13/03/2023
Berapa kali Peluang yang harus diberi?
Realiti: Ramai wanita diluar sana yang banyak mengalah dan memberi ruang beberapa kali untuk suaminya berubah menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik untuk isteri dan keluarga.
Hari ini sahaja di Mahkamah, ada 5 Isteri (plaintif) tarik balik kes atas sebab ingin memberi peluang kepada suami untuk berbaik semula. Mereka batalkan hasrat untuk meneruskan permohonan penceraian. Itu baru satu dewan. Tak tahu dewan Mahkamah yang lain.
Awalnya mereka sanggup menanggung malu semata2 untuk mendapatkan Hak mereka sebagai Isteri yang sah. Demi anak demi keluarga mereka mengalah lagi.
Hakim: Plaintif! Nak teruskan dengan permohonan?
Isteri: Tidak Tuan Hakim, saya ingin menarik balik permohonan cerai saya
Hakim bertanya, siapa paling beruntung dalam dewan ini? Siapa?
Suami menjawab: Saya
Hakim: Benar! Kamu paling beruntung dalam dewan ini sebab isteri kamu beri peluang kali kedua kepada kamu. Hargai isteri kamu.
Hakim: Plaintif, jika suami buat masalah lagi, datang jumpa saya.
Berapa kali Peluang yang anda sanggup tempuh?
Fikirkanlah demi jiwa yang tenang