Perunding Keluarga Islam: MAHA

Perunding Keluarga Islam: MAHA Berkongsi info & pertanyaan tentang kekeluargaan Islam, guaman syarie & harta pusaka..anda boleh cal

Anda ingin berkongsi info berkaitan Kekeluargaan Islam, Guaman Syarie dan harta pusaka...ada masalah? Boleh tanya di sini....
Call, SMS dan WhatsApp di talian 019-2359687 @ 012-5764018 @ 017-4580448

Alhamdulillah..Kami bermula dari awal semula dengan memperkenalkan laman web rasmi https://scmaha.my.canva.site (Syarie ...
15/09/2022

Alhamdulillah..

Kami bermula dari awal semula dengan memperkenalkan laman web rasmi https://scmaha.my.canva.site (Syarie Counsel Mohamad Azman Hisyamudin & Associates) bagi mengukuhkan lagi kedudukan firma kami supaya kekal relevan untuk terus bersaing di lapangan guaman syarie ini.

Mohon sahabat-sahabat doakan supaya kami terus cekal dan bersemangat dalam memartabatkan guaman syarie di Utara Malaysia secara khususnya dan di Semenanjung Malaysia amnya.

Bagi yang ingin memdapatkan khidmat nasihat atau ingin melantik kami bagi membantu anda menyelesaikan permasalahan yang anda hadapi, boleh terus ke website dan klik pada nombor telefon peguam-peguam kami untuk anda dibawa terus ke whatsapp kami.

Sokongan anda terhadap kami selama ini sangat kami hargai.

Syukran jazillan.


*APA ITU WASIAT DAH HIBAH SEBENARNYA? RAMAI YG MASIH KURANG FAHAM* 😇🔊🔊🔊Info ringkas.....Sabda Rasulullah S.A.W, “Orang Y...
30/12/2021

*APA ITU WASIAT DAH HIBAH SEBENARNYA? RAMAI YG MASIH KURANG FAHAM* 😇

🔊🔊🔊Info ringkas.....

Sabda Rasulullah S.A.W, “Orang Yg Malang adalah Orang Yg Tidak Sempat Berwasiat”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah r.h)

*WASIAT* adalah terdiri dari 3 perkara

1⃣ Melantik WASI (pentadbir utk menguruskan Pembahagian harta-pusaka anda)

2⃣ Mewakafkan 1/3 harta kepada bukan waris sebagai sedekah jariah

3⃣ Membuat pesanan akhir Kpd Waris

*HIBAH* adalah suatu pemberian kasih sayang yang diberikan sewaktu hidup tetapi terlaksana apabila kita meninggal dunia. (turun milik)

Di mana kita berikan harta kita kepada seseorang waktu hidup dan orang yang kita berikan itu masih hidup.

Tanpa ada pembayaran yang perlu penerima itu lakukan kerana ianya adalah 100% pemberian kasih sayang.

Sebagai contoh kita hibahkan sebuah rumah kepada isteri kita sebagai tanda terima kasih kerana bersama-sama ketika susah dan senang dan juga kerana mengurniakan anak. 😊

*KLIK UNTUK TINDAKAN SEGERA:* 👍😊

Peguam Syarie Azman....

wasap.my/60192359687/hibahwasiat
wasap.my/60192359687/hibahwasiat
wasap.my/60192359687/hibahwasiat

Nak tahu Hal berkaitan harta pusaka, wasiat, hibah & sbginya....blh roger kami ..👇👇👇wasap.my/60192359687/hartapusaka
11/09/2021

Nak tahu Hal berkaitan harta pusaka, wasiat, hibah & sbginya....blh roger kami ..
👇👇👇
wasap.my/60192359687/hartapusaka

PETALING JAYA: Dianggarkan hampir RM90 bilion jumlah har­ta beku dan tidak dituntut di ne­gara ini pada tahun lalu melibatkan 90 peratus daripadanya milik orang Melayu. Amalan konvensional yang me­merlukan waris berkumpul dalam pengurusan harta kematian seperti Amanah Raya Berhad (Amanah Raya), m...

04/07/2021
Isu harta sepencarian..perlu diseleaikan mengikut undang-undang di Mahkamah Syariah..
30/06/2021

Isu harta sepencarian..perlu diseleaikan mengikut undang-undang di Mahkamah Syariah..

Demi harta sepencarian, seorang suami di Jakarta termak cabut atap rumah bekas isteri selepas mereka berdua sah bercerai.

16/06/2021

APA BEZA KE HAKMILIK SEMENTARA DENGAN HAKMILIK KEKAL?

Saya terpaksa jelaskan semula tentang perkara ini sebab ramai yang masih keliru tentang status Tanah Hakmilik Sementara ini.

Antara kekeliruan tersebut adalah seperti berikut:

1. Sama ke Hakmilik Sementara ni dengan Leasehold (Pegangan Pajakan)?

Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 PERKARA YANG BERBEZA.

Formula nya begini:

- Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir (final title)

- Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold)

Sesuatu hartanah mungkin berstatus pegangan bebas (freehold), tetapi ianya masih hakmilik sementara (qualified title).

Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (leasehold) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title).

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut telah adalah hakmilik akhir atau masih hak milik sementara?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

Jika Hakmilik Sementara : Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D)

Jika Hakmilik Akhir : Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold)?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

Jika Pegangan Bebas : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan "Selama-lamanya"

Jika Pegangan Pajakan : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan "Pajakan 99 Tahun"

Jadi, jangan keliru tentang kedua-dua perkara tersebut.

2. Adakah tanah hakmilik sementara ni boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?

Sebenarnya, hakmilik sementara bukan bermaksud tidak boleh jual/ beli hartanah tersebut.

Ia hanya bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur.

Jadi tiada masalah beli hartanah yang masih berstatus hakmilik sementara.

Cuma tanah Hakmilik Sementara ini anda tidak boleh buat pecah bahagian atau pecah sempadan. Kalau nak buat kena tunggu dapat hakmilik akhir (final title) terlebih dahulu.

Harap tiada lagi yang keliru selepas ini.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI

02/06/2021

*BEZA ANTARA PENTADBIR HARTA, PEMEGANG AMANAH DAN WAKIL KUASA DALAM URUSAN HARTANAH KELUARGA*

Ramai yang keliru tentang istilah Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa (Power of Attorney), khususnya dalam urusan melibatkan hartanah keluarga.

Ketiga-tiganya mungkin nampak macam sama, tetapi hakikatnya ia berbeza dari segi maksud dan perlaksanaannya.

Kali ini saya ingin kongsian apakah perbezaan antara ketiga-tiga istilah tersebut supaya masyarakat tidak lagi keliru dan faham akan kedudukannya.

*A. PENTADBIR HARTA*

1. Pentadbir harta merujuk kepada seseorang atau satu pihak yang dilantik sama ada oleh tuan tanah semasa beliau masih hidup tetapi hanya berkuatkusa setelah beliau meninggal dunia kelak, atau dilantik oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk mentadbir dan menguruskan harta tuan tanah tersebut setelah beliau meninggal dunia bagi pihak waris simati atau pihak-pihak tertentu, sebagaimana yang diputuskan oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah, sehingga harta tersebut diserahkan secara sah berdasarkan undang-undang kepada waris-waris atau pihak-pihak tersebut.

2. Biasanya Pentadbir Harta dilantik sekiranya semasa simati meninggal dunia terdapat waris-waris beliau yang masih bawah umur atau hilang upaya dari segi undang-undang untuk memiliki harta atau harta tersebut terdapat sesuatu sekatan tertentu yang mana perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh diserahkan kepada waris atau pihak-pihak tertentu.

3. Kedudukan pentadbir harta hanyalah sekadar sebagai pengurus, pentadbir dan memegang amanah bagi pihak si mati sehinggalah harta tersebut diserahkan kepada waris yang sepatutnya atau sehingga kesemua pembahagian harta tersebut selesai.

4. Pentadbir harta tidak ada hak pemilikan atau kepentingan terhadap harta yang ditadbirnya melainkan beliau sendiri adalah salah seorang waris yang berhak menerima harta simati tersebut. Ertinya beliau tidak ada kuasa secara otomatik untuk menjual atau memindahmilikkan harta tersebut kepada ma

Hibah....Hibah....Anda nak tahu lebih lanjut tentang Hibah? Nak tahu prosedur nak buat hibah?Blh hubungi di talian 60192...
28/05/2021

Hibah....Hibah....

Anda nak tahu lebih lanjut tentang Hibah?
Nak tahu prosedur nak buat hibah?

Blh hubungi di talian 60192359687 (En. Azman)

wasap.my/60192359687
wasap.my/60192359687
wasap.my/60192359687

14/03/2021

*BOLEH TAK NAK HIBAHKAN HARTANAH BERCAGAR?*

Persoalan tentang hibah hartanah bercagar atau hibah hartanah yang masih ada hutang bank ini adalah persoalan yang sering ditanya oleh orang ramai.

Saya nak explain panjang-panjang bimbang orang susah nak faham.

Cuma secara ringkasnya, saya nak katakan begini..

Hibah hartanah bercagar ini adalah hibah yang dikategorikan sebagai hibah yang tidak cukup syarat pemilikan sempurna.

Ini kerana, hartanah bercagar ini masih bukan milik sempurna tuannya. Ada pihak ketiga yang berkepentingan terhadapnya iaitu penerima cagaran (bank/ institusi kewangan).

Mazhab Syafie, dan Hambali berpandangan ianya TIDAK SAH kerana:

1. Tiada elemen penerimaan harta hibah (qabd) daripada pemberi hibah kepada penerima hibah.

Sebab, hartanah tersebut masih dianggap tidak dimiliki secara sempurna oleh pemberi hibah kerana ia masih digadai kepada bank.

2. Kebebasan melakukan transaksi (tasarruf) gagal dipenuhi dalam syarat ijab dan kabul.

Maknanya, disebabkan hartanah itu masih digadaikan kepada bank, maka pemberi hibah dianggap tidak bebas untuk melakukan sebarang urusniaga berkaitan hartanah tersebut.

3. Harta yang dihibah adalah dianggap sebagai harta jaminan (wathiqah) yang masih di bawah kuasa pemegang gadaian, iaitu bank/ institusi kewangan, disebabkan hartanah itu telah dicagar kepada bank sebagai jaminan pembayaran balik pinjaman.

Oleh sebab diatas, hibah sedemikian di anggap tidak memenuhi pra-syarat pembentukan akad yang sebenar.

Namun ada juga ulama’ yang membenarkan hibah hartanah bercagar ini asalkan ia mendapat kebenaran daripada pemilik hartanah tersebut sama ada semasa akad hibah atau selepas ijab dan kabul itu berlaku.

Namun begitu, dari segi amalan guamannya, hibah sedemikian MASIH SAH, jika pemegang gadaian iaitu pihak bank/ institusi kewangan memberi kebenaran walaupun selepas akad hibah dibuat.

Kebenaran akan diberikan oleh pihak bank/institusi kewangan sekiranya hutang tersebut dilindungi oleh takaful/insuran (MRTT/MRTA).

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguam Hartanah



27/02/2021



30/11/2020

KAT MANA NAK BUAT PUSAKA?

Ramai orang ingat pusaka ini buat kat mahkamah syariah saja, itu pun untuk pohon peraid (Faraid).

Sebenarnya ada beberapa tempat yang tuan puan boleh pergi (bahkan wajib pohon di situ saja).

AMANAH RAYA.
Sekiranya harta si mati hanya harta alih (tiada rumah/tanah) dan bernilai kurang daripada RM600 ribu.

MAHKAMAH SYARIAH.
Sekiranya mahu mendapatkan sijil faraid, pengesahan harta sepencarian, pengesahan nasab, pengesahan wasiat, pengesahan Hibah dan lain lain.

PUSAKA KECIL.
Sekiranya harta si mati bernilai tidak lebih daripada RM2 juta dan WAJIB mempunyai HARTA TAK ALIH.

MAHKAMAH TINGGI.
Sekiranya si mati meninggalkan wasiat,
Atau sekiranya tiada wasiat tapi harta Alih saja bernilai lebih daripada RM600k Atau sekiranya nilai nilai keseluruhan harta si mati melebihi RM2 juta.

Address

Kepala Batas
13200

Telephone

+60192359687

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Keluarga Islam: MAHA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Perunding Keluarga Islam: MAHA:

Share