Hj Firdaus

Hj Firdaus For educational purposes only
(2)

Pagi tadi dua ekor musang wife aku ni baru balik.Mata layu, jalan senget-senget, bulu serabai.Kalau pakai helmet, memang...
15/04/2026

Pagi tadi dua ekor musang wife aku ni baru balik.

Mata layu, jalan senget-senget, bulu serabai.

Kalau pakai helmet, memang nampak macam baru turun motor. Semalaman merayap entah ke mana.

Aku rasa jujur cakap, kalau kat rumah ni tak ada makanan, aku yakin dua ekor ni dah buat keputusan pindah tetap.

Balik pun sebab rumah ni ada buffet percuma.

Mana taknya.

Wife aku ni sayang betul kat dua ekor ni.

Sebelum dia pergi kerja awal pagi pun, sempat lagi siapkan sepinggan pisang, makanan kucing, air bersih semua lengkap.

Aku tengok layanan tu.

Kadang aku sendiri keluar rumah tak sempat dapat bekal macam tu.

Tak lama lepas tu muncullah dua ekor ni dari luar. Masuk dalam sangkar jalan terhuyung-hayang.

Macam zombie cari line internet.

Seekor naik kaki depan dulu, belakang lambat sikit.

Seekor lagi muka blur macam lupa password hidup. Terus wife aku panggil suara manja,

“Anak ibu dah balik…”

Aku yang dengar ni terus pandang siling.

Sebab aku tak pernah kena sambut macam tu bila balik kerja. Paling kuat pun aku dapat,

“Singgah beli bawang.”

Lepas tu sambil letak makanan, wife aku mula membebel penuh kasih sayang.

“Sian anak ibu balik penat… malam tadi buat kerja apa?”

Aku dengar ayat tu, dalam hati terus jawab,

“Dia musang dowh, bukan agen insurans keluar malam jumpa prospek.”

Tapi aku diam je.

Sebab aku tahu kalau aku cakap kuat-kuat, nanti dia kata aku tak faham jiwa haiwan. Jadi aku cuma angguk dari jauh macam orang sokong seminar motivasi.

Dua ekor musang tu p**a rilek makan macam tak ada rasa bersalah.

Kadang-kadang aku rasa jeles juga dengan dua ekor musang ni. Balik pagi muka serabai pun masih kena sambut mesra, siap ada makanan tunggu.

Aku yang balik kerja berpeluh, kadang masuk rumah terus kena tanya,

“Abang, sampah dah buang?”

Tapi aku diam je lah.

Tapi benda ni aku simpan dalam hati je lah. Kalau aku cerita kat orang, nanti orang kata

“Dia ni dah gila… jeles dengan musang.”

Kredit: khairul johari

04/04/2026

Antara kes yang boleh diselesaikan secara fast track..




10/03/2026

Kisah malam tadi memang aku tak dapat lupa.
Datang seorang client ni nak urutan fullbody, dia request nak relaxing. Dia dapat contact aku dari kawan dia. Dia datang dari Seremban ke Melaka hanya nak urut. Dia dapat slot urutan last minute pun sebab kebetulan ada customer postponed nak esok.

Sepanjang mengurut ,dia diam je. Aku syak dia tidur la. Lepas minta balik kan badan pun dia diam.. penat sangat kot.

Habis je aku urut. Aku bagi tau dah selesai. Dia bangun dan duduk kat katil urut tu. Aku bagi air mineral. Dia ambil letak tepi peha dia. Tapi dia duduk sambil pejam mata. Aku rasa dia mengantuk lagi tu. Aku tanya la, Tuan ok ke?

Dia senyap seketika, aku fikir aku Salah Tanya.

Dia jawab..

"macam okay, cuma tengah nikmati badan yang dah lega ni, sebelum datang badan penat , otak serabut dengan rumah"

Aku Tanya

"serabut dengan rumah?"
Lurus nya aku bertanya.

"Ya dengan rumah. Orang rumah yang menekan2. Bergaduh pasal belanja raya . Bukan tak usaha, dah beli dah apa yg perlu. Tapi dia beria nak baju raya berpasang2, tak cukup sepasang kata nya. Pastu bising kuih raya tak cukup jenis. Dan Mula ungkit pasal berbuka ala Kadar je"

Itu yang aku ingat la, sebab dia cakap laju. Haha. Tapi dia Sambung lagi.

"Lepas gdoh masa berbuka tadi, saya solat, then amik kunci kereta , saya terus drive keluar dari taman rumah. saya teringat kawan bagi contact awak. Tu Tanya slot available ke tak, awak cakap available. Tu datang terus ni dengan kain pelekat je.

Aku masa tu dah faham, biasa la nak raya kan.. orang Mula risau itu ini. Abang tu termenung ke lantai. Tapi abg tu Sambung lagi.

"Orang perempuan ni kenapa hampir setiap hari ratib nak cerai? Dia fikir cerai ni selesai ke masalah? Itu je jalan keluar ? Bukan isu curang ke, isu kebulur ke, isu tak bagi nafkah.. cuma dia rasa tak cukup"

Aku diam je time ni. Sebab aku tak berani nak mencelah. Aku pun tak pengalaman kawin.

Dia Sambung..

"Dari awal kahwin, memang ada naik turun, ada bulan ada rezeki lebih, ada bulan sempit sangat2. Tapi yg dia ingat time sempit je. Time kita berusaha bermatian , buat Dua kerja satu masa dia tak fikir"

"dalam otak dia nak cerai je. Pasal raya tak cukup apa dia nak pun, dia minta nak cerai"

Ada lagi abang tu luahkan, aku tak mampu tulis semua..

Dia ucap terima kasih urut dia, lega sangat. Dia cakap Lepas ni datang melaka je nak urut sini.

Sebelum balik , dia Salam, terus peluk macam orang yg lama tak jumpa . Aku risau juga. Hahah .

Dia cakap..

"terima kasih sangat tau urut, terima kasih dengar cerita tadi, tak tau nak cerita kat siapa"

Duit nak bayar urut tu tadi sepatutnya niat asal nak bagi kat wife untuk tambah belanja, tapi bila dah gdoh, fikir balik, baik spend diri sendiri yg penat ni.

Korang yg penat, burn out tu, jaga diri ok.

Sumber moza

09/03/2026

Jom bincangkan...




08/03/2026

Antara bukti yang dinilai kuat oleh hakim dalam kes cerai




10/02/2026

Harta sepencarian



07/02/2026

Hak2 suami/lelaki sebelum/selepas perceraian

25/01/2026

Tindakan kepada perosak rumah tangga
(Gangguan orang ketiga)




23/01/2026

Saya tak nak bayar mutaah!!



22/01/2026

Boleh ke tarik balik lafaz taklik?




20/01/2026

Nafkah anak, hak siapa??



Address

Taman Kenangan
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60187877488

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hj Firdaus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hj Firdaus:

Share