26/12/2025
“Isteri bergaji penting untuk mertua”
Teringat sketsa hidup dalam pertemuan 6 mata, tiba-tiba bakal mak mertua bertanya kan soalan cepu emas “kerja apa, gaji berapa,?”
Bakal menantu ini pun terangkan bahawa perniagaan kecilnya ini macam mana dan pendapatan berapa tetapi ada satu perkataan yang bakal mak mertua “alergik” bila si bakal menantu sebut “ …. Tapi pendapatan ini tak konsisten”
Reaksi tak terjangkau bila si bakal mak mertua terus membalas “ lepas Tu, macam mana nak kahwin, SAPA YANG NAK TANGGUNG ANAK MAKCIK, TAKKAN AWAK NAK KAWIN DAN HABISKAN GAJI DIA”
Ini bukan sketsa tapi ada realiti yang melalui, ada yang bakal isteri yang melangkah pergi tetapi ada yang bertahan sebab CINTA.
Untuk semua, ingt dengan mudah, dalam perkahwinan, yang memegang tanggungjawab adalah LELAKi, dari segi kudrat bekerja, kewangan, pengurusan rumah dan menjaga jangka hayat perkahwinan. Bila beriman dengan Allah, pasti hal ini jelas sebelum seorang lelaki itu berakad nikah dengan taklik yang sempurna.
Ilmu kena ada bagi kedua2 pihak. Jangan kerana cinta segalanya buta. Seorang buta sebab terlalu sayang dan seorang lagi kerana hidup ini mudah. Kalau ikutkan, rata2 isteri sekarang adalah bekerja, dan rata2 semuanya akan dilihat taraf seorang wanita itu mempunyai pendapatan yang agak luar biasa dari suami. Untuk suami yang berusaha sama , TAHNIAH diucapkan tetapi bagi suami yang terlalu selesa dengan wang isteri, ANDA bukan yang terbaik.
Suami adalah Qawwam iaitu tunggak keluarga, pemimpin utama keluarga dan surah An-Nisa ayat 34 menyatakan bahawa “kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan/isteri kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka telah memberikan nafkah dari harta mereka ….”. Dari sudut ayat ini jelas menerangkan seorang suami yang sanggup melalui akad nikah, terlalu jelas tanggungjawabnya dalam membina, memimpin, melindungi serta menaiktaraf kan keluarganya. Pastinya juga dia jelas, wanita yang diperisterikan untuk dibahagiakan tapi bukan untuk dipergunakan. Begitu juga keluarga mertua, jangan sesekali mempengaruhi atau menjadi duri dalam daging dalam bahtera perkahwinan anak-anak dengan menyekat atau mengatur hidup rumahtangga mereka. Suami itu perlu bertegas secara berhemah dalam apa jua situasi menjaga hati kedua-duanya. Tak perlu menjadi anak derhaka tetapi bijak bezakan situasi wajar di mana hak seorang ibu , ibu bapa mertua dan isteri serta anak-anak. Beratkan nak jadi suami.
Dalam surah al-Baqoroh ayat 233 menjelaskan bahawa …..”…dan kewajipan ayah itu memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang baik..” jelas bahawa apa yang perlu suami lengkapi bukan kerelaan suami tapi itu tanggungjawab dan suami perlu paksa diri untuk memperjuangkan amanah yang telah halal disisinya. Di mana di dalam suami itu menerima status isteri dan suami memikul tanggungjawabnya di situ terletak amanah dan hak isteri yang perlu suami berikan tanpa ragu2.
Konsep isteri p**a adalah menjaga keharmonian rumah, tetapi jika dari segi kewangan itu tidak kukuh, dan wang gaji suami, di kawal oleh mak/mertua, hal ini menjadi salah satu punca keretakan rumahtangga. Dalam konsep paksaan isteri perlu melengkapi rumahtangga dengan mewajibkan isteri bekerja adalah salah satu konsep yang salah dan bakal2 suami isteri kena ambil perhatian dari awal hal ini supaya perkahwinan nanti tidak memudaratkan rumahtangga.
Rata2 isteri dahulu diizinkan untuk berkerja kerana untuk membantu keluarga tetapi dalam konsep tanpa paksaan. Tetapi sekarang pemikiran dalam kehidupan perkahwinan itu menjadi trend dan menjadi kewangan itu tanggungjawab sepenuhnya isteri, “kau nak kau buatlah, guna gaji kau”. Tanpa sedar itulah bibik2 keretakan rumahtangga. Jika tak cukup, isteri dipersalahkan. Jika tak lengkap , isteri dipersalahkan.
Apakah kita sedar kah berapa kali suami meminta wang pada kita dengan istilah “pinjam” dan “nanti bayar balik”. Tak terkejut juga bila mak mertua juga berani untuk meminta gaji si isteri untuk perbelanjaan luar jangka disebabkan bekerja. Ingat wanita, hidup dalam keluarga toksik ini perlu kita celik mata dar peringkat awal bukan dengan cara mencuba. Jadi, sesi taaruf sebelum serius dalam perkahwinan itu kena ada dan mengenali hati budi keluarga juga perlu difahami. Kita berkahwin bukan dengan pasangan sahaja tapi dengan keluarganya.
Bagi zaman sekarang, wanita atau isteri itu amat bertungkus lumus mencari kewangan stabil sedangkan pengurusan keluarga dan anak-anak itu juga dikendalikan sepenuhnya di rumah, dari jadual tidurnya terganggu dan sehinggalah selesai tidurkan anak-anak di malam hari. Pada masa yang sama, menyelit mencari kewangan. Sehingga sampai tahap, isteri itu dikira wajib untuk semua urusan. Ini dah menampakkan perkahwinan itu membebankan dan ramai akan “burn out “ dan memilih untuk perceraian. Ketika ini sesetengah isteri di tuduh punca perceraian.
Nasihat saya, apa yang diusahakan oleh suami untuk menaik tarafkan keluarga perlu dihargai dan dibalas dengan doa2 yang baik pada Allah suapnya diberkati dan apa ehsan yang diusahakan untuk isteri menampung kewangan diri dan keluarga adalah ehsan ya tapi jangan alihkan situasi ini sebagai tanggungjawab wajib .
Serta ingatlah bakal2 ibu mertu dan ibu2 yang ada anak menantu jadilah situasi kehidupan anak-anak yang sudah berkahwin, membina keluarganya, membina perkahwinannya, adalah sesuatu yang perlu mereka atasi . Ibu bapa atau ibu bapa Mertua, jangan menjadi “duri” yang merosakkan rumahtangga anak-anak kita sendiri. Menantu perempuan itu bukan untuk menafkahi keluarga malahan apa anak lelaki kita pikul dan perlu lakukan itu mempunyai haknya sebagai isteri.
Ini cerita sesetengah perkahwinan dalam dunia realiti, 2026 ubah! Insyaallah , wallahualam.