahu, kalau kita resign, kes akan jadi lebih susah untuk dicabar di mahkamah.

6. Tapi kalau kita dipaksa untuk resign, kes boleh jatuh bawah forced resignation atau constructive dismissal.

7. Majikan biasanya nak pekerja resign sendiri supaya boleh elak dari disaman.

8. Pastikan jangan buat keputusan ketika sedang emosi.

Kalau ada soalan, DM "Pekerja"

KENAPA BANYAK MAJIKAN KALAH KES BILA BUANG PEKERJA SAKIT?Ini antara kesilapan majikan yang jarang dibincangkan.1. Ramai ...
07/04/2026

KENAPA BANYAK MAJIKAN KALAH KES BILA BUANG PEKERJA SAKIT?

Ini antara kesilapan majikan yang jarang dibincangkan.

1. Ramai majikan fikir, bila pekerja dah tak sihat dan terpaksa cuti sakit panjang, boleh buang kerja terus.

2. Tapi undang-undang tak semudah itu untuk benarkan.

3. Kalau majikan nak gunakan alasan pekerja telah kehilangan upaya untuk penamatan, ada beberapa perkara yang wajib dipertimbangkan.

4. Yang pertama, tempoh sakit dan peluang untuk pekerja sembuh. Ada satu kes di mana seorang pekerja restoran alami kecederaan di lutut dan kena MC 8 hari. Pada hari ke-9, pekerja masuk kerja macam biasa tapi majikan buang sebab pekerja tak sesuai untuk bekerja disebabkan kecederaan. Mahkamah putuskan bahawa penamatan adalah tak sah sebab kecederaan tak seteruk yang didakwa oleh majikan.

5. Kedua, majikan mesti dapatkan pandangan dari pegawai perubatan. Majikan tak boleh buang pekerja hanya dengan alasan, pekerja nampak tak sihat. Pegawai perubatan yang beri pandangan pun mesti tahu dan faham skop tugas pekerja. Dan keputusan mesti dibuat berdasarkan bukti perubatan.

6. Ketiga, kena ada perbincangan dengan pekerja. Majikan tak boleh buat keputusan sepihak. Walaupun perbincangan ini tak wajib, ini sangat penting untuk fairness.

7. Keempat, pertimbangkan kerja alternatif kepada pekerja. Sekurang-kurangnya kena tengok, ada tak posisi lain atau boleh tak beri tugas sementara.

8. Kelima, majikan boleh pertimbangkan untuk bayar faedah penamatan sekiranya pekerja tersebut di bawah Akta Kerja.

9. Satu kesilapan besar yang ramai majikan buat adalah terlalu bergantung kepada prinsip frustration of contract.

10. Memang betul dalam beberapa situasi melibatkan pekerja hilang upaya, majikan boleh gunakan prinsip frustration of contract untuk buang pekerja tapi langkah ini berisiko.

11. Pernah ada kes di mana mahkamah pernah tolak alasan ini kerana majikan tak ambil kira pandangan pekerja langsung.

12. Penamatan sebab pekerja hilang upaya tak mustahil untuk dilakukan tapi kena dengan cara yang betul.

13. Kalau salah cara, silap haribulan majikan boleh kena saman dan tanggung kos yang tinggi.

Kalau ada soalan, DM "Majikan".

KESILAPAN PALING BIASA PEKERJA BUAT BILA KENA RETRENCHED: TERUS PERCAYA ALASAN MAJIKAN1. Dalam keadaan ekonomi tak stabi...
31/03/2026

KESILAPAN PALING BIASA PEKERJA BUAT BILA KENA RETRENCHED: TERUS PERCAYA ALASAN MAJIKAN

1. Dalam keadaan ekonomi tak stabil sekarang (isu global, perang, kos meningkat), semakin ramai pekerja diberhentikan.

2. Syarikat biasanya akan guna alasan syarikat mengalami kerugian atau jawatan telah redundant.

3. Ramai terus terima tanpa soal.

4. Hakikatnya, tidak semua pemberhentian kerja itu sah di sisi undang-undang.

5. Kesilapan yang pekerja selalu dibuat:

a) Tak tanya bukti
b) Tak soal alasan
c) Tak check sama ada prosedur dipatuhi

6. Kalau alasan yang diberikan adalah syarikat rugi, tanya:

a) Ada bukti kerugian?
b) Pernah dimaklumkan sebelum ini?
c) Ada usaha jimat kos dulu?
d) Masih ambil pekerja baru?

7. Kalau alasan yang digunakan adalah redundancy, tanya:

a) Kerja anda masih wujud?
b) Ada orang lain buat kerja tu?

8. Kalau jawapan YA, itu mungkin bukan redundancy sebenar.

9. Realitinya sekarang, dalam keadaan ekonomi tak stabil, ada majikan guna alasan ekonomi sebagai cover untuk buang pekerja secara tidak adil.

10. Apa pekerja patut buat dalam situasi begini?

11. Kalau ragu, boleh buat laporan ke JPP untuk kes pembuangan secara tidak adil. JPP adalah Jabatan Perhubungan Perusahaan.

12. Jangan terus percaya. Tanya dulu.

Semoga bermanfaat.

Oleh:

Nas Rahman
Peguam di Tetuan Nas Rahman & Azri Abdullah

πŸ“© Antara mesej paling biasa kami dapat:β€œHi”… kemudian senyap πŸ˜…Geng, kalau nak tanya soalan kepada peguam (atau sesiapa p...
28/03/2026

πŸ“© Antara mesej paling biasa kami dapat:

β€œHi”
… kemudian senyap πŸ˜…

Geng, kalau nak tanya soalan kepada peguam (atau sesiapa pun) di media sosial β€” terus tanya soalan.

Jangan mesej satu-satu macam ni:
β€œHi” β†’ tunggu reply β†’ baru tanya.

⏱️ Realitinya:
Kami mungkin busy, dalam meeting, atau di mahkamah.

πŸ‘‰ Kalau anda terus bagi:

situasi ringkas
soalan jelas

➑️ kami boleh terus jawab bila ada masa.

Lebih cepat, lebih efisien, dan lebih membantu.

πŸ’¬ Contoh bagus:
β€œSaya diberhentikan tanpa notis, apa hak saya?”

Berbanding:
β€œHi, boleh tanya sesuatu?”

Nampak bezanya kan?

PLOT TWISTSILING RUMAH BOCOR? JMB SURUH "SETTLE" SENDIRI? JANGAN TERPEDAYAPernahkah anda mengalami situasi di mana silin...
28/03/2026

PLOT TWIST

SILING RUMAH BOCOR? JMB SURUH "SETTLE" SENDIRI? JANGAN TERPEDAYA

Pernahkah anda mengalami situasi di mana siling bilik air tiba-tiba menitis? Berbau hapak, berkulat, malah perabot yang mahal pun mula rosak. Rumah yang sepatutnya menjadi "Syurgaku" kini berubah menjadi "Dukaku".

Anda sudah bertemu pemilik unit atas, tetapi mereka enggan bekerjasama. Anda mengadu kepada pihak pengurusan (JMB/MC), tetapi jawapan yang diterima sangat mengecewakan:
"Kami sudah hubungi unit atas tapi tiada respons. Encik baiki sendiri sajalah, atau bawa kes ini ke Tribunal."

FASA 1: ANGGAPAN AUTOMATIK (SIAPA YANG SALAH?)

Jangan pening kepala mencari punca. Di bawah Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 (SMMMR):

Wujud Anggapan Automatik bahawa kebocoran siling anda adalah berpunca daripada unit di atas anda. Sebaik sahaja laporan dibuat, JMB/MC WAJIB menjalankan pemeriksaan dan memberikan notis kepada unit atas dalam tempoh 7 hari. Pemilik unit ataslah yang perlu membuktikan bahawa itu bukan salah mereka!

FASA 2: JMB SEBENARNYA PIHAK KEDUA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Ini adalah rahsia yang sejumlah kecil JMB tidak mahu anda tahu. Apabila unit atas enggan memberikan kerjasama atau "ghosting" pihak pengurusan, JMB tidak boleh melepaskan tangan begitu sahaja.

Di bawah Peraturan 61(2) dan prosedur di bawah Peraturan 64:

Jika pemilik unit atas gagal melakukan pembaikan, JMB WAJIB melaksanakan kerja pembaikan tersebut. JMB mempunyai kuasa undang-undang untuk memasuki unit tersebut (dengan bantuan polis jika perlu) untuk membaiki kebocoran itu. Siapa bayar kos? JMB akan mendahulukan bayaran, dan kemudian kos tersebut akan dimasukkan terus ke dalam Bil Penyelenggaraan (Maintenance Bill) unit atas tadi.

Jika JMB menyuruh anda "setel sendiri", mereka sebenarnya sedang melanggar kewajipan undang-undang mereka.

FASA 3: JALAN TERAKHIR (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA)

Jika pemilik unit atas degil DAN JMB p**a tidak proaktif (malas menjalankan tugas), jangan tunggu lagi.

Failkan tuntutan ke Tribunal Pengurusan Strata (TPS). Kos fail hanya RM100 dan anda tidak wajib melantik peguam.

TIPS PENTING: Jangan letakkan unit atas sebagai Responden tunggal. Masukkan:

Responden 1: Pemilik Unit Atas.
Responden 2: JMB / Pihak Pengurusan.

Biar Hakim Tribunal memberikan pengajaran kepada kedua-dua pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Jangan biarkan hak anda sebagai pemilik rumah strata dipijak-pijak. Kebocoran lantai antara tingkat adalah isu teknikal yang mempunyai penyelesaian undang-undang yang sangat jelas dalam SMMMR 2015.

Semoga pengkongsian ini sedikit sebanyak memberi penjelasan ringkas dan membantu anda.

Disediakan oleh

Faiz Fahmi Md Fodzi, Peguam Sivil dari Tetuan Afzan Zahary Co.

*Hantaran ini tidak bertindak sebagai nasihat guaman dan hanya perkongsian asas semata mata.
*Gambar sekadar hiasan

Ramai pekerja tandatangan kontrak tanpa baca betul-betul β€” lepas kena masalah baru panik.Kalau baru dapat kerja, tahniah...
27/03/2026

Ramai pekerja tandatangan kontrak tanpa baca betul-betul β€” lepas kena masalah baru panik.

Kalau baru dapat kerja, tahniah! Tapi sebelum sign apa-apa, pastikan 11 perkara ini WAJIB ada dalam kontrak kerja:

11 Perkara Penting Dalam Kontrak Kerja:

Gaji
Jawatan
Elaun
Kenaikan gaji tahunan
Tempoh percubaan
Jam bekerja harian
Hak cuti & cuti umum
Hari rehat (rest day/off day)
Faedah perubatan / insurans
Notis penamatan
Hak pemindahan (transfer clause)

Fakta penting yang ramai tak tahu:

Kontrak kerja tak semestinya bertulis. Secara lisan pun sah.

TAPI β€” bila jadi dispute nanti, kontrak lisan = susah nak bukti.

Sebab tu kontrak bertulis sangat penting.

Dan ingat:

Tanggungjawab sediakan kontrak kerja adalah di pihak majikan, bukan pekerja.

Ada yang pernah tak sign kontrak tanpa baca? Kongsikan pengalaman dekat bawah.

JANGAN SAMPAI 'EXPIRED' BARU NAK SAMAN.1. Pernah tak anda tangguh nak tuntut hutang sebab kesian? Atau tangguh nak ambil...
17/03/2026

JANGAN SAMPAI 'EXPIRED' BARU NAK SAMAN.

1. Pernah tak anda tangguh nak tuntut hutang sebab kesian? Atau tangguh nak ambil tindakan undang-undang sebab sibuk?

2. Hati-hati! Dalam undang-undang, hak anda untuk menyaman ada 'Tarikh Luput' yang dipanggil Statute of Limitation (Had Masa). Kalau dah terlepas tarikh ini, Mahkamah boleh tolak kes anda mentah-mentah walaupun anda di pihak yang benar.

3. Di Malaysia, kita tertakluk di bawah Akta Had Masa 1953. Jom semak berapa lama masa yang anda ada:

a. Seksyen 6(1)(a): Had masa 6 TAHUN untuk kes kontrak (hutang) dan tort (kecuaian).

b. Seksyen 6(3): Had masa 12 TAHUN untuk laksanakan perintah mahkamah yang anda dah menang.

c. Seksyen 9(1): Had masa 12 TAHUN untuk tuntutan hak milik tanah.

d. Seksyen 2(a) PAPA 1948: Had masa menyaman Kerajaan atau Badan Berkanun hanya 3 TAHUN sahaja!

e. Seksyen 29: Masa hanya mula dikira selepas penipuan (fraud) atau kesilapan (mistake) ditemui.

Jangan "tidur" atas hak anda. Kalau rasa rugi atau dikhianati, terus kumpul bukti dan cari peguam. Jangan tunggu tahun ke-5 baru nak bertindak, nanti menyesal tak sudah

Rujukan tambahan:-

AMBANK (M) BHD v. ABDUL AZIZ BIN HASSAN & ORS [2010] 3 MLJ 784; [2010] 7 CLJ 663

VISTA SPECIALIST EYE CENTRE SDN BHD v. DATO' LOO SON YONG [2016] 10 CLJ 424

CREDIT CORPORATION (M) BHD v. FONG TAK SIN [1991] 1 MLJ 409; [1991] 2 CLJ 1285

Hantaran ini tidak bertindak sebagai nasihat guaman dan hanya perkongsian asas semata mata.

Disediakan oleh

Faiz Fahmi Peguam dari Tetuan Afzan Zahary Co

Address

Kuala Lumpur
53300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Tanya Peguam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jom Tanya Peguam:

Share