25/09/2023
25/09/2023, Mahkamah Majistret Jenayah Kajang.
OKT telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan; kesalahan bagi melupuskan harta curi iaitu sebuah motosikal. Sekiranya didapati bersalah, OKT boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sekurang-kurangnya 6 bulan penjara dan tidak lebih 7 tahun dan boleh dikenakan denda.
Selepas 7 orang saksi hadir memberikan keterangan, Tuan Majistret telah melepaskan dan membebaskan OKT. Pihak Pembelaan berhujah dan menekankan isu bahawa OKT sebagai seorang mekanik freelance tidak mempunyai pengetahuan tentang status motosikal tersebut sebagai harta curi.
Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguambela dan membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan tidak berjaya membuktikan pengetahuan OKT. Maka tiada kes prima facie dibuktikan.
Maka OKT dilepaskan dan dibebaskan tanpa keperluan untuk membela diri.
OKT diwakili oleh Muhammad Amin Abdullah dari Tetuan Amin, Iqhmar & Razman.