Peguam Syarie Izzul Islam Asmadi

Peguam Syarie Izzul Islam Asmadi Pengamal Undang-undang Syariah

Kes-kes berkaitan Perceraian, Tuntutan semasa / selepas perceraian | Harta Pusaka | Hibah | Wasiat | Pendamaian dan lain-lain.

Amanat penal penemuduga Peguam Syarie Terengganu: “Semoga dapat membantu rakyat Terengganu”.
17/02/2026

Amanat penal penemuduga Peguam Syarie Terengganu: “Semoga dapat membantu rakyat Terengganu”.

FARAID & WASIAT WAJIBAH DARI 4 LAPIS KE 17 LAPIS.Harta Pusaka ni seeloknya selesaikan selepas Si Mati meninggal dunia. S...
06/02/2026

FARAID & WASIAT WAJIBAH DARI 4 LAPIS KE 17 LAPIS.

Harta Pusaka ni seeloknya selesaikan selepas Si Mati meninggal dunia. Selagi semua waris masih ada.

5/2/2026 Peguam Rakan bijaksana عبد الرزاق محمد راوي telah berhujah secara lisan kepada YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor menyatakan bahawa:
1. Mahkamah Yang Mulia ini berbidangkuasa memutuskan permohonan pemohon berdasarkan seksyen 244 dan 245 Enakmen Tatacara Mal.
2. Konsep Binding President tidak diamalkan oleh Mahkamah Syariah. Namun hanya menjadi rujukan kepada mahkamah yang lebih rendah dan mahkamah akan datang.

Dan hari yang sama YA Hakim telah memberikan keputusan.

Alhamdulillah selesai Majlis Pentauliahan   Syarie negeri Terengganu.Semoga dapat membantu rakyat negeri Terengganu Daru...
17/01/2026

Alhamdulillah selesai Majlis Pentauliahan Syarie negeri Terengganu.

Semoga dapat membantu rakyat negeri Terengganu Darul Iman.

𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗔𝗠𝗜 / 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗜𝗕𝗨/ 𝗕𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗜𝗞.Maksud BAIK di sini adalah HUBUNGA...
14/01/2026

𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗔𝗠𝗜 / 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗜𝗕𝗨/ 𝗕𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗜𝗞.

Maksud BAIK di sini adalah HUBUNGAN antara suami isteri dan hubungan ibu/bapa dengan anak-anak.

Ada sesetengah orang:
dia gagal menjadi suami yang baik kepada Isteri: atau
dia gagal menjadi isteri yang baik kepada suami.

Kegagalan hanya terhad kepada hubungan pasangan itu sahaja. Dia tidak semestinya gagal menjadi ibu / ayah yang baik.

Ini yang berlaku pada sesetengah pasangan yang bercerai. Dia akan menggunakan anak sebagai alat untuk pihak satu lagi sakit hati. Lebih malang bila dia tanam blueprint kepada anak itu untuk benci ibu/ayahnya sendiri.

Tambahan lagi, jika satu pihak itu diberi hak jagaan. Lagi tinggi egonya untuk menafikan kebajikan anak tersebut untuk mendapatkan kasih sayang seorang Ibu atau ayah. Ada sesetengah ibu/bapa ini juga mengikut kehendak anak itu untuk tak berjumpa dengan ibu atau ayah mereka. Perlu ingat, walaupun suami isteri bercerai. Seorang anak itu masih mempunyai ayah dan ibu.

Sepatutnya, seorang penjaga itu perlu cerdik untuk memberi nasihat kepada anak tersebut walau seburuk manapun ibu atau ayah itu. “Abang, itu tetap ibu abang”… “Kakak, itu ayah tetap ayah kakak”….

Jadilah ibu bapa yang baik kepada anak. Jangan rosakkan otak dan kehidupan anak-anak dengan keegoan ibu dan ayah sendiri. Mereka perlukan ibu bapa untuk menikmati kehidupan di dunia ini.

Izzul Islam Asmadi
Peguam Syarie
14/1/2026

Tauliah Peguam Syarie Melaka
02/12/2025

Tauliah Peguam Syarie Melaka

SUAMI atau ISTERI ada kelemahan masing-masing. 1 -10 tahun Proses belajar kenal dari satu antara yang lain.
28/10/2025

SUAMI atau ISTERI ada kelemahan masing-masing. 1 -10 tahun Proses belajar kenal dari satu antara yang lain.

Beri Dia Peluang

Kadang kita lupa… suami juga manusia.
Ada hari dia penat, diam, tersilap kata tapi masih cuba jadi yang terbaik.

Selagi dia tidak menyakiti, tidak lalai memberi nafkah, dan masih menunaikan tanggungjawab dengan kasih sayang berilah dia ruang untuk belajar.

Kerana cinta bukan tentang siapa yang sempurna, tapi tentang dua jiwa yang memilih untuk tetap bertahan.

Di Malaysia pon sama. Kalau nak bercerai mesti sedondon. Tak tahu sama ada dah rancang atau kebetulan. Tapi kalau corak ...
16/10/2025

Di Malaysia pon sama. Kalau nak bercerai mesti sedondon. Tak tahu sama ada dah rancang atau kebetulan. Tapi kalau corak pon sama. Mungkin Mahkamah hanya jadi tempat luah perasaan.

Kebanyakkan salah faham dari masalah komunikasi.

02/08/2025

RUMAH DITADBIR OLEH ALLAH S.A.W !!!

24 TAHUN “𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈” NAMA LAINSeorang anak gembira apabila pernikahan ibu bapanya disahkan oleh Mahkamah Syariah. Sepanjang ...
17/07/2025

24 TAHUN “𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈” NAMA LAIN

Seorang anak gembira apabila pernikahan ibu bapanya disahkan oleh Mahkamah Syariah. Sepanjang 24 tahun hidup tidak di-BINTI-kan nama ayah kandung.

Hal ini terjadi apabila selepas ibu bapa bernikah tanpa kebenaran pada tahun 2000. Lebih teruk bapanya telah ditangkap dan dihantar p**ang negara asal kerana menetap lebih masa waktu anak ini dalam kandungan. Tambahan p**a, ibunya yg tidak boleh membaca & tiada pengetahuan undang-undang.

Pernikahan ibubapa tidak didaftarkan sehingga anak tersebut mencapai umur 24 tahun dan nak kahwin. Kesannya, bapa kandungnya tidak boleh menjadi wali mujbir sebab pernikahan tidak didaftarkan. Jauh sekali lagi nak langkau wali.

Ibu bapa dan anak ini telah hadir ke Mahkamah Syariah beberapa sesi siasatan. Dan Hakim bicara telah menasihati untuk melantik peguam supaya kes ini dapat berjalan dengan lancar dan membantu mahkamah membuat keputusan.

Tetuan Nuaim Razak & Partners telah mewakili pemohon dan hadir beberapa sesi siasatan pemohon-2, saksi-2 dan failkan Hujahan.

Keputusan Mahkamah pada JUN 2025 telah MELULUSKAN permohonan pemohon-2 dan MENGESAHKAN pernikahan tersebut.

𝘔𝘢𝘩𝘬𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘶𝘴𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘰𝘴𝘦𝘴. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘔𝘢𝘩𝘬𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘭𝘪𝘵𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘮𝘰𝘩𝘰𝘯 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘯𝘶𝘩𝘪 𝘩𝘶𝘬𝘶𝘮 𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬. 𝘏𝘢𝘭 𝘪𝘯𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘢𝘲𝘢𝘴𝘪𝘥 𝘴𝘺𝘢𝘳𝘪𝘢𝘩 - 𝘯𝘢𝘴𝘢𝘣 (𝘬𝘦𝘵𝘶𝘳𝘶𝘯𝘢𝘯) 𝘶𝘮𝘮𝘢𝘩.

𝙄𝙣𝙜𝙖𝙩!! 𝙋𝙚𝙧𝙣𝙞𝙠𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙆𝙀𝙎𝘼𝙇𝘼𝙃𝘼𝙉!!!…

~ Catatan iiA
17/07/2025

Mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam mengendalikan prosiding Penghinaan Mahkamah.
24/06/2025

Mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam mengendalikan prosiding Penghinaan Mahkamah.

19/06/2025
Alhamdulillah selesai.Pihak-pihak capai persetujuan berkaitan Perceraian & Hak Jagaan Anak. Dengan sekali kehadiran. Sel...
18/06/2025

Alhamdulillah selesai.

Pihak-pihak capai persetujuan berkaitan Perceraian & Hak Jagaan Anak. Dengan sekali kehadiran. Selesai.

Semoga terus menjadi ibubapa yang baik untuk anak walaupun hubungan suami isteri terputus.

Address

Kuala Lumpur
68100

Telephone

+60198865157

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Izzul Islam Asmadi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share