Peguam Syarie : Illy Zulkifli

Peguam Syarie : Illy Zulkifli Seorang Peguam Syarie yang bertauliah dan masih beramal di Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia.

Membantu dalam penyelesaian urusan kes rumahtangga, harta pusaka, atau permasalahan yang berbangkit mengenai isu kes di Mahkamah Syariah. A certified Syarie lawyer and practicing for Syariah courts in Malaysia. Assisting for marriage consulation, Islamic estate planning, Islamic inheritance or any arising problems regarding Syariah cases in Syariah courts.

11/05/2022

Harap masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua. Semoga segala ibadah kita semua diterima olehNya & selamat berpuasa 6 buat semua 🀍

19/04/2022

Salam Nuzul Quran & Selamat Berpuasa semua 🀍

Assalamualaikum 🀍

11/03/2022

Juma'ah Mubaraqah
Salam Jumaat buat semua

"Definisi BAHAGIA itu ketika kita memberi, memberi CINTA untuk keluarga tersayang, memberi MAAF untuk yang berbuat khilaf, memberi BANTUAN untuk yang memerlukan, memberi KETAATAN kita kepada Allah SWT. Kerana, bahagia yang sebenarnya itu adalah ketika memberi, bukan menerima."

Ramai yang inginkan keluarga yang penuh dengan Sakinah (Ketenangan), Mawaddah (Kasih Sayang) & Rahmah (Belas Kasihan). Namun ada hubungan yang terputus ditengan jalan, adapun yang sedang mengecapi kebahagiaan tapi ada yang cemburu. Itulah namanya pancaroba, asam garam rumahtangga. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya, setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaiannya.

Keluarga Sakinah bukan keluarga yang tanpa masalah, 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan p**a suami isteri'. Tapi, keluarga Sakinah adalah bermaksud yang pandai menyelesaikan isu yang timbul, yang bijak menghadapi konflik rumahtangga, dan yakin pasti jalan sukar ini ada hikmahNya, supaya tiada yang diabaikan, terus disakiti dan berduka lara. Hak Suami Isteri itu pasti kalian arif, namun pesanan saya jangan sesekali lupa hak anak.

Sama-sama kita berdoa dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri serta bijak menyelesaikan permasalahan yang timbul. InshaAllah.

Semoga segala urusan dipermudahkanNya.

Assalamualaikum πŸ’
Peguam Syarie Illy Zulkifli
11.03.2022 | 1.05 pm

Bersama partner  Atikah Rashid Associates pagi ini kes Faraid di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemb...
23/09/2021

Bersama partner Atikah Rashid Associates pagi ini kes Faraid di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pembahagian harta pusaka iaitu Faraid ini adalah hanya bagi yang beragama Islam sahaja. Untuk pengurusan harta bagi bukan Islam (non-muslim) ia adalah tertakluk kepada surat kuasa pemegang amanah.

Faraid ini adalah ilmu yang salah satunya Rasulullah tinggalkan hingga keakhir zaman.

Bak kata penyarah kami di UIAM, tanpa Faraid dan ilmu pengurusan harta yang mantap, institusi kekeluargaan, agama dan negara akan menjadi kucar kacir. Ilmu ini adalah ilmu fardhu ain. Beruntung bagi yang peroleh pahala bagi pengurusan ilmu faraid ini.

Ilmu faraid ialah ilmu yang membincangkan kaedah asas yang perlu diketahui dalam pembahagian harta pusaka kepada waris yang berhak.
Ia disebut juga sebagai ilmu tarikah iaitu ilmu yang berkait dengan hukum kaedah fiqh dan matematik iaitu pengiraan yang membolehkan kita mengetahui hak dan bahagian-bahagian harta peninggalan atau harta pusaka seseorang waris.
Hukum mempelajari ilmu faraid merupakan fardu kifayah, tetapi boleh 'jatuh' fardu ain dalam keadaan tiada orang yang mempelajarinya.

Banyak instrumen pengurusan harta yang ramai perlu ambil cakna. Bukan bermakna selesai Faraid, terus waris-waris peroleh harta arwah, tapi perkara wajib yang pertama adalah selesaikan dahulu hutang-hutang arwah.

Sebab apa faraid itu diterjemahkan sebagai permuafakatan waris-waris?
Sebab, setiap urusan harta arwah, yang perlu diselesaikan adalah waris yang masih bernyawa, waris yang hidup inilah yang berperanan dalam mentadbir harta si mati.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: β€œPelajarilah ilmu faraid dan ajarkan ia kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia merupakan suatu ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku.” (Riwayat Ibnu Majah, al-Hakim dan Baihaqi)

Minat kami dalam pengurusan harta ni memang tak dapat dinafikan lagi sejak dari zaman universiti, kesedaran dalam diri kami untuk memantapkan ilmu pengurusan harta itu menjadi tanggungjawab yang besar pada masyarakat khususnya yang beragama Islam. Tambah p**a ilmu ini adalah ilmu pertama yang akan diangkat daripada manusia.

Rasulullah SAW menggesa umat Islam mempelajari ilmu faraid secara terperinci kerana baginda bimbang umatnya leka untuk mempelajarinya selepas kewafatannya.

Kalau hidup sekadar hidup,
Babi dihutan juga hidup,
Kalau bekerja sekadar bekerja,
Kera dihutan juga bekerja,
Maka jadilah manusia yang dianugerahkan akal,
Bukan menjadi manusia yang hanya mengenal nafsu.

Semoga segala urusan kalian semua dipermudahkanNya dan semoga yang telah pergi dahulu meninggalkan kita peroleh rahmatNya. Al-Fatihah.

Assalamualaikum πŸ’
Peguam Syarie Illy Zulkifli
23.09.2021 | 11.45 pm

16/09/2021

Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September Hari Malaysia dirai,
Julang tinggi rakyat sejati,
Rai sederhana turut dirasai,
Semangat juang Negara yang dikasihi.

Daun menghijau di pohonnya,
Keris beradu di sarungnya,
Bertikam lidah tiada gunanya,
Perdamaian itu penghubungnya.

Bunga mekar dibawah mentari,
Sakit diri ditanggung sendiri,
Tiada gunanya merenung sendiri,
Luahkan hati,
Selamatkan diri.

Selamat Menyambut Hari Malaysia dan semoga wabak covid-19 ini diangkat dan dihapuskan dari bumi khususnya Malaysia tercinta, supaya kita dapat bersama-sama dapat p**ang ke kampung halaman bersama dengan keluarga tercinta.

Selamat Menyambut Hari Malaysia Tahun 2021 dari kami di Atikah Rashid & Associates.

Assalamualaikum πŸ’
Peguam Syarie Illy Zulkifli
16.09.2021 | 11.06 a.m

13/09/2021

Selamat Pagi Semua πŸ’
Tempat anda semua hujan tak hari ni? Saya di Rawang, sebelum subuh tadi dah hujan.

Jom luangkan masa untuk berdoa dan kumpul pahala 🀲🏻

Terdapat sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya berkaitan doa ketika turunnya hujan. Hadith tersebut adalah:

Daripada Aisyah r.a berkata, Adapun Rasulullah SAW ketika melihat hujan :


Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩŠΩ‘ΩΨ¨Ω‹Ψ§ Ω†ΩŽΨ§ΩΩΨΉΩ‹Ψ§

Maksudnya: β€œYa Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” [Riwayat al-Bukhari (1032)]


Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa yang disebutkan di dalam hadith di atas adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan bagi menambahkan kebaikan dan juga keberkatan di samping menolak segala yang boleh memberi mudharat. [Lihat: Fath al-Bari, 518/2]

Di samping itu juga, doa ketika hujan adalah salah satu keadaan yang mustajab sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi SAW.


Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


ثِنْΨͺΩŽΨ§Ω†Ω Ω„ΩŽΨ§ ΨͺΩΨ±ΩŽΨ―Ω‘ΩŽΨ§Ω†Ω: Ψ§Ω„Ψ―Ω‘ΩΨΉΩŽΨ§Ψ‘Ω ΨΉΩΩ†Ω’Ψ―ΩŽ Ψ§Ω„Ω†Ω‘ΩΨ―ΩŽΨ§Ψ‘ΩΨŒ وَΨͺΩŽΨ­Ω’Ψͺَ Ψ§Ω„Ω’Ω…ΩŽΨ·ΩŽΨ±Ω

Maksudnya: β€œDua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” [Riwayat al-Hakim (2534)] [Hadith ini menurut al-Hakim sanadnya sahih tetapi tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]

Rujukan dari Irsyad al-Hadith, Jabatan M***i W.P.

Wallahua’lam.
Assalamualaikum πŸ’
Peguam Syarie Illy Zulkifli
13.09.2021 | 9.50 a.m

𝑲𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 π’Œπ’†π’π’‚ π’‘π’†π’“π’ˆπ’Š 𝑺𝒖𝒍𝒉 𝒅𝒖𝒍𝒖? β€œMuka dia pun aku dah meluat, inikan p**a nak bersemuka duduk berbincang?!” Dahh…gaduh lah ...
08/09/2021

𝑲𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 π’Œπ’†π’π’‚ π’‘π’†π’“π’ˆπ’Š 𝑺𝒖𝒍𝒉 𝒅𝒖𝒍𝒖?

β€œMuka dia pun aku dah meluat, inikan p**a nak bersemuka duduk berbincang?!”

Dahh…gaduh lah p**ak..biasa terjadi kes seperti ini di Mahkamah, bukan waktu proses Sulh sahaja, kadang terserempak luar dewan Mahkamah lagi dah datang β€œangin kemarahan” tu. Alah, macam dalam drama tv swasta. Tapi kalau tak duduk berbincang, taknak datang mahkamah, taknak bersemuka , taknak bagi kerjasama pada mahkamah & peguam, macam mana nak teruskan proses mahkamah dan memudahkan urusan di mahkamah? Datang la panggilan pertama. Meluat pun pergi je lah. Tak rugi apa pun.

Sebab apa?
Sebab Majlis Sulh ni ada prosesnya (Rujuk Gambar)
Sulh dalam Bahasa Arab bermaksud β€œPutus Pertengkaran” yang membawa maksud PERDAMAIAN makala menurut syarak ia adalah suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan atau pertikaian diantara pihak-pihak beragama Islam.

Sekali lagi,
Kenapa perlu hadir Majlis Sulh?
β€œHindarkanlah (pertikaian) dari pihak-pihak yang bertikai, sehingga mereka dapat berdamai (Sulh), kerana sesungguhnya memutuskan pertikaian melalui pengadilan akan mencetuskan Dendam Kesumat” - Sayyidina β€˜Umar ibn Al-Khattab r.a.

Rasulullah s.a.w bersabda; maksudnya: β€œal-Sulh (Perdamaian) adalah suatu yang harus diantara muslimin, kecuali suatu perdamaian yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram, dan kaum muslimin adalah terikat dengan janji mereka, kecuali yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” - Riwayat al-Tirmizi

Perdamaian dicari,
Kebencian diketepi,
Hidup ditanggung sendiri,
Iman sahaja peneman sepi.

Jika ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
Jika betul kata pepatah,
Janganlah terus berdiam diri.

Assalamualaikum πŸ’
Peguam Syarie Illy Zulkifli
08.09.2021 | 6.33 p.m

π™Žπ™ͺ𝙙𝙖𝙝 π™©π™šπ™§π™π™–π™£π™©π™ͺ𝙠 𝙗𝙖𝙧π™ͺ π™©π™šπ™£π™œπ™–π™™π™–π™?  Semakin ramai suami Dayus? Setuju? Atau ada juga kes suami dipukul oleh isteri? Ya..mema...
05/09/2021

π™Žπ™ͺ𝙙𝙖𝙝 π™©π™šπ™§π™π™–π™£π™©π™ͺ𝙠 𝙗𝙖𝙧π™ͺ π™©π™šπ™£π™œπ™–π™™π™–π™?

Semakin ramai suami Dayus? Setuju? Atau ada juga kes suami dipukul oleh isteri? Ya..memang wujud, ada yang whatsapp kata macam mana nak buat kalau isteri selalu pukul saya? Halau saya dari rumah?

Baik..tak kira lah siapa pukul siapa, pucuk pangkal lihatlah pada rumahtangga, nak teruskan atau nak perbaiki atau tinggalkan supaya tidak lagi memudaratkan diri dan anak-anak.

Kaunseling?
Kadang isteri saja yang berminat untuk pergi kaunseling, nak ajak suami takut, dah nasihat cuba berbincang elok-elok apa masalah dalaman yang menyebabkan ego terlalu tinggi hingga naik tangan dan kaki? Kesudahnya malu nak pergi sorang-sorang. Nak share masalah boleh, tapi β€˜make sure’ orang yang dipercayai la ya. Bukan yang ambil kesempatan atau β€˜makcik bawang’.

Report Polis?
Ya, report tu la bukti sokongan yang boleh dilampirkan dalam permohonan mahkamah kelak. Keluar rumah sebab nak selamatkan diri pun boleh buat report polis, ape ntah lagi kalau dah sampai kes pukul. Suami kena pukul isteri valid ke kalau buat report? Buat je lah, bukan ada had jantina pun nak buat report. Kenapa? Takut kena gelak? Abaikan, yang penting ada dokumen sokongan, ada bukti!

Catat berapa kali dipukul, berapa kali suami lafaz cerai, berapa kali suami tak bagi nafkah, berapa kali suami langgar perintah, berapa kali tak balik rumah isteri β€˜Tua’ opps!?
Ya, semua tu penting, tidaklah nanti terfikir-fikir / agak-agak atau β€˜blurr’ bila disoal.

Selainnya, soal hati dan perasaan semua tu individu yang mengalami sendiri yang tahu. Semoga segala urusan kalian yang hidup seperti β€œHabis madu sepah Dibuang” sekali lagi, janganlah terus β€œmenangguk di air keruh”.

Malas berkayuh perahu hanyut,
Segan bertanya sesat jalan,
Tak diseru kehidupan seperti melukut,
Setiap kesusahan pasti ada Jalannya.

Andai diri terus dihanyut,
Letaklah akal pada hati,
Andai diri terus terpaut,
Jangan ditelan bisa,
Jangan disalahkan duri yang mati.

Assalamualaikum πŸ’
Peguam Syarie Illy Zulkifli
04.09.2021 | 8.43pm

Malaysia Prihatin tema diberi,Semangat juang ibu pertiwi,Sentosa Negara Rakyat berdiri,Semoga terus Merdekakan diri.64 T...
30/08/2021

Malaysia Prihatin tema diberi,
Semangat juang ibu pertiwi,
Sentosa Negara Rakyat berdiri,
Semoga terus Merdekakan diri.

64 Tahun sudah Merdeka,
Warisan dahulu menjadi kenangan,
Terima kasih pendidik bangsa,
Semoga terus menjadi pegangan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64 buat seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi dan salam takziah kepada keluarga magsa Covid-19. Semoga kita semua terus berjuang bersungguh dan tabah mengharungi melawan Covid-19 ini dan jangan lupa ya..sentiasa menjaga SOP πŸ‘πŸ»

Al-Fatihah buat Ayah tercinta & seluruh mangsa Covid-19.

Assalamualaikum πŸ’
-Peguam Syarie Illy Zulkifli-
31 Ogos 2021 | 12.22 a.m

Rinduuuu Mahkamah πŸ‘©πŸ»β€πŸ’ΌπŸ‘©πŸ»β€πŸ’ΌSaya pasti, kalian juga tak sabar nak tunggu Mahkamah buka kan..ada yang rindu anak, ada yang ...
17/06/2021

Rinduuuu Mahkamah πŸ‘©πŸ»β€πŸ’ΌπŸ‘©πŸ»β€πŸ’Ό

Saya pasti, kalian juga tak sabar nak tunggu Mahkamah buka kan..ada yang rindu anak, ada yang perintah tak terlaksana, report dah dibuat, semua dah complete, tunggu panggilan mahkamah sahaja.

Apa pun yang terjadi ini pasti ada hikamahnya, semoga semua baik2 sahaja dan semoga kalian semua terus kuat.

Kami doakan semua sektor pekerjaan akan dibuka penuh selepas ini. Semoga covid-19 hapus dari Malaysia dan muka bumi ini. Semoga semua diberi kesihatan yang baik dan semoga kita semua mencapai herd immunity. Aamiin.




Salam Jumaat, Pernah dengar tak keadaan rumahtangga yang macam ni? Ni bukan PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) tapi ni adalah ...
28/05/2021

Salam Jumaat,

Pernah dengar tak keadaan rumahtangga yang macam ni? Ni bukan PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) tapi ni adalah keadaan yang acapkali berlaku disekeliling kita, yang mana sedar tak sedar ia membawa kepada penderaan dalam jiwa pasangan dan anak-anak.

Happy je kita dengan keluarga kita, Alhamdulillah semua tu pinjaman dari Allah. Namun, tak dinafikan sedang dunia berkecamuk dengan isu yang tak kesudahan ini, ada juga yang sedang berperang dalam diri, demi Agama..sabar tu meningkat dalam diri. Sebab apa? Sebab masih punya IMAN.

β€œJangan bertindak melulu, kelak makan diri sendiri” biasa dengar kan?

Chill, Sit back and think how to solve, how to manage and what to do next.

Yang penting, jangan menangguk di air yang keruh.



Selamat Hari Raya buat semua!
12/05/2021

Selamat Hari Raya buat semua!

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60102833419

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie : Illy Zulkifli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie : Illy Zulkifli:

Share