09/01/2023
Anda terima notis permohonan poligami?
Apa yang isteri-isteri perlu buat?
Boleh ke permohonan tersebut dibatalkan?
TOLONG BACA DAN FAHAMKAN APA YANG ANDA SEBAGAI ISTERI PERLU LAKUKAN BILA TERIMA NOTIS PERMOHONAN POLIGAMI DARIPADA MAHKAMAH !
✍️Apa yang perlu isteri buat bila terima permohonan poligami?
Kalau anda mungkin marah itu biasa. Kalau anda mungkin setuju dan tak marah pun itu biasa. Tapi, tolong jangan tak pergi ke Mahkamah bila dipanggil.
Bila dihadapan Hakim, Hakim hanya nak tahu, jika anda setuju poligami ini, apa hak yang anda nak direkodkan. Ini kuasa Hakim. Mintak direkodkan Nafkah Diri anda ikut keperluan yang anda perlu.
Kedua, mintak direkodkan Nafkah Anak untuk anak-anak anda. Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar. Kalau Nafkah Anak dan Nafkah Isteri pun suami takat nak bagi ala kadar, baik tak payah la poligami.
✍️Apa yang paling penting untuk rekod lagi?
Pada saya yang paling penting adalah rekodkan tentang Harta Sepencarian. Anda kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di Mahkamah jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut.
Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan. Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, anda diberi keistimewaan untuk mintak Hakim ‘declare’ sebagai perintah, apa sahaja Harta yang suami anda ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.
Bahkan, anda boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun sukar jika bicara kes Harta Sepencarian.
✍️Kenapa penting rekod Harta Sepencarian ini?
Sebagai isteri, anda kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk anda, mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. Tapi, jika tidak ada Perintah, andai berlaku kematian suami, Rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara Faraid.
Melainkan anda dapat Perintah Harta sepencarian. Nak dapat perintah 1/2 bahagian, anda perlu ada bukti yang anda juga ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut.
✍️ Apa jadi kalau suami mati, dan tak rekod Harta Sepencarian?
Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid. Kalau anda ada anak, bahagian faraid anda adalah 1/8. Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian anda akan jadi 1/16.
Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka anda. Dan tak semena-mena, anda terpaksa naik turun Mahkamah hanya untuk ‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris.
Itu kalau mati. Kalau anda diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai anda nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika Harta itu masih ada. Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah anda naik turun Mahkamah.
✍️Kalau saya di tempat isteri, apa yang tuan akan buat?
Jangan tak pergi langsung. Lagi rugi. Suami boleh ‘kuak bebas’ depan Hakim. Kalau saya kat tempat isteri pertama tu, saya mungkin tak marah kalau suami saya mampu dan berkemampuan untuk poligami.
Tapi, saya akan mintak rekod Nafkah diri sebagai isteri RM1000 sebulan at least, Nafkah Anak seorang RM600 at least seorang setiap bulan, RM300 untuk baju raya dan RM400 untuk perbelanjaan awal persekolahan.
Harta Sepencarian confirm, semua harta yang suami beli, saya nak mintak Mahkamah ‘declare’ 1/2. Kalau ada yang saya keluarkan duit lebih, saya nak mintak 2/3 bahagian.
Lagi satu, saya nak mintak suami sediakan Hibah RM1 juta sebagai simpanan dan tinggalan jika berlaku kematian. At least, hak saya selamat selepas kematian suami. Dan bolehlah saya nak survive dengan baik dan selamatkan Harta pusaka arwah.
🧠Kesimpulan,
Saya sangat berharap, perkongsian saya ini sampai kepada lebih ramai wanita. Jangan pergi ke Mahkamah dalam keadaan yang anda tak tahu apa-apa.
Rugi. Tersangat rugi.
p/s : Ada ke isteri-isteri diluar sana yang suaminya belum sediakan Hibah kepada dia? Rugi. Anda tak nampak kenapa pentingnya kena ada Hibah ni macam mana saya nampak.
Tugas saya hanya bagi anda faham. Selebihnya, tindakan anda. Siapa berminat nak saya bantu dapatkan Hibah ini atau apa-apa khidmat lain boleh hubungi saya.