Syazwanie & Izzah Associates

Syazwanie & Izzah Associates Peguam Syarie

"Orang yang betul-betul baik… bila disakiti, dia tak jerit.Dia tak mengamuk.Dia tak rakam status panjang-panjang untuk b...
12/07/2025

"Orang yang betul-betul baik… bila disakiti, dia tak jerit.
Dia tak mengamuk.
Dia tak rakam status panjang-panjang untuk buka aib kau.
Dia cuma diam…
Dan diam dia tu… lagi menyakitkan dari makian apa pun."

Dia tak balas.

Bila kau tinggikan suara, dia tunduk.
Bila kau tipu dia, dia senyum.
Bila kau buat dia rasa kecil, dia buat-buat tak perasan.

Tapi dalam diam tu…
dia dah mula simpan luka yang kau takkan pernah nampak.

Sebab dia bukan jenis yang balas dendam.
Dia bukan jenis yang nak kau rasa sakit sama.
Dia bukan jenis yang cari perhatian bila dikhianati.

Dia cuma serahkan semua pada Tuhan.
Dan dia tarik diri. Perlahan-lahan.
Tanpa drama.
Tanpa babak air mata.

Dan waktu kau sedar dia dah tak ada…
Dah tak tanya makan apa.
Dah tak tegur bila kau online tengah malam.
Dah tak risau bila kau hilang…

Waktu tu baru kau tahu…

Kau tak kehilangan pasangan.
Kau kehilangan tempat paling selamat yang pernah wujud dalam hidup kau.

Dia bukan sempurna.
Tapi dia jujur.
Dan bila orang macam tu dah hilang rasa percaya…
bukan marah yang tinggal.
Tapi jarak.

Dan jarak tu…
Tak ada siapa boleh isi balik.
Sebab bila dia pilih untuk pergi…
itu maknanya, dia dah serah semua rasa dia… pada Tuhan, bukan pada kau lagi.

Jangan sampai orang yang paling sabar dengan kau…
Akhirnya jadi orang yang paling jauh.

Sebab kehilangan paling menyakitkan dalam hidup…
Bukan bila seseorang itu mati.

Tapi bila seseorang yang dulu paling faham kau…
Tiba-tiba diam.
Dan kau tahu dalam hati…
Kau yang bunuh semua tu, dengan tangan kau sendiri.

Kredit penulisan Putri Rosma dalam group kata-kata positif.

Alhamdulillah selesai tuntutan Hadhanah bagi pihak-pihak. Jangan jadikan anak-anak mangsa kepada perceraian ibu bapanya....
23/10/2023

Alhamdulillah selesai tuntutan Hadhanah bagi pihak-pihak.
Jangan jadikan anak-anak mangsa kepada perceraian ibu bapanya. Baik bapa atau ibu tetaplah terus menyayangi anak walaupun kini bergilir-gilir untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak.
Pesan YA Hakim tadi, kalau bapa nak tengok anak, ibu bagilah, jangan sorok jangan marah jangan bagi alasan banyak untuk tak bagi jumpa anak, itu anak BERSAMA, bukan anak awak sorang-sorang.
Takda bapa, takda anak tu, begitu juga takda ibu, takda anak tu. Jalankanlah tanggungjawab bersama-sama.

27/08/2023
Setiap org didampingi masalah. Cuma masalahnya berbeza.Tengah tunggu bicara ada seorg ni duk tgk2 je kita dgn muka serib...
01/08/2023

Setiap org didampingi masalah. Cuma masalahnya berbeza.

Tengah tunggu bicara ada seorg ni duk tgk2 je kita dgn muka seribu satu persoalan. Jd kita tegur la. Katanya ada permohonan cerai tp suami xdatang xbagi kerjasama. Pastu dia tny mcm2 dan cerita masalah dia. Masha Allah berat sggh ujian akak ni. Naik turun mahkmah syariah dan sivil. Duit hbs beratus ribu siap jual tanah malah dikejar ahlong lgi demi menjamin suami dia.. Eh mcm2 la.. Dia kata yg ni xleh ambil lawyer dah hbs duit. Muka dia tu memang penuh mslh kita tgk ni mmg kesian dah lah satu office dengan suami dia😞. Aib pun xdjaga dh officemate dh tau sume. Jd kita bg nasihat perundangan yg mna patut jela. Dah lunch tu kita lepak cafe mahkamah jumpa dia lagi.. Dia byr sume org yg makan kt situ dgn hrapan dia suruh doakan supaya kes dia ni dimudahkan urusan dan setel cepat2. Tgk disaat manusia putus harapan hanya Allah sahaja tempat bergantung. Semoga Allah mudah urusan beliau. Aamin.

Tumpang laluuu. Lama x update agak bz. Apa2 soalan atau khidmat guaman boleh je pm tepi atau ws ok. 😁
15/03/2023

Tumpang laluuu. Lama x update agak bz. Apa2 soalan atau khidmat guaman boleh je pm tepi atau ws ok. 😁

05/12/2022

Dapat sesuatu?
Moga dapat dijadikan ikhtibar

Send a message to learn more

16/10/2022

Hari ini, tak perlu keluar rumah untuk berlaku curang.

Segalanya dihujung jari.

Tak perlu nak bertemu di tempat kerja.
Tak perlu nak bersemuka meluah rindu dan duka.
Tak perlu berjanji nak keluar ke mana-mana.

Segalanya hanya boleh di buat dengan cukup menghadap handphone seharian. Dan saat itu, berlakulah 'kecurangan atas talian'.

Tak cukup dengan media sosial.
Ada aplikasi yang pelik-pelik.
Iklannya bersepah di mana-mana.

Hanya perlu muat turun, dengan niat nak mencuba.
Akhirnya tersangkut, jiwa binasa.

Itulah cabaran pasangan rumahtangga hari ini.

Tok Abah yakin, kita semua ada kerisauan yang sama. Teknologi yang awalnya dicipta untuk memudahkan kita berkomunikasi, turut ada 'side effect' nya.

Ada kesan berbahaya jika disalahguna.

Cek belaka pasangan kita semua.
Yang jadi berat nak pinjamkan handphone atas niat privasi tu, kena ajak dia berbincang semula.

Minta mereka berterus terang. Apa sebab susah nak diberi pinjam.

Hakikatnya, hidup berumahtangga ini maknanya adalah berkongsi kehidupan luar dan dalam.

Maka segala hal perlu dikongsi.

Handphone dan passwordnya pun tak salah dikongsi.

Namun, jika ada sebab munasabah, berbincang dan pertahankanlah.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berdoa agar pasangan kita semua terhindar dari hal-hal keji.

Address

Kota Bharu
16100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syazwanie & Izzah Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Syazwanie & Izzah Associates:

Share