Sazili Azhar & Co

Sazili Azhar & Co SAZILI AZHAR & CO (Since 2012)
Main Office Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

SAZILI AZHAR & CO
Peguam Bela & Peguam Cara
PT 166, Taman Desa Wangi
Pasir Tumboh
16150 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-764 6024
Mobil : 013-8814024
E-mel : [email protected]

13/05/2024

NOTIS PERTUKARAN ALAMAT DAN NO. TELEFON

Alamat baharu :
PT 166, Taman Desa Wangi
Pasir Tumboh
16150 Kota Bharu
Kelantan

No. Telefon :
09-764 6024
013-881 4024

PERINTAH PENGECUALIAN DUTI TAKSIRAN PINDAHMILIK IBU BAPA KEPADA ANAK DAN DATUK NENEK KEPADA CUCUPerintah pengecualian in...
28/08/2023

PERINTAH PENGECUALIAN DUTI TAKSIRAN PINDAHMILIK IBU BAPA KEPADA ANAK DAN DATUK NENEK KEPADA CUCU

Perintah pengecualian ini dikenali sebagai P.U.(A) 178/2023 untuk urusan pindahmilik harta tak alih secara pelupusan sukarela (pindahmilik atas dasar kasih sayang/tanpa balasan) bagi Borang 14A yang disempurnakan pada atau selepas 1 April 2023.

Ramai mungkin yang tidak tahu dan sedar bahawa duti taksiran pindahmilik (duti setem Borang 14A Pindahmilik) telah dikecualikan (tidak dikenakan bayaran duti setem) berkuat kuasa 1 April 2023 bagi pindahmilik seperti berikut :-

Ibu atau Bapa ➡️ Anak
Ibu dan Bapa ➡️ Anak

Anak ➡️ Ibu atau Bapa
Anak ➡️ Ibu dan Bapa

Datuk atau Nenek ➡️ Cucu
Datuk dan Nenek ➡️ Cucu

Cucu ➡️ Datuk atau Nenek
Cucu ➡️ Datuk dan Nenek

21/09/2022

UPAH/YURAN/FI GUAMAN DAN KOS

Apa yang klien perlu faham berkaitan bayaran upah/yuran/fi guaman?

Upah/yuran/fi guaman ini adalah bayaran bagi perkhidmatan profesional kepeguaman kepada peguam yang mengendalikan kes atau fail klien. Masih terdapat item lain yang perlu dibayar kepada peguam disebut sebagai kos ("disbursement charges") dalam transaksi jual dan beli hartanah atau kontrak pembinaan bangunan.

Upah/yuran/fi guaman bagi transaksi jual dan beli hartanah atau kontrak pembinaan bangunan adalah tertakluk kepada skala bayaran yang telah ditetapkan ("scale fee") di bawah Solicitors' Remuneration Order 2005 yang dikawal selia oleh Majlis Peguam.

Klien masih perlu membayar kos sampingan seperti kos pengangkutan, kos pencetakan dokumentasi perundangan, fotokopi, bayaran duti setem kepada LHDN dan pendaftaran dokumen-dokumen pindahmilik dan/atau gadaian di pejabat tanah berkaitan.

Sekiranya hartanah tertakluk kepada kebenaran ("consent") pihak berkuasa negeri bagi urusan pindahmilik dan/atau gadaian, maka upah/yuran/fi guaman akan dikenakan dan juga kos akan bertambah bagi urusan tersebut.

Semakin sulit dan pelbagai proses yang perlu dilaksanakan, maka semakin bertambahlah kos yang perlu dibayar oleh klien.

Peguam hanya berhak kepada upah/yuran/fi guaman bagi perkhidmatan mereka sahaja. Bagi bayaran kos, peguam bertindak sebagai pemegang kepentingan ("stakeholder") yang menerima duit dari klien bagi bayaran kos tersebut dan peguam akan membayarkan kos tersebut kepada pihak yang terlibat.

TIPS PENGETAHUAN ASAS MENGGUNAKAN KHIDMAT PEGUAMCARA UNTUK URUSNIAGA HARTANAH1. Buat carian maklumat peguam dan firma gu...
05/07/2020

TIPS PENGETAHUAN ASAS MENGGUNAKAN KHIDMAT PEGUAMCARA UNTUK URUSNIAGA HARTANAH

1. Buat carian maklumat peguam dan firma guaman dari laman sesawang Badan Peguam (Bar Council) Malaysia;

~~~

2. Hubungi pejabat peguamcara untuk pengesahan maklumat asas seperti lokasi pejabat, waktu urusan dan bidang pengkhususan perkhidmatan peguamcara;

~~~

3. Buat temujanji dan berjumpa peguamcara secara berdepan untuk kepuasan hati. Selanjutnya boleh gunakan saluran perhubungan yang lain seperti panggilan telefon, aplikasi Whatsapp dan Telegram untuk berhubung dengan peguam atau kakitangan firma guaman.

~~~

4. Sekiranya urusan yang ingin dilakukan adalah bersabit permohonan pembiayaan/pinjaman, pastikan peguamcara tersebut adalah panel kepada Bank atau Institusi Kewangan tersebut. Setiap Bank atau Institusi Kewangan mempunyai produk dan dokumentasi perundangan yang berbeza antara satu sama lain. Pastikan peguamcara mahir mengendalikan urusan dokumentasi tersebut.

~~~

5. Boleh gunakan khidmat peguamcara berasingan bagi Perjanjian Jual & Beli dan dokumentasi pembiayaan/pinjaman. Sekiranya kurang selesa kerana terpaksa berhubung dengan 2 peguamcara berlainan, boleh sahaja sebenarnya guna hanya 1 peguamcara sahaja untuk kedua2 urusan tersebut.

~~~

6. Bila berurusan dengan Bank, minta maklumat panel peguam mereka untuk rujukan. Tidak semestinya ikut cadangan pegawai Bank dalam pemilihan peguamcara kerana anda yang mahu mengupah peguamcara. Boleh minta cadangan sekadar rujukan asas.

~~~

7. Pilih peguamcara yang mempunyai reputasi dan kemahiran yang baik. Hal ini boleh dilaksanakan dengan merujuk ahli keluarga terdekat, kawan-kawan dan klien sedia ada kepada peguamcara tersebut untuk dapatkan pengalaman mereka berurusan dengan peguamcara.

~~~

8. Dapatkan anggaran caj peguamcara dan kos berkaitan bagi urusniaga yang ingin dijalankan. Kalau boleh, dapatkan perincian kepada transaksi. Di peringkat ini anda akan dapat menilai seseorang peguamcara bekerja dan tahu keupayaan serta kepakaran yang ada dalam diri peguamcara.

~~~

9. Pastikan jumpa peguamcara, bukannya pengurus firma atau kakitangan biasa apatah lagi 'runner'. Ramai klien yang merungut tidak pernah jumpa dengan peguamcara walau sekali pun. Hanya bercakap dan berjumpa dengan kerani sahaja.

~~~

10. Pastikan anda ambil tahu urusniaga anda dengan peguamcara, baru anda faham setiap langkah serta prosedur yang perlu dituruti. Elak masuk campur, tapi ambil tahu itu satu kemestian. Anda bukan selalu upah peguamcara dan selalu beli hartanah. Ini masanya anda kutip pengalaman sendiri.

~~~

15/06/2020

Kami adalah panel firma guaman kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Kami bersedia membantu Tuan/Puan berhubung rundingan khidmat nasihat guaman permohonan pembiayaan perumahan dan khidmat guaman pengurusan dokumentasi pembiayaan perumahan anda. Hubungi kami untuk kami bantu Tuan/Puan selanjutnya

TAKRIFAN "ANAK KELANTAN" ATAU "NATIVE OF KELANTAN""Anak Kelantan" seperti diperuntukkan di dalam Seksyen 2, Enakmen Tana...
20/05/2020

TAKRIFAN "ANAK KELANTAN" ATAU "NATIVE OF KELANTAN"

"Anak Kelantan" seperti diperuntukkan di dalam Seksyen 2, Enakmen Tanah Kelantan 1938 (Enakmen No. 26 Tahun 1938) ditakrifkan sebagai :

(a) Seseorang yang lahir di Kelantan, ayahnya adalah Melayu;

(b) Seseorang yang lahir di Kelantan, ibunya seorang Melayu dan bapanya seorang Muslim;

(c) Seseorang yang lahir dimana sahaja, bapanya Melayu lahir di Kelantan

(d) Seseorang yang lahir dimana sahaja, ibubapanya Melayu dan tinggal di Kelantan sekurang-kurangnya 15 tahun.

(e) Seseorang sahaja yang lahir di Kelantan dan bapanya juga lahir di Kelantan

Mana-mana takrif ini adalah diterima pakai untuk mengesahkan status Anak Kelantan terutama dalam melibatkan urusniaga hartanah seperti pindahmilik tanah dan gadaian tanah.

Bagi individu yang bukan berstatus '03' pada Kad Pengenalan, sekiranya perlu untuk mendapatkan dokumen rasmi seperti surat pengesahan Anak Kelantan bolehlah membuat permohonan di mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan berhampiran dengan tempat tinggal atau di mana-mana pejabat tanah di Kelantan bagi jajahan tanah yang ingin dimiliki itu berada.

Oleh : Peguam Muhamad Sazili Che Omar

Address

PT 166, Taman Desa Wangi, Pasir Tumboh
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097646024

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sazili Azhar & Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sazili Azhar & Co:

Share

SAZILI AZHAR & CO - Profil Firma

Firma guaman SAZILI AZHAR & CO telah ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar dengan Badan Peguam Malaysia (Bar Council Malaysia) bermula pada 1 Julai 2011 atas nama SAZILI & CO di mana firma ini dikendalikan oleh peguam Encik Muhamad Sazili Bin Che Omar secara milikan tunggal dan kemudiannya diurus secara perkongsian dengan kemasukan Encik Azhar Bin Mohamad sejak 3 Ogos 2012. Bermula 16 September 2012, firma SAZILI & CO telah menukar nama kepada SAZILI AZHAR & CO.

Firma ini, kini dikendalikan oleh 3 orang peguam secara perkongsian dan mempunyai seorang peguam pembantu dengan tiga pejabat urusan kesemuanya di Kelantan. Pejabat utama firma terletak di Jalan Bayam, Kota Bharu manakala 2 pejabat cawangan terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu dan Tumpat.

Firma ini dibarisi oleh para peguam berpengalaman dan majoriti peguam telah beramal melebihi tempoh 7 tahun. Para peguam kami bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam memberikan khidmat perundangan kepada khalayak yang lebih luas bagi mencapai segala matlamat dan misi sebuah organisasi yang mahu terus berkembang maju.

***