Ozier Farhan

Ozier Farhan Peguambela jenayah / Criminal defence counsel

"Perbicaraan kes anak guam yang didakwa di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952."Tentang Seksyen 39C:Seksyen ini ...
27/04/2025

"Perbicaraan kes anak guam yang didakwa di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952."

Tentang Seksyen 39C:
Seksyen ini digunakan terhadap individu yang disabitkan sebagai pengguna dadah berulang — biasanya berdasarkan keputusan saringan air kencing dan sejarah sabitan lampau. Jika sabit, hukuman ialah penjara minimum 5 tahun dan sebatan tidak kurang 3 kali.

"Pengurusan kes bagi anak guam di bawah umur yang didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 376/377 Kanun Keseksaan."Tenta...
23/04/2025

"Pengurusan kes bagi anak guam di bawah umur yang didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 376/377 Kanun Keseksaan."

Tentang Seksyen 376 & 377 KK:
Seksyen 376 melibatkan kesalahan rogol, manakala Seksyen 377 merangkumi kesalahan seks luar tabii. Kedua-duanya adalah kesalahan serius yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau lebih dan boleh dikenakan sebatan, bergantung kepada fakta kes

Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam. "Pengurusan kes bagi anak guam yang dituduh di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 201...
20/04/2025

Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam.

"Pengurusan kes bagi anak guam yang dituduh di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 atas dakwaan membuat kenyataan palsu berkaitan urusan syarikat."

Seksyen 593 Akta Syarikat 2016:
Seksyen ini memperuntukkan kesalahan bagi mana-mana individu yang, dengan niat menipu, membuat kenyataan palsu atau mengelirukan dalam dokumen syarikat. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM3 juta, atau kedua-duanya.

"Pengurusan kes bagi anak guam yang dituduh di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan pemilikan M...
15/04/2025

"Pengurusan kes bagi anak guam yang dituduh di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan pemilikan Methamphetamine."

Tentang Seksyen 39A(2):
Seksyen 39A(2) memperuntukkan hukuman berat bagi pemilikan dadah berbahaya melebihi had tertentu (contohnya, 50 gram Methamphetamine). Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum 5 tahun hingga seumur hidup, dan sebatan tidak kurang daripada 10 kali.

"Perbicaraan bermula hari ini bagi kes melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-K...
13/04/2025

"Perbicaraan bermula hari ini bagi kes melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak – menyentuh kanak-kanak dengan niat seksual."

Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan kesalahan menyentuh mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak dengan niat seksual, tanpa perlu ada persetubuhan. Ia adalah satu kesalahan serius yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bicara bagi perbicaraan anak guam yang dituduh dibawah kesalahan seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
11/04/2025

Bicara bagi perbicaraan anak guam yang dituduh dibawah kesalahan seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Pendengaran rayuan bagi sabitan dibawah seksyen 354 Kanun Keseksaan.
02/03/2025

Pendengaran rayuan bagi sabitan dibawah seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Pengurusan kes di Mahkamah Sesyen bagi kes dibawah seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.
27/02/2025

Pengurusan kes di Mahkamah Sesyen bagi kes dibawah seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Pengurusan kes bagi pertuduhan dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
26/02/2025

Pengurusan kes bagi pertuduhan dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Kemenangan pertama 2025.Anak guam dituduh dibawah Seksyen 12(2) boleh dihukum dibawah seksyen 39A(1) dan memilih untuk d...
10/02/2025

Kemenangan pertama 2025.

Anak guam dituduh dibawah Seksyen 12(2) boleh dihukum dibawah seksyen 39A(1) dan memilih untuk dibicarakan.

Mahkamah mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil OKT membela diri.

OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Pendengaran rayuan bagi kes 354 Kanun Keseksaan.
28/01/2025

Pendengaran rayuan bagi kes 354 Kanun Keseksaan.

Address

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
50050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ozier Farhan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ozier Farhan:

Share