09/03/2023
Coretan Peguam Akbar KL #1
-Kisah menyayatkan hati apabila anak2 dibuat mcm bola, ditolak ke sana sini. Ibu dan bapa telah bercerai setahun lepas. Sejak bercerai, bapa pulang ke rumah ibu beliau dan membawa anak2.
-Ibu kandung keluar daripada rumah kelamin (rumah sewa) kerana tidak mampu membayar sewa dan telah tinggal di dalam bilik sewa di atas rumah kedai sekitar di Lembah Klang.
-Pihak2 hadir ke mahkamah untuk menetapkan siapa yang perlu menjaga anak2 disebabkan ibu kepada bapa kanak2 tersebut kerana (nenek) sudah x mampu menjaga mereka (anak2).
-Anak2 seramai 3 orang (berumur antara 3 tahun hingga 15 tahun ). Pernah suatu ketika, nenek meletakkan anak2 ini di balai polis (lokasi dirahsiakan) dan polis menghubungi ibu anak2 tersebut.
: Dimanakah punca sehingga terjadinya situasi sebegini...
1) Apakah faktor keluarga pihak2?
2) Apakah kasih sayang sudah tidak ada dalam hati masyarakat kita?
SYARIE AK KL PERMASALAHAN KELUARGA ISLAM NASIB & MASA DEPAN ANAK-ANAK ISLAM.