Nas Rahman & Azri Abdullah

Nas Rahman & Azri Abdullah Saman Sivil • Kes Pembuangan Pekerja • Harta Pusaka • Hartanah

Tuan Ahmad Azri Abdullah akan bersiaran di Malaysia Hari Ini jam 10 pagi esok untuk mengupas topik Hutang Lapuk.Jangan l...
13/02/2025

Tuan Ahmad Azri Abdullah akan bersiaran di Malaysia Hari Ini jam 10 pagi esok untuk mengupas topik Hutang Lapuk.

Jangan lupa tonton!

12/11/2024

PAMPASAN GANTIRUGI MAHKAMAH PERUSAHAAN

Sekiranya kes unfair dismissal berjaya dibuktikan, ada 2 jenis pampasan yang biasanya pekerja akan dapat:

1) In lieu of reinstatement (1 tahun kerja = 1 bulan gaji)

2) Backwages dari tarikh penamatan sehingga dapat kerja baru (maksimum 24 bulan)

Contoh:

Daud kerja selama 20 tahun dengan gaji RM10,000 sebulan. Lepas kena buang, menganggur selama 12 bulan sebelum dapat kerja baru. Masa hari terakhir kerja, syarikat bayar RM100k sebagai gratuiti/pampasan/ex-gratia.

Kiraan pampasan yang Daud boleh dapat:

1) In lieu of reinstatement: RM10k x 20 = RM200,000

2) Backwages: RM10k x 12 = RM120,000

Total pampasan: RM320,000

Tapi, sebab Daud dah pernah terima RM100k dari syarikat, Mahkamah akan tolak RM100k tersebut dari jumlah pampasan.

Jadi, Daud mungkin akan dapat *RM220,000* sebagai jumlah pampasan akhir.

Kemenangan buat 3 orang arkitek muda.Baru - baru ini Tetuan Nas Rahman & Co. telah mewakili 3 orang pekerja di Mahkamah ...
20/07/2023

Kemenangan buat 3 orang arkitek muda.

Baru - baru ini Tetuan Nas Rahman & Co. telah mewakili 3 orang pekerja di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur di mana melalui Award No. 794 Tahun 2023, Pihak Syarikat diarahkan untuk bayar pampasan kepada semua Pihak Yang Menuntut akibat gagal buktikan penamatan kerja dibuat secara sah dan dengan alasan yang adil.

Ketiga - tiga Pihak Yang Menuntut merupakan pekerja tetap. Semasa Covid-19 melanda, Pihak Syarikat menawarkan kepada mereka untuk tukar status kerja dari tetap kepada kontrak 2 bulan.

Dalam surat tawaran tersebut, Pihak Syarikat menyatakan bahawa Pihak Yang Menuntut mempunyai hak untuk membuat pilihan.

Namun, apabila Pihak Yang Menuntut membuat pilihan untuk terus bekerja dengan status pekerja tetap, Pihak Syarikat telah bertindak untuk menamatkan perkhidmatan mereka.

"[58] Persoalannya, mengapa masa yang sangat singkat (dua bulan) diperuntukkan. Tiada apa-apa penjelasan yang diberikan oleh mana-mana saksi pihak Syarikat atau maklumat mengenainya terkandung di dalam surat bertarikh 03.06.2020. Dengan memasuki kontrak tersebut, status pekerjaan yang Menuntut akan bertukar dari Contract of Service kepada Contract for Service yang mana perlanjutan tempoh perkhidmatan adalah sepenuhnya atas budi bicara pihak Syarikat.

[59] Di dalam keadaan penularan Covid-19, kelebihan semestinya akan berpihak kepada pihak Syarikat untuk tidak menyambung kontrak tersebut dan Yang Menuntut tidak mempunyai ruang yang kukuh untuk mempertikaikannya."

16 Julai yang lepas merupakan tahun ke-3 penubuhan Tetuan Nas Rahman & Co.Untuk itu, Peguam Nas Rahman telah menulis sat...
19/07/2023

16 Julai yang lepas merupakan tahun ke-3 penubuhan Tetuan Nas Rahman & Co.

Untuk itu, Peguam Nas Rahman telah menulis satu artikel tentang "Cara Nak Buka Firma Guaman".

Diharap dengan penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar - pelajar ataupun peguam - peguam yang berpengalaman yang mempunyai hasrat untuk membuka firma guaman sendiri.

Kami di Nas Rahman & Co. ucapkan selamat maju jaya kepada semua!

Ketika saya menubuhkan Nas Rahman & Co, saya hanya bermula dari tempat kediaman sahaja. Jadi, kos awal yang saya perlu dikeluarkan tak banyak iaitu hanya:

Address

Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60179505582

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nas Rahman & Azri Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nas Rahman & Azri Abdullah:

Share

Category