Pertubuhan Pemerhati Antara Taulan Malaysia - Pemantau Malaysia

Pertubuhan Pemerhati Antara Taulan Malaysia - Pemantau Malaysia NGO TARAF KEBANGSAAN KATEGORI SOSIAL PEKERJAAN (PPM - 030 - 14 - 18012018)

02/11/2022

Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Ilahi.

Saya Shahril Hamdan, calon muda mewakili BARISAN NASIONAL (BN) bagi Parlimen P.135 Alor Gajah.

Dengan rendah diri memohon sokongan penuh warga Alor Gajah bagi PRU ke-15 kali ini.

Terima kasih kepada pucuk pimpinan parti atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.

InshaAllah, jika diberi peluang sebagai Ahli Parlimen, saya akan menggunakan segala kudrat untuk memastikan kesejahteraan hidup & masa depan yang cerah untuk penduduk Alor Gajah.

Pilih Wibawa, Angkat Yang Muda.

13/09/2022

Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau. Saya doakan beliau diberikan kesembuhan.

18/04/2022

Saya mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran 2022/1443H kepada seluruh umat Islam.

Nuzul al-Quran mengenang peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW.

Umat Islam berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al-Quran beramai-ramai.

Tentunya kita masih mengingati semasa pandemik Covid-19 sedang mengganas itu tidak dibenarkan.

Kita bertadarus dan khatam al-Quran secara sendiri atau bersama keluarga di rumah masing-masing.

Maka kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kini kita dapat melakukannya semula.

Beramai-ramai membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran yang merupakan mukjizat ilmu.

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya” - [Riwayat Muslim (804)]

Peristiwa Nuzul Al-Quran salah satu peristiwa sangat penting dalam Islam.

Penurunan Al Quran kepada Nabi Muhammad saw yang diturunkan melalui Malaikat Jibril memberi kesan sangat besar kepada peradaban manusia dan aspek kemanusian.

Cukuplah dikatakan bahawa antara pusaka paling bernilai yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw kepada umat baginda ialah Al Quran itu sendiri.

Jika tidak kerana Al Quran sudah tentu banyak kemajuan terutama aspek teknologi hari ini tidak akan dapat dicapai dan kita akan masih ketinggalan jauh dari apa yang dicapai pada zaman ini.

Hargailah mukjizat Al Quran dan dalamilah maksud yang ingin disampaikan samada tersirat atau tersurat yang terkandung di dalamnya.

Membaca Al Quran satu kewajipan yang penting namun lebih penting ialah kita menegakkan suruhan Al Quran di dalam kehidupan.

Semoga Al Quran akan menjadi syafaat kepada kita di dunia dan akhirat.



Address

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
50300

Telephone

+60182420748

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Pemerhati Antara Taulan Malaysia - Pemantau Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category