04/03/2026
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal IBS Park telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, SUK Kelantan bagi membincangkan perkembangan semasa pembangunan IBS Park serta penyelarasan perkara-perkara teknikal bersama jabatan dan agensi berkaitan.
Perbincangan ini melibatkan beberapa aspek penting termasuk kemajuan infrastruktur, penyelarasan utiliti, serta perkara berkaitan kelulusan dan pelaksanaan pembangunan dalam kawasan IBS Park.
Terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang hadir serta memberi kerjasama dalam memastikan pembangunan IBS Park berjalan dengan lancar.