Syazwan Hasim & Azeel Eskandar - Kelantan

Syazwan Hasim & Azeel Eskandar - Kelantan Kami merupakan firma guaman di Kelantan yang sedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda.

08/04/2024
01/04/2024

Jom tengok iklan raya…

PERCERAIAN BUKAN ISLAMApakah yang dimaksudkan dengan perceraian?Perceraian ialah perpisahan antara seorang suami dengan ...
25/02/2021

PERCERAIAN BUKAN ISLAM

Apakah yang dimaksudkan dengan perceraian?

Perceraian ialah perpisahan antara seorang suami dengan seorang isteri yang diiktiraf oleh undang-undang dan akibatnya ia membolehkan seseorang bekas suami atau isteri itu berkahwin lain.

Mengapakah perceraian yang melibatkan orang yang bukan beragama Islam mesti melalui proses mahkamah?

Di Malaysia, semua perceraian yang melibatkan orang bukan beragama Islam hendaklah dilakukan mengikut peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan
Perceraian) 1976 [Akta 164].

Apakah kedudukan perkahwinan yang dilakukan sebelum Akta
164 dikuatkuasakan?

Semua perkahwinan yang dilangsungkan sebelum Akta 164 berkuat kuasa dianggap sebagai perkahwinan yang telah didaftarkan di bawah Akta ini asalkan perkahwinan mereka
telah dilangsungkan dengan sah.

Apakah syarat-syarat yang perlu diikuti sebelum permohonan perceraian dibuat?

Terdapat beberapa syarat yang mesti dipatuhi sebelum permohonan perceraian difailkan di mahkamah iaitu –

(a) permohonan perceraian yang boleh difailkan di mahkamah hanya selepas tamat tempoh dua tahun dari tarikh perkahwinan melainkan jika terdapat permohonan kepada Hakim untuk menyerahkan permohonan perceraian dalam tempoh tertentu atas alasan bahawa hal itu ialah suatu hal yang terbit daripada hal keadaan atau kesusahan yang terkecuali yang dideritai oleh sesuatu pihak. Syarat ini adalah untuk menghalang seseorang
daripada berkahwin secara gopoh atau mengadakan perkahwinan percubaan dan juga untuk menghalang mereka melarikan diri daripada perkahwinan tanpa apa-apa percubaan untuk berdamai;

(b) mendapatkan sijil daripada tribunal perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara berdekatan dengan tempat tinggal mereka atau pun berdekatan dengan tempat tinggal terakhir mereka.

>>>>>>>>>>>>>>>

SYAZWAN HASIM & AZEEL ESKANDAR
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA

Wishing all Chinese Family's, Friends and Clients A Happy And Prosperous New Year 2021,Hope this new year brings with it...
11/02/2021

Wishing all Chinese Family's, Friends and Clients A Happy And Prosperous New Year 2021,

Hope this new year brings with itself new opportunities for you and your family!

Gong Xi Fa Chai 🏮🏮

Sincerely,
Messrs Syazwan Hasim & Azeel Eskandar



ANDA DISAMAN?5 Perkara asas yang  anda kena tahu bila terima Writ Saman.Pertama sekali, anda kena tahu bahawa anda telah...
31/01/2021

ANDA DISAMAN?

5 Perkara asas yang anda kena tahu bila terima Writ Saman.

Pertama sekali, anda kena tahu bahawa anda telah disaman. Siapa yang menyaman ? Plaintif. Nama dan alamat dia ada dalam saman tersebut.

Kedua, anda kena tahu sebab apa atau apa tuntan Plaintif terhadap anda. Boleh baca butiran tuntuan ini di bahagian Pengindorsan Tuntutan. Kalau tak faham, baca banyak kali, kalau masih tak faham, jumpa peguam.

Samaada apa yang dituntut itu betul atau tidak, ketepikan dulu sebab anda masih ada hak untuk membela diri.

Ketiga, anda ada tempoh 14 hari untuk memfailkan Memorandum Kehadiran (MK) dari tarikh Plaintif serah saman tersebut.

Ingat, 14 hari ini sangat penting untuk diperhati supaya tidak terlepas. Apabila anda failkan MK, maksudnya anda sudah masuk gelanggang untuk bela diri dan/atau buat tuntutan balas (saman balik).

Keempat, lepas failkan MK, anda kemudiannya dalam tempoh 14 hari juga kena failkan Pernyataan Pembelaan (PP). Dalam PP inilah anda akan cerita versi anda dan nafikan setiap satu apa yang Plaintif tuntut. Anda juga boleh saman balik Plaintif dengan membuat Tuntutan Balas.

Kelima, ini yang penting, kalau anda tak failkan MK dan PP, Plaintif (orang yang menuntut) boleh dapatkan Penghakiman ke atas anda, dalam erti kata lain, Plaintif menang tanpa bertanding.

Maksudnya, Plaintif akan dapat apa yang dituntut keatas anda. Kalau dia tuntut RM 100,000.10, dia akan dapat RM 100,000.10 tanpa kurang sepuluh sen pun. Malah akan lebih sebab ada interest kalau lewat bayar.

Keenam, baca balik nombor tiga supaya tak terlepas 14 hari itu.

p/s : ramai juga tanya, boleh ke ‘represent’ diri sendiri untuk lawan saman ? Jawapannya boleh, kecuali pertubuhan / syarikat.

Cuma, lebih baik dapatkan nasihat peguam, mereka dah biasa masuk gelanggang saman menyaman ni.

Penulis,
Azzan Aznan
Peguambela & Peguamcara

NAK BELI RUMAH? BUAT CARIAN PERSENDIRIAN TERLEBIH DAHULU DI PEJABAT TANAHHai Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua,...
26/01/2021

NAK BELI RUMAH? BUAT CARIAN PERSENDIRIAN TERLEBIH DAHULU DI PEJABAT TANAH

Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Entri kali ini kami tujukan khas kepada mereka di luar sana yang ingin membeli rumah, terutama kepada pembeli rumah pertama
Hari ini kami ingin berkongsi tentang CARIAN PERSENDIRIAN.
Biasanya, pihak Peguam akan dapatkan Carian Persendirian ini sebelum mula deraf Perjanjian Jual Beli atau Sale and Purchase Agreement (SPA).

Tapi, tersangat lah bagus sekiranya pihak Pembeli juga dapat buat Carian Persendirian ni sendiri di Pejabat Tanah bagi mendapatkan idea yang lebih jelas sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah yang diingini.

Jadi, ayuh kita pergi lebih jauh dalam topik ini.

APA ITU CARIAN PERSENDIRIAN?

Carian Persendirian adalah satu sijil maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.

Sijil maklumat ini merangkumi kesemua info yang teramatlah penting terhadap hartanah atau rumah yang hendak dibeli.
Maklumat yang terdapat dalam Carian Persendirian adalah maklumat yang tepat, muktamad dan tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak kecuali terdapat transaksi yang baharu.
Maklumat yang dinyatakan dalam Carian Persendirian ini lah yang akan memberi kesan kepada KESELURUHAN proses Jual Beli rumah.

KENAPA KENA BUAT CARIAN PERSENDIRIAN?

Seperti yang dinyatakan di atas, carian Persendirian dapat mengandungi macam-macam maklumat yang penting terhadap rumah yang ingin dibeli. Antara sebab kenapa perlu buat Carian Persendirian:

- Dapat mengelakkan Pembeli daripada ditipu oleh mana-mana pihak.

- Carian Persendirian boleh digunapakai untuk “double-confirm” dengan Tuan Punya Rumah / Agen Hartanah akan status rumah yang sebenar.

- Pembeli dapat maklumat dan gambaran yang jelas terhadap status rumah.

- Pembeli dapat menyesuaikan kehendak dan ciri-ciri rumah yang hendak dibeli menurut keinginan Pembeli sendiri.

- Pembeli dapat mengenalpasti tempoh masa yang akan diambil bagi menyelesaikan proses Jual Beli

MAKLUMAT APA YANG ADA DALAM CARIAN PERSENDIRIAN?
Nombor Hakmilik :

Setiap rumah ada nombor hakmilik tersendiri. Dengan Carian Persendirian, kita dapat memastikan bahawa kita tidak tersilap mendaftarkan nama kita sebagai pembeli ke atas rumah orang lain. Nampak remeh, tapi ada kes yang nama Pembeli didaftarkan ke atas rumah orang lain.

Bagi rumah yang bertingkat seperti Apartment, Kondominium dan Rumah Pangsa, nombor hakmilik dapat menentukan bahawa satu Hakmilik Strata bagi rumah tersebut telah dikeluarkan atau tidak. (Kami akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang Hakmilik Strata dalam entri yang berikutnya).

Nama Tuan Punya Rumah:

Ini adalah bagi tujuan kepastian dan konsistensi. Pembeli kena tahu kena berurusan terus dengan orang atau nama tuan punya rumah atau “owner”. Jangan berurusan dengan orang selain yang dinamakan di dalam Carian Persendirian melainkan dengan Agen Hartanah yang telah dilantik oleh owner. Elakkan diri anda daripada ditipu oleh scammer.

Penting juga untuk pastikan bahawa tuan punya rumah / owner adalah sihat, ada di Malaysia dan masih hidup supaya tiada isu berbangkit kelak. Sekiranya tuan punya rumah / owner telah meninggal dunia, rujuklah Peguam anda dan dapatkan nasihat yang seterusnya.

Bagi rumah yang bertingkat seperti Apartment, Kondominium dan Rumah Pangsa, sekiranya tiada nama tuan punya rumah / owner dalam Carian Persendirian, pihak Peguam akan mendapatkan Surat Pengesahan daripada Pemaju terlebih dahulu sebelum dapat memberikan nasihat yang seterusnya kepada Pembeli. Sekiranya Pemaju telah bankrap, rujuklah Peguam anda dan dapatkan nasihat yang seterusnya.

Status Rumah:

- Bebanan Hutang Tuan Punya Rumah : Sekiranya rumah tersebut masih ada tunggakan hutang dengan Bank, Pembeli boleh tahu Bank mana yang terlibat dan ini sekaligus memberi kesan kepada “timeline” proses Jual Beli sebab hutang tersebut mestilah dilunaskan terlebih dahulu sama ada dibayar penuh oleh Tuan Punya Rumah atau dibayar penuh oleh Bank Pembiaya Pembeli.

- Syarat Nyata : Rumah tersebut diwartakan sebagai rumah kediaman atau premis perniagaan atau lain2.

- Sekatan Kepentingan : Sekiranya ada sekatan, Tuan Punya Rumah / Owner perlu mendapatkan kebenaran Pindahmilik daripada Pihak Berkuasa Negeri. Proses Jual Beli hanya boleh disempurnakan sekiranya Pihak Berkuasa Negeri meluluskan kebenaran Pindahmilik tersebut.

- Leasehold / Freehold : Tempoh hakmilik tersebut berkuatkuasa. Sekiranya 99 tahun, Pembeli perlu memperbaharui tempoh hakmilik tersebut di Pejabat Tanah. Bagi tujuan ini, Pejabat Tanah akan kenakan bayaran Premium.

- Tanggungan Lain: Tanggungan atau sekatan lain yang menghalang proses seperti KAVEAT PERSENDIRIAN, KAVEAT PENDAFTAR dan PERINTAH MAHKAMAH. Kesemua ini hendaklah dialihkan terlebih dahulu sebelum mebuat pendaftaran nama pembeli baharu di Pejabat Tanah. (Kaveat Persendirian dan Kaveat Pendaftar akan diceritakan dengan lebih lanjut dalm entri yang berikutnya).

MACAM MANA NAK DAPATKAN CARIAN PERSENDIRIAN?

Mudah sahaja. Dapatkan dahulu maklumat hakmilik atau salinan geran daripada Penjual / Owner. Lepas tu boleh walk ini di Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Boleh telefon dahulu Pejabat Tanah di tempat anda bagi mendapatkan kepastian kerana setiap negeri mempunyai etika carian persendirian yang berbeza.

Seperti di Selangor, Carian Persendirian boleh didapati di Pejabat Tanah dan Galian Selangor yang terletak di Shah Alam. Ada Borang yang boleh diisi di sana dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30 sahaja. Cuma, sekarang musim PKP ni Pejabat Tanah Selangor telah membuat satu sistem dalam talian (online) yang membolehkan kita memohon Carian Persendirian secaran dalam talian sahaja. Boleh cuba klik link di bawah untuk rujukan.
https://smartbox.selangor.gov.my/
Seperti di Kuala Lumpur, Carian Persendirian boleh dibuat secara dalam talian juga dan bayaran sama RM30 turut dikenakan. Boleh cuba klik link di bawah untuk rujukan.
https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml?target=kl

JENIS-JENIS CARIAN PERSENDIRIAN

Carian Persendirian : Carian ini adalah carian yang akan dicetak oleh computer dan mengandungi maklumat yang lengkap terhadap status tanah / rumah yang ingin dibeli. Sesuai dibuat sebagai rujukan.

Carian Rasmi : Carian ini mengandungi maklumat yang sama dengan maklumat dalam Carian Persendirian di atas, Carian ini biasanya dipakai oleh pihak Bank bagi tujuan pengesahan dan pemprosesan document pinjaman perumahan. Bezanya dengan Carian Persendirian di atas, Carian Rasmi ini dicop oleh Pejabat Tanah dan ditandatangani oleh Pegawai Pejabat Tanah.

Sekian, entri ini hanyalah perkongsian ringkas daripada TETUAN SYAZWAN HASIM & AZEEL ESKANDAR.

Penulis,
Amirul Iddin bin Mohd Hafni Amirul Iddin
Peguambela dan Peguamcara.

16/01/2021

PKP KELANTAN >>>> APA BOLEH BUAT??

Berikut adalah antara senarai Perkhidmatan Perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk negeri Kelantan.
(Dikemaskini setakat 16 Januari 2021)

Pengilangan dan Pembuatan

1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul (MRO))
2. Automotif (kenderaan dan komponen)
3. Makanan dan minuman
4. Pembungkusan dan Percetakan
5. Barang-barang rumah dan penjagaan diri, dan bahan pencuci
6. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
7. Kelengkapan perlindungan diri dan peralatan keselamatan kebakaran
8. Komponen bagi peranti perubatan
9. Barang-barang elektrikal dan elektronik
10. Minyak dan gas
11. Keluaran petrokimia
12. Keluaran bahan kimia
13. Mesin dan peralatan
14. Acuan seramik bagi pembuatan sarung tangan
15. Besi dan keluli
16. Tekstil bagi penghasilan kelengkapan perlindungan diri
17. Perabot
18. Bahan api dan pelincir

Perkhidmatan

19. Automotif (penyelenggaraan dan pembaikan)
20. Keselamatan dan pertahanan
21. Kewangan
22. Institusi kewangan termasuk perbankan, insurans, takaful, bursa dan institusi lain yang dilesenkan, diluluskan atau didaftarkan oleh Bank Negara Malaysia
23. Entiti pasaran modal yang dilesenkan, didaftarkan atau dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
24. Perbandaran dan kerajaan tempatan
25. Pengurusan sisa pepejal dan pembetungan
26. Pembersihan awam
27. Pembersihan dan sanitasi premis
28. Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi dan perkhidmatan perniagaan global
29. E-dagang termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat
30. Pajak gadai dan syarikat peminjam wang berlesen
31. Hotel dan penginapan
32. Pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar
33. Pengurusan ladang, sarang burung walit, ladang kuda, loji pemprosesan haiwan, rumah sembelihan, ternakan, kilang makanan haiwan ternakan, kedai haiwan kesayangan
34. Pengawalan penyakit dan pengawalseliaan pengeluaran ternakan hidup, pengawalseliaan input ternakan dan keluaran berkaitan industri ternakan termasuk eksport dan import
35. Pengurusan kesihatan haiwan
36. Utiliti termasuk perkhidmatan keselamatan bekalan, pembaikan, penyelenggaraan dan bacaan meter air dan tenaga
37. Perkhidmatan profesional dalam bidang saintifik, penyelidikan dan pembangunan, teknikal dan penyenggaraan termasuk akauntan, peguam, auditor, jurutera dan arkitek
38. Kawalan keselamatan
39. Pengangkutan melalui darat, air atau udara
40. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi
41. Perkhidmatan kehakiman dan perundangan

Pembinaan

42. Kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
43. Kerja pembinaan infrastruktur awam utama
44. Kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau kuarters pekerja berpusat

Perdagangan Pengedaran

45. Penggudangan dan logistik
46. Penjualan dan penghantaran makanan dan minuman
47. Peruncitan, pengedaran dan pemborongan

Perladangan dan Komoditi

48. Pertanian, perikanan dan penternakan
49. Perladangan dan komoditi

Lain-Lain

50. Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri atau perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.

Semoga bermanfaat
SHAE
Peguambela dan Peguamcara

SURAT KUASA WAKIL (PA)URUSAN JUAL BELI TANAH MELALUI SURAT KUASA WAKIL1. Antara urusan yang selalu dirujuk kepada firma ...
16/01/2021

SURAT KUASA WAKIL (PA)

URUSAN JUAL BELI TANAH MELALUI SURAT KUASA WAKIL

1. Antara urusan yang selalu dirujuk kepada firma guaman kami terutamanya di Kelantan adalah berkenaan jual beli tanah yang melibatkan sekatan kepentingan.

2. Sebagaimana maklum, Kerajaaan Negeri Kelantan telah mengeluarkan satu pekeliling PTG.Bil. 1/1994 iaitu berkenaan dasar mengenai pengenalan sekatan kepentingan semasa meluluskan pemberianmilik dibawah Seksyen 120 Kanun Tanah Negara.

3. Antara sekatan mengikut pekeliling tersebut adalah berkaitan Tanah yang terletak dalam sesuatu rancangan atau skim yang teratur seperti kampong baru, pembangunan tanah di bawah Lembaga Pembangunan Wilayah, Rancangan Blok Ketua Jajahan, pemberianmilik berancang dan tanah-tanah yang diperintah haram yang mana antara sekatan kepentingan tanah tersebut adalah tiada pindahmilik boleh dibuat dalam tempoh 10 tahun daripada pendaftaran hakmilik pertama.

4. Oleh yang demikian, terdapat persoalan yang timbul iaitu, apakah yang boleh dilakukan sekiranya pemilik hendak menjual tanah tersebut?

5. Di Kelantan, adalah menjadi suatu amalan, sekiranya terdapat sekatan kepentingan terutamya berkaitan tempoh 10 tahun tersebut, pihak penjual dan pembeli akan menguruskan jual beli tersebut dengan menyediakan suatu surat kuasa wakil ataupun Power of Attorney.

6. Persoalanya, sejauh mana keabsahan Surat Kuasa Wakil tersebut dalam mengiktiraf jual beli yang dilakukan?

7. Secara ringkasnya, bagi menjawab persoalan tersebut, kami merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes HASSAN HUSSIN v. TENGKU AZHAR ADIB T YUSUF [2016] 7 CLJ 864 di mana Mahkamah telah mengiktiraf suatu Surat Kuasa Wakil yang telah dimasuki antara Plaintif dan Defendan akibat daripada suatu sekatan kepentingan dan Mahkamah juga menyatakan Defendan (penjual) hanyalah merupakan pemegang amanah terus (bare trustee) sehingga kesan sekatan tamat.

8. Fakta ringkas kes tersebut adalah sebagaimana berikut:-

“Perayu telah membeli sebidang tanah milik responden. Tanah tersebut tidak dipindah milik serta merta kerana tertakluk pada sekatan yang melarang pindah hak milik tanah bagi tempoh sepuluh tahun dari tarikh hak milik tanah dikeluarkan. Pihak-pihak bersetuju bahawa apabila tempoh sekatan tersebut tamat dan hak milik tetap dikeluarkan, responden akan menyempurnakan pindah milik tanah kepada perayu. Responden (i) memeterai satu surat kuasa wakil ('POA') berpihak pada perayu; (ii) melaksanakan Borang 14A bagi pindah milik tanah kepada perayu; dan (iii) menyerahkan hak milik sementara yang asal kepada perayu.”

9. Antara intipati penting yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut adalah seperti berikut:-

“Transaksi jual beli antara perayu dan responden membentuk satu kontrak mengikat. Terdapat keterangan jelas bahawa responden dibayar. Dari 2001 semasa tanah tersebut dijual kepada perayu, responden memegang tanah tersebut sebagai pemegang amanah terus sementara menunggu hak milik dipindah kepada perayu apabila kesan sekatan tamat. Pemegang amanah terus tidak mempunyai kewajipan selain menyerahkan harta amanah kepada orang yang berhak.”

10. Oleh yang demikian, berdasarkan kes diatas, ianya bahawa surat kuasa wakil yang dimasuki bagi tujuan jual beli hartanah adalah sah dan boleh dikuatkuasakan. Akan tetapi, surat kuasa wakil tersebut mestilah disediakan oleh peguamcara yang berpengalaman kerana ianya melibatkan prosedur undang-undang yang agak terperinci dan bagi memastikan segala terma adalah mengikut lunas perundangan seterusnya mengelakkan pertelingkahan di masa hadapan.

Syazwan Hasim & Azeel Eskandar (15 Januari 2021)

Setelah meneliti banyak ringkasan SOP PKPB di negeri Kelantan, admin rasa ini yang paling tepat untuk diikuti.Boleh shar...
15/01/2021

Setelah meneliti banyak ringkasan SOP PKPB di negeri Kelantan, admin rasa ini yang paling tepat untuk diikuti.

Boleh share supaya bermanfaat.

Address

PT5555 A, Taman Yani
Kuala Krai
18000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60179262533

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syazwan Hasim & Azeel Eskandar - Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Syazwan Hasim & Azeel Eskandar - Kelantan:

Share

Category