27/08/2025
The Sun 26/8/2025
Saya telah ditemu bual berhubung isu cadangan portal aduan mesra kanak-kanak berkaitan buli. Saya tekankan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebenarnya sudah mempunyai platform dalam talian iaitu Aduan Buli, yang telah beroperasi sejak Ogos 2022. Sebelum mempertimbangkan sistem baharu, adalah penting untuk menilai terlebih dahulu keberkesanan sistem sedia ada.
Saya juga mengulas mengenai insentif khas yang diumumkan oleh KPM bagi pencapaian sekolah rekod ‘sifar buli’. Walaupun insentif sebegini mungkin dapat mendorong sekolah, ia juga boleh secara tidak langsung menggalakkan masalah tidak dilaporkan atau menyembunyikan kejadian semata-mata untuk mencapai sasaran. Yang penting sekarang ialah pelaksanaan SOP dalam mengendalikan aduan buli. SOP yang sedia ada sudah cukup baik tapi pelaksanaan mengikut SOP dalam kes buli pada masa ini menunjukkan ada kelemahan.
https://thesun.my