Peguam Syarie: Baiti Mahadi

Peguam Syarie: Baiti Mahadi Peguam Syarie I Menyediakan khidmat pengurusan Harta Orang Islam I Faraid I Hibah I Wasiat.

24/01/2026

Nafkah anak adalah amanah, bukan hukuman.

24/01/2026

Keadaan untuk menuntut harta seoencarian.

23/01/2026

PERKONGSIAN PUSAKA–AMANAH WARIS, BILA PENIPUAN DALAM PUSAKA JADI PERGADUHAN

Tak sampai hati saya tengok satu kes pusaka ini.
Seorang waris ditikam dari belakang oleh adik-beradik sendiri.

Dalam permohonan pusaka arwah ayah mereka, nama waris-waris lain langsung tidak dimasukkan, sebaliknya hanya meletakkan nama sendiri dan seorang lgi. Pada saya, ini bukan kesilapan kecil.
Tapi, ini dah jadi satu perbuatan tidak jujur.

Perlu difahami, dalam urusan pusaka:
1. Wajib declare setiap waris. Menyembunyikan kewujudan waris lain adalah satu penipuan trhadap mahkamah, pejabat pusaka dan waris2 berhak yang lain.
2. Mengambil harta tanpa hak = makan harta waris lain. Walaupun proses permohonan pusaka dibuat dengan confident tanpa declare ahli waris berhak yang lain, perbuatan tersebut tetap salah di sisi undang-undang dan agama.
3. Pentadbiran pusaka bukan lesen utk mengambil semua harta pusaka.
4. Akibat undang-undang sangat berat. Jika terbukti berlaku penipuan:
- Perintah pusaka boleh dibatalkan
- Bahagian yang telah diambil wajib dip**angkan
- Malah perlu bayar semula bahagian waris lain
5. Harta yang sudah lesap tetap boleh dituntut.

Kes ini masih dalam proses di Mahkamah Tinggi.
Akhirnya, bila kbenaran terbongkar, amanah yang dikhianati akan makan diri sendiri.
Pengajaran penting:
Apabila menipu dalam pusaka, bukan sekadar berdosa, malah undang-undang & waris lain juga akan datang menuntut balas. atau balasan tersebut mungkin terlewat di dunia atau mungkin terlepas, namun di akhirat kelak pasti menanti azab yang lebih pedih.

22/01/2026

PERKONGSIAN PUSAKA–PERANAN SEBENAR PENTADBIR PUSAKA. RAMAI YANG SALAH FAHAM!

Ramai yang beranggapan bahawa apabila seseorang dilantik sebagai pentadbir pusaka, tugas utamanya ialah membahagikan harta pusaka kepada waris. Namun hakikatnya, anggapan tersebut salah! Peranan sebenar pentadbir pusaka adalah MENGURUS dan bukannya membahagi.

Maksud mengurus ialah memegang amanah dan menyelesaikan semua urusan harta si mati yang masih belum selesai, sebelum apa-apa pembahagian boleh dibuat. Antara urusan yang perlu diselesaikan oleh pentadbir pusaka termasuklah:
1. Mengenal pasti status harta si mati, Contohnya jika terdapat tanah atau rumah yang:
- Masih dalam gadaian bank
- Masih berstatus strata
- Atau masih menggunakan geran induk (master title)

2. Mengurus pendaftaran harta atas nama pentadbir.
Pentadbir perlu menguruskan proses sehingga nama pentadbir didaftarkan dalam geran dan bukan sebagai pemilik tetapi atas kapasiti sebagai pentadbir pusaka sahaja.

3. Menyelesaikan semua halangan undang-undang dan pentadbiran. Termasuk urusan dengan bank, pejabat tanah, pemaju, atau mana-mana agensi berkaitan supaya harta tersebut berada dalam keadaan “bersih” dan sedia untuk dibahagi.

4. Memohon pembatalan Surat Kuasa Mentadbir. Setelah semua urusan harta selesai sepenuhnya, pentadbir wajib memohon pembatalan Surat Kuasa Mentadbir.

5. Kemudian, baru Perintah Pembahagian boleh dikeluarkan. Selepas pembatalan tersebut, Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil boleh mengeluarkan Perintah Pembahagian (Borang E) untuk pembahagian harta-harta kepada waris mengikut Faraid/yang dipersetujui.

Kesimp**annya:
Pentadbir pusaka bukan pemilik,
pentadbir pusaka bukan orang yang berhak untuk membahagikan, tetapi pentadbir pusaka ialah pemegang amanah yang bertanggungjawab menyelesaikan urusan harta si mati terlebih dahulu, sebelum harta boleh diagihkan kepada waris.

26/05/2025

Jika suami melafazkan cerai di luar Mahkamah, wajib utk memfailkan Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai di Mahkamah Syariah. Tujuan pengesahan: Mahkamah akan:- Menilai lafaz cerai tersebut soreh/jelas atau kinayah/perlukan niat), Menyiasat keadaaan lafaz dan niat suami semasa melafazkan. Menentukan sama ada talak jatuh atau tidak. Berapakah bilangan talak.

Kenapa wajib disahkan oleh Mahkamah Syariah? Sebab ianya akan memberi kesan kepada: Status perkahwinan, status anak dan keturunan, Tuntutan nafkah dan tempat tinggal, hak jagaan anak, tuntutan harta sepencarian, pembahagian pusaka.
Tanpa pengesahan:- Bekas pasangan masih boleh dianggap sah suami isteri, Boleh menimbulkan pertikaian hak dan keturunan anak dan nafkah dan harta tidak dapat dituntut secara sah.

Kes rayuan nafkah anak hari ini, dan hakim dengan tegas bertanya:Adakah munasabah RM400 untuk 3 orang anak? RM400 dibaha...
16/01/2025

Kes rayuan nafkah anak hari ini, dan hakim dengan tegas bertanya:

Adakah munasabah RM400 untuk 3 orang anak? RM400 dibahagi 3, bermakna seorang anak hanya menerima RM133 sebulan. Jika dibahagi dengan 30 hari, seorang anak hidup dengan RM4 sehari. Adakah ini realiti perbelanjaan anak-anak sekarang? Sedangkan perintah terdahulu menetapkan RM300 untuk seorang anak. Jurang ini sangat ketara. Apa hujah dan pendirian awak?

Cuba fikir – RM4 sehari cukup ke untuk makan, minum, belanja sekolah, baju, dan keperluan lain? Realitinya, zaman sekarang RM4 pun susah nak dapatkan sarapan. Kalau kita boleh belanja lebih untuk diri sendiri, kenapa berkira dengan anak sendiri?

Hakim tegur supaya fikirkan nilai yang lebih munasabah, sebab nafkah anak bukan sekadar ikut s**a. Kita ada tanggungjawab nak pastikan hidup mereka cukup dan selesa.

03/01/2025

Tajuk: Bila Harta Jadi Punca Retaknya Keluarga

Sarah: Aku tak ada pilihan. Rumah ni kena jual. Aku perlukan duit untuk selamatkan rumah aku sendiri!

Faizal: Jual? Kau sanggup lepaskan rumah ni, tempat kita semua membesar? Ayah mesti kecewa kalau tahu ni.

Sarah: Kau senang cakap sebab kau tak rasa apa aku rasa, Faizal! Hutang aku makin banyak! Kau boleh ke bantu aku?

Amir: Kak, Abang, boleh kita bincang cara lain? Kita rujuk faraid atau peguam, jangan gaduh macam ni.

Sarah: Faraid? Jadi aku kena terima bahagian kecil sebab aku perempuan? Mana adil!

Faizal: Itu hukum. Tapi aku takkan biar rumah ni dijual, titik!

Kesimp**an:
Pertelingkahan ini menunjukkan bahawa tanpa perancangan awal, harta yang sepatutnya menjadi manfaat boleh memecahbelahkan keluarga. Wasiat, hibah, atau perbincangan terbuka semasa hayat perlu dilakukan untuk memastikan harta dibahagikan dengan adil dan mengelakkan konflik. Ingat, hubungan keluarga lebih berharga daripada harta benda. Jangan biarkan harta menjadi punca keretakan.

31/12/2024

Faraid: Jangan Tunggu Sampai Jadi Drama Keluarga

Ramai orang tahu pasal faraid ni, tapi tak ramai org yang betul2 faham apa sebenarnya faraid ni. Ada yang anggap faraid ni “sistem rebut harta” bila ahli keluarga meninggal. Sebenarnya, faraid adalah sistem pembahagian harta pusaka yang Allah dah tetapkan dalam Islam untuk pastikan harta diagihkan dengan adil dan teratur.

Contohnya, pernah dengar cerita harta sampai bertahun2 tak selesai sebab waris bergaduh? Yang tu biasanya sebab tak ikut faraid atau tak ada perancangan awal. Dalam faraid, bahagian setiap waris dah jelas: siapa yang berhak dan berapa dia dapat. Anak lelaki, anak perempuan, suami, isteri, ibu, bapa—semua ada hak masing-masing.

Faraud ni hanya melibatkan harta yang ditinggalkan selepas seseorang meninggal dunia. Kalau ada harta yang dah dihibahkan atau diagihkan semasa hidup, harta itu tak lagi tertakluk kepada faraid. Sebab tu, penting untuk kita semua merancang harta dengan bijak supaya pembahagian lebih lancar dan adil bila tiba masanya.

APA ITU SURAT KUASA MENTADBIR?Surat Kuasa Mentadbir ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil atau...
27/12/2024

APA ITU SURAT KUASA MENTADBIR?

Surat Kuasa Mentadbir ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil untuk melantik seorang pentadbir bagi menguruskan harta pusaka seseorang yang meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS KEMATIAN SESEORANG?

💡 Langkah Awal: Dapatkan Perintah Faraid di Mahkamah Syariah
Sebelum memohon Surat Kuasa Mentadbir, waris perlu mendapatkan Sijil Perakuan Faraid daripada Mahkamah Syariah. Sijil ini mengesahkan:
• Siapa waris yang berhak menerima pusaka.
• Bahagian setiap waris mengikut hukum faraid.
Namun, Pejabat Pusaka juga boleh mengeluarkan perintah Surat Kuasa Mentadbir jika tiada perintah faraid bergantung kepada sesuatu kes.

⚖️ Proses Pengurusan Harta Pusaka:
1️⃣ Pengesahan Waris di Mahkamah Syariah
• Failkan permohonan untuk mendapatkan Sijil Perakuan Faraid.
• Mahkamah akan menentukan siapa waris dan bahagian masing-masing.

2️⃣ Buat permohonan Surat Kuasa Mentadbir:
• Pejabat Pusaka Kecil (jika nilai harta RM2 juta ke bawah).
• Mahkamah Tinggi Sivil (jika nilai harta melebihi RM2 juta atau ada pertikaian).
• Pentadbir akan dilantik berdasarkan persetujuan waris atau keputusan mahkamah.

3️⃣ Pentadbiran Harta Pusaka oleh Pentadbir
• Pentadbir bertanggungjawab menyelesaikan hutang si mati, menjual/mencairkan aset jika perlu, dan mengagihkan harta mengikut Sijil Perakuan Faraid.

KEPENTINGAN MENGURUSKAN HARTA SIMATI?
• Mengelakkan pertikaian.
• Melindungi hak waris-waris.
• Memudahkan urusan yang mana Pentadbir sah memudahkan pengurusan harta simati di bank, hartanah, atau pelaburan.

Bermula dengan mendapatkan Sijil Perakuan Faraid adalah langkah penting dalam memastikan urusan harta pusaka berjalan lancar.

26/12/2024

Wasiat atau Hibah? Jangan Sampai Salah Pilih!

Bila cakap pasal pembahagian harta, ramai orang keliru: Saya patut buat wasiat ke, hibah?🤔
Sebenarnya, dua-dua ni penting tapi fungsinya tak sama. Jom kita faham beza wasiat dan hibah, serta bila patut guna setiap satu!

APA ITU WASIAT?
Wasiat adalah pengagihan harta selepas simati meninggal dunia, yang mana wasiat tu telah dibuat ketika simati masih lagi hidup. Tapi, ada syarat:
• Hanya 1/3 daripada harta boleh diwasiatkan.
• Penerima wasiat bukan waris faraid kecuali waris lain bersetuju.
• Pengagihan hanya berlaku lepas semua hutang diselesaikan.

Contoh situasi sesuai buat wasiat:
• Nak bahagi harta kepada individu atau badan bukan waris, seperti anak angkat atau badan kebajikan.
• Ada hutang atau urusan kewangan yang perlu diselesaikan selepas meninggal.

APA ITU HIBAH?
Hibah p**a pemberian harta yang berlaku semasa kita masih hidup. Hibah ni lebih fleksibel sebab:
• Tiada had bahagian (boleh beri 100% jika mahu).
• Penerima boleh jadi sesiapa saja, termasuk waris atau bukan waris.
• Pemberian ini muktamad dan tak boleh dituntut balik.

Contoh situasi sesuai buat hibah:
• Nak beri rumah kepada anak perempuan supaya dia ada tempat tinggal tetap.
• Nak elak perebutan harta di kalangan waris selepas meninggal.
• Mahu hadiahkan sesuatu kepada pasangan atau individu tertentu sebagai penghargaan.

Jadi, mana satu nak pilih?
• Kalau nak jaga kebajikan orang tertentu semasa hidup, pilih hibah.
• Kalau nak pastikan harta diagihkan ikut rancangan selepas meninggal, pilih wasiat.

🌟 Harta kita, tanggungjawab kita!
Jangan tunggu sampai terlewat untuk uruskan harta dengan bijak.

Address

Klang
41050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie: Baiti Mahadi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share