Norhanisah Pidaus & Associates Plt

Norhanisah Pidaus & Associates Plt Peguam Syarie, Perunding Keluarga dan Harta Pusaka Islam Perkhidmatan: Peuam Syarie, Perunding Harta Pusaka Islam, Perunding Keluarga Islam

PENGUMUMANBermula 1 Mac 2025 kami telah memperbaharui nama firma kepada NORHANISAH & PARTNERS dan telah berpindah ke lok...
25/03/2025

PENGUMUMAN

Bermula 1 Mac 2025 kami telah memperbaharui nama firma kepada NORHANISAH & PARTNERS dan telah berpindah ke lokasi baru yang lebih stategik di tengah-tengah bandar Kluang

📍 2-3A, Blok B, Johbase City Square
Jalan Lambak, 86000 Kluang, Johor
No. Tel: 013-5338769 / 019-7228769

Sekian, terima kasih

Minggu lepas ada pn. hjh. call buat appointment nk jumpa sy utk buat hibah. Tiba masa appointment tadi saya tanya, aset ...
15/10/2024

Minggu lepas ada pn. hjh. call buat appointment nk jumpa sy utk buat hibah. Tiba masa appointment tadi saya tanya, aset apa yang hendak di hibah dan kepada siapa nak hibah tu?

Pn hjh jawab, dia tak tahu lagi nak beri apa kpd siapa... Kalau bagi rumah yang duduk sekarang ni dekat anak A, risau anak A tak nak duduk situ sebab dah ada rumah sendiri. Nak bagi tanah dusun kepada anak B, anak B tak minat berkebun. Ada 2 rumah murah yang disewakan, nak beri seorang 1 pun masing-masing macam tak berminat.

Jadi kalau macam ni, macamana nak hibah sebab tak ada spesifik harta kepada penerima tertentu. Hibah ni akad ijab dan kabul pemberian harta tertentu kepada penerima tertentu. Kena tentukan dari sekarang.

Habis tu, dalam situasi pn. Hjh ni yang masih tak ada ketetapan... Nak buat macamana? Tak buat... Pn hjh risau bila meninggal dunia nanti anak-anaknya berebut-rebutkan harta... Bergaduh.. Tak selesai-selesai. Risau dirinya di dalam kubur tu nanti entah bagaimana azabnya.

Jadi beginilah pn. Hjh, buat dulu wasiat, lantik anak yang dipercayai jadi pentadbir iaitu pengurus harta. Mudah urusan dia utk dapatkan kuasa di Mahkamah nanti bila dah ada perlantikan dalam wasiat. Harta memang nak beri pada anak-anak kan? Nyatakan pemberian harta-harta secara faraid. Saya bagi cadangan dekat pn hjh tu, kalau ada anak-anak tidak berminat pada fizikal harta... Tulis dlm wasiat tu, suruh pengurus harta tu jual, dan duit hasil jualan tu dibahagi secara faraid kpd anak-anak.

"Oh boleh ya kita letak syarat begitu dalam wasiat ni puan?"

Syarat tidak bertentangan dengan hukum syarak... Kenapa tidak boleh?

Bersinar wajah pn hjh tu... Hilang segala kerutan kebimbangannya.

Selesai satu lagi masalah orang... Macam gini kata tak nak cari masalah orang?

Pada 24 Januari 2024, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah menjemput Puan Norhanisah dari firma ...
29/01/2024

Pada 24 Januari 2024, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah menjemput Puan Norhanisah dari firma kami untuk memberi taklimat PENGURUSAN HARTA PUSAKA.

Ini adalah sesi membimbing anggota tentera yang bakal bersara supaya tahu bagaimana cara dan kaedah dalam membuat perancangan harta dan pengurusan harta pusaka.

Apa yang menarik dalam sesi kali ini adalah real case study dari masalah sebenar salah seorang peserta yang telah kematian ayahnya pada tahun 2028. Oleh kerana pengurusan harta pusakanya tidak dijalankan terus selepas kematian ayah, telah berlaku beberapa kematian selepas itu iaitu ibu tiri dan adik-beradik. setelah dikenal pasti, bilangan kematian berlapis seramai 13 orang dan melibatkan hampir 100 orang waris. Inilah kesan jika menangguhkan urusan harta pusaka.

8 Oktober 2023Seminar Pengurusan Harta Pusaka Islam: Faraid, Wasiat & Hibahdi MelakaSelesai ✔️
10/10/2023

8 Oktober 2023
Seminar Pengurusan Harta Pusaka Islam: Faraid, Wasiat & Hibah
di Melaka
Selesai ✔️

17 September 2023 menyaksikan penyelesaian konflik rumahtangga secara kaedah Hakam buat pertama kalinya di Mahkamah Rend...
18/09/2023

17 September 2023 menyaksikan penyelesaian konflik rumahtangga secara kaedah Hakam buat pertama kalinya di Mahkamah Rendah Syariah Kluang selepas Kaedah-Kaedah Hakam (Negeri Johor) 2022 mula dikuatkuasa pada tahun ini.

Norhanisah Pidaus & Associates Plt menjadi firma guaman syarie pertama di daerah Kluang yang menerajui proses hakam ini semalam. Majlis Tahkim yang dijalankan oleh 2 panel hakam bertauliah telah dijalankan pada jam 10.30 pagi dan berakhir dengan lafaz talak oleh hakam suami atas kuasa penuh yang diberikan oleh Hakim Syarie Kluang pada jam 1.00 tengah hari.

Kami bersyukur dapat menyelesaikan masalah rumahtangga pelanggan kami yang tidak mendapat kerjasama dari pasangannya sejak rumahtangga mereka bergolak pada tahun 2019. Setelah Jawatankuaa Pendamai yang ditubuhkan pada bulan Jun 2023 gagal mendamaikan pasangan suami isteri ini, peguam kami memohon agar tuntutan perceraian pelanggan kami dilanjutkan ke proses hakam berpandukan Seksyen 48 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor).

Penyelesaian keretakan rumahtangga melalui kaedah hakam ini dianjurkan dalam Islam bagi menutup aib suami isteri daripada dibicarakan secara terbuka di dewan mahkamah. Kami mengharapkan dapat membantu lebih ramai lagi pasangan yang menghadapi krisis rumahtangga terutamanya yang tinggal di daerah Kluang dan daerah-daerah lain di negeri Johor dalam menyelesaikan konflik rumahtangga secara aman dan bermaruah.

Kenyataan Media Menteri Hal Ehwal Agama berkaitan Keabsahan Undang-undang Jenayah Syariah Menerusi Kes di Mahkamah Perse...
07/08/2023

Kenyataan Media Menteri Hal Ehwal Agama berkaitan Keabsahan Undang-undang Jenayah Syariah Menerusi Kes di Mahkamah Persekutuan

Legal AidFirma kami telah menjalankan khidmat bantuan guaman di Pusat Khidmat Daerah (cawangan Paloh)  pada awal 11 Jula...
26/07/2023

Legal Aid

Firma kami telah menjalankan khidmat bantuan guaman di Pusat Khidmat Daerah (cawangan Paloh) pada awal 11 Julai 2023 yang lepas kepada penduduk-penduduk Mukim Paloh, Kluang, Johor

Sesi penerangan tentang keperluan dan kelebihan menyediakan wasiat dan hibah yang merupakan instrumen perancangan harta pusaka yang diiktiraf undang-undang Malaysia dan bertepatan dengan hukum syarak telah diberikan selama 1 jam 30 minit dan sesi khidmat nasihat secara personal selama 1 jam 30 minit. Seramai 20 penduduk telah mendapat khidmat nasihat secara terus dalam sesi tersebut.

Dalam sesi khidmat nasihat, banyak masalah diadukan oleh penduduk setempat berkaitan masalah urus pusaka yang tidak mendapat kerjasama waris, kematian berlapis dan prosedur yang rumit.

Peguam kami telah memberikan panduan dan langkah-langkah penyelesaian untuk diambil mereka. Semoga segala urusan penduduk di bawah seliaan PKD Paloh berjalan lancar.

Jika pembaca mahukan khitmat bantuan guaman seperti ini dijalankan di tempat anda, sila hubungi Pembantu Tadbir Undang-undang kami ditalian 013-5338769

Panduan peruntukan NAFKAH ANAK yang bersesuaian (ideal) dengan pendapatan bapa (suami) mengikut pengkelasan pendapatan i...
24/07/2023

Panduan peruntukan NAFKAH ANAK yang bersesuaian (ideal) dengan pendapatan bapa (suami) mengikut pengkelasan pendapatan isi rumah.

Carta ini lebih fokus kepada pendapatan bapa sahaja (samaada ibu/isteri bekerja atau surirumah) kerana berdasarkan hukum syarak tanggungjawab nafkah anak terletak pada bapa.

Peratusan peruntukan mengikut bilangan anak adalah berdasarkan syor Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai panduan Hakim Syarie dalam memutuskan tuntutan dan pertikaian nafkah anak di Mahkamah Syariah.

Bagi memudahkan orang awam memahami tentang pembahagian nafkah anak, Peguam Syarie kami telah membahagikan nafkah anak kepada beberapa bahagian utama iaitu:

1. makan & minum
2. pakaian & kebersihan diri
3. pendidikan
4 .tempat tinggal
5. perubatan

Jadi selepas ini bapa-bapa sudah boleh merancang dan buat pembahagian nafkah mengikut kesesuaian cara hidup serta boleh dijadikan panduan bagi pasangan yang sedang merancang perbelanjaan keluarga dan menyusun semula perbelanjaan keluarga berdasarkan pembahagian-pembahagian berbelanjaan yang dinyatakan. Pembahagian yang dinyatakan dalam jadual ini adalah cadangan agihan mencukupi peratusan yang disyorkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Selain itu, carta nafkah anak ideal ini juga boleh juga dijadikan panduan kepada pasangan yang telah bercerai tentang kadar nafkah yang wajar diperuntukan oleh bapa kepada anak-anak yang dalam jagaan ibu. Jadi, tidak perlulah buang masa turun naik mahkamah untuk membicarakan tuntutan nafkah semata-mata. Boleh ikut panduan ini untuk dapatkan persetujuan bersama. Jimat kos, masa dan tenaga dalam proses mahkamah.

05/06/2023
Kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada muslimin dan muslimatMAAF ZAHIR DAN BATIN
22/04/2023

Kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada muslimin dan muslimat
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Majlis berbuka puasa NPA 2023 dan majlis perpisahan tamat latihan dalam kamar buat kali ke-3 bagi pelatih dalam kamar sy...
21/04/2023

Majlis berbuka puasa NPA 2023 dan majlis perpisahan tamat latihan dalam kamar buat kali ke-3 bagi pelatih dalam kamar syariah 2022/2023 di firma NPA
8/04/2023 @ GBW

Address

No 26, Tingkat 1, Jalan Satu, Taman Bersatu
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077717779

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Norhanisah Pidaus & Associates Plt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Norhanisah Pidaus & Associates Plt:

Share