Peguam Syarie - Farah Diyana

Peguam Syarie - Farah Diyana Peguam Syarie Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dll. Berkongsi info berkaitan perundangan sy

22/10/2025

NAFKAH ANAK KANDUNG | ANAK TIRI
————————————————————

Nafkah terhadap anak adalah menjadi kewajipan terhadap bapa kandungnya. Meskipun anak tersebut berada di bawah jagaan ibu atau yang lain.

Jika seorang lelaki telah berkahwin baru dengan janda atau balu yang mempunyai anak, tidak menjadi kewajipan untuk seorang lelaki itu menanggung nafkah anak-anak tersebut. Tanggungjawab menanggung nafkah anak-anak tiri adalah kepada bapa kandungnya.

Seksyen 73. Kewajipan menanggung nafkah anak, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 2004 memperuntukkan bahawa:

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

Bagaimana jika bapa kandung kepada anak tiri tersebut cuai dan culas dalam menyediakan nafkah anak atau telah meninggal dunia?

Jika begitu keadaannya, kewajipan menanggung nafkah anak tersebut adalah kepada keluarga bapanya.

Bagaimana jika nafkah kepada anak-anak kandung telah sempurna?

Nafkah anak adalah meliputi:-
- makanan
- pakaian
- tempat tinggal
- perubatan
- pendidikan

Adakah kelima-lima nafkah tersebut dipenuhi atau sekadar memberikan RM200 kemudian pandai-pandai lah si isteri / bekas isteri untuk mencukupkan keperluan lain? Sedangkan kita mempunyai lebihan pendapatan. Jika begitu, belum sempurna nafkah tersebut.

Jika kelima-lima tersebut telah pun disempurnakan untuk isteri dan anak kandung, lebihan harta tersebut boleh diagihkan kepada orang di bawah tanggungan yg lain iaitu:-
- Bapa
- Ibu
- Cucu
- Datuk
- Saudara terdekat
- Ahli keluarga berikutnya

Jika sempurna semuanya dan ada lebihan pendapatan, baru lah boleh diserah atau dihadiahkan kepada yang layak.

Datuk, bapa saudara dan ahli keluarga bapa yang lain mestilah cakna jika ada cucu, anak saudara yang tidak diberikan haknya atau kematian bapa. Ambil kembali tanggungjawab masing-masing.

Anak yang diberikan Allah adalah amanah untuk diri kita dan kewajipan menanggung nafkah ialah suatu perkara yang akan disoal Allah di akhirat kelak. Sama-sama kita perbaiki mana-mana bahagian yang kurang.

Wallahualam..

Peguam Syarie Farah Diyana.

25/06/2025

𝐇𝐀𝐊 𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈: 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇𝐊𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐅𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝟓𝟎/𝟓𝟎???

Berkongsi nafkah merujuk kepada perkongsian tanggungjawab kewangan antara pasangan suami isteri dalam rumah tangga.

Nafkah merupakan sesuatu yang sering dibangkitkan dalam hubungan rumah tangga. Menjadi persoalan bolehkah isteri berkongsi nafkah dari sudut kewangan untuk membantu suami?

Mari sama-sama kita dengarkan kupasan lebih lanjut mengenai Hak Isteri: Bolehkah nafkah kongsi 50/50? yang akan disampaikan oleh Puan Farah Diyana Binti Azhar, Peguam Syari’e dari Tetuan Syazwan Farah Diyana & Associates seperti ketetapan berikut:

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐣𝐮𝐤 𝐇𝐀𝐊 𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈: 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇𝐊𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐅𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝟓𝟎/𝟓𝟎???
🗓️ 𝟐𝟓 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐑𝐚𝐛𝐮)
⏰ 𝟑.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 - 𝟒.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
🎥 𝐋𝐢𝐯𝐞 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐏𝐚𝐠𝐞 - 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 (𝐏𝐩𝐰𝐧𝐩𝐩)

Boleh klik link di bawah ni 👇 untuk menonton 🖥️
https://www.facebook.com/ppwnpp/

✅ 𝑬-𝑺𝑰𝑱𝑰𝑳 𝑫𝑰𝑺𝑬𝑫𝑰𝑨𝑲𝑨𝑵 (link akan dikongsikan di ruangan komen semasa live berlangsung)




SALAM ISRAK MIKRAJ 202427 Rejab 1445H | 8 Februari 2024Selamat memperingati peristiwa Israk Mikraj buat seluruh umat Isl...
08/02/2024

SALAM ISRAK MIKRAJ 2024
27 Rejab 1445H | 8 Februari 2024

Selamat memperingati peristiwa Israk Mikraj buat seluruh umat Islam. ✨

27/12/2023

Apabila suami sudah berkahwin lagi di negara jiran, tidak ada apa yang boleh dilakukan isteri untuk meleraikan ikatan yang telah pun terjalin apabila Mahkamah Syariah telah mengesahkan perkahwinan tersebut sah disisi syarak dan undang-undang.

Apabila suami memohon kepada Mahkamah Syariah untuk berpoligami, isteri tidak boleh menghalang jika suami betul-betul berkemampuan dari segala segi. Kerana untuk berpoligami yang perlu ialah "IZIN MAHKAMAH". Mahkamah akan menilai dan mengizinkan jika berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Isteri, tenang dan berfikir sejenak. Tidak salah bersedih, marah, kecewa dan sebagainya kerana itu adalah fitrah. Tapi, jangan sampai emosi mengawal diri kita sehingga kita lupa tentang hak-hak yang boleh kita perolehi.

23/12/2023

KUALA TERENGGANU: Sembilan individu sudah dipenjarakan atas kesalahan gagal melunaskan bayaran tuntutan nafkah seperti yang diperintahkan mahkamah syariah di negeri ini.

Terima Kasih akhbar Kosmo! sudi menebual saya berkaitan dengan isu-isu terkini rumahtangga dan pengalaman saya dalam men...
24/09/2023

Terima Kasih akhbar Kosmo! sudi menebual saya berkaitan dengan isu-isu terkini rumahtangga dan pengalaman saya dalam mengendalikan kes-kes berkaitan isu ini.

——————————————————————————

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS

ALOR SETAR - Kebiasaannya kes-kes perceraian dikaitkan dengan gangguan orang ketiga dan masalah kewangan pasangan, namun begitu ada juga perpisahan yang berlaku disebabkan oleh kongkongan melampau ahli keluarga.

Sesetengah ahli keluarga biasanya ibu bertindak mengatur seluruh kehidupan anak lelakinya dari sekecil-kecil perkara hingga keputusan besar membabitkan urusan kewangan dan rumah tangga anaknya itu.

Pada akhirnya, situasi tersebut akan mencetuskan konflik rumah tangga seterusnya mampu mengundang kepada perceraian.

Peguam syarie, Farah Diyana Azhar berkata, gangguan orang ketiga itu bukan sahaja disebabkan oleh hubungan skandal dengan wanita atau lelaki lain, tetapi juga campur tangan keluarga.

"Kebiasaannya campur tangan ini melibatkan pengurusan kewangan anak, malah ada yang mengatur seluruh kehidupan anaknya itu sehingga perkara sulit iaitu hubungan 'dalam kelambu'.

"Kongkongan atau campur tangan melampau ini akan menyebabkan sesebuah rumah tangga itu goyang dan kadang kala apabila menjadi 'barah' ia boleh mengundang kepada perceraian," katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Kata beliau, ada kes ibu bapa meminta anak lelaki sulung membuat pinjaman untuk membeli rumah untuk mereka tinggal bersama anak-anak lain, sedangkan ia di luar kemampuan anaknya itu.

"Anak itu terpaksa akur kerana tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka, sedangkan dia hanya mampu menyediakan rumah sewa untuk isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.

"Lebih teruk, apabila dia yang hanya bekerja di sebuah syarikat swasta juga perlu menyediakan semua keperluan rumah ibu bapa serta adik beradik termasuk barang dapur menyebabkan lebih separuh gaji dihabiskan buat mereka," ujarnya.

Katanya, selain barang keperluan ibu bapa, lelaki itu juga perlu menanggung perbelanjaan adik beradik lain termasuk yang sudah bekerja.

"Keadaan itu menyebabkan hampir kesemua wang gajinya dibelanjakan untuk keperluan ibu bapa serta adik beradik, sedangkan mereka masih mampu daripada segi kewangan dengan ada wang pencen atau gaji sendiri sementara tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak terabai.

"Tiada lagi wang untuk dibelanjakan buat isteri dan anak-anak yang mana perbelanjaan itu terpaksa ditanggung isteri. Si isteri p**a terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga sehingga sampai satu tahap, dia tidak lagi boleh bersabar dan memohon perceraian," jelasnya.

Selain itu, menurutnya, ada juga kes ibu mengatur segala keputusan dalam rumah tangga anaknya seperti di mana cucu perlu bersekolah, pemilihan barang untuk dibeli, rancang percutian keluarga dengan semua perbelanjaan ditanggung anak dan lebih teruk bertanyakan tentang hubungan kelamin anak.

"Ibu ini akan campur tangan dalam semua perkara, kononnya bagi memastikan kehidupan anaknya itu terjaga dan tidak diabaikan isteri.

"Sebaliknya apa yang berlaku, perbuatan itu hanya akan merosakkan rumah tangga anak sendiri tanpa mereka sedari," katanya.

Katanya, ada sesetengah ibu bapa menjadikan anak mereka sebagai satu 'pelaburan' untuk hari tua dengan menetapkan pemberian wang dalam jumlah tertentu yang sebenarnya membebankan anaknya itu.

"Ia berlaku dalam keadaan ibu bapa masih mampu daripada segi kewangan dan adik beradik lain sudah bekerja, namun anak tidak boleh bersuara kerana tidak mahu digelar anak derhaka, tidak mengenang budi atau takut bini," ujarnya.

Lebih teruk, katanya, ada ibu yang meminta anaknya menceraikan isteri kerana menuduh menantunya mengongkong dan mengawal duit gaji anaknya itu.

Sementara itu, kata beliau, rumah tangga boleh diselamatkan sekiranya pasangan terbabit dan ahli keluarga masing-masing mempunyai kesedaran dengan memainkan peranan masing-masing selain berbincang bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Namun, ia agak sukar kerana melibatkan ahli keluarga, terutama jika ia membabitkan ibu. Ini kerana si anak perlu bijak menguruskan perkara itu dengan tidak melukakan hati ibu mahupun isteri.

"Biasanya, dalam isu ini anak lelaki tersepit dan bagaikan terpaksa memilih antara ibu atau isteri. Salah satu pihak perlu berkorban," ujarnya.

Katanya, kebanyakan suami tahu tentang tanggungjawab dalam mendahulukan nafkah kepada isteri sebelum ibu bapa, namun mereka tersepit antara ibu bapa dan isteri.

"Dalam isu ini, semua pihak perlu memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing yang mana semua anak perlu mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa, bukan diletakkan kepada seorang anak sahaja," jelasnya.

Katanya, tuntutan pemberian nafkah berdasarkan hadis Rasulullah SAW menegaskan 'mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu dan seterusnya

"Para ulama menyebut, memberi nafkah kepada ibu bapa adalah tidak wajib atas seorang anak kecuali dalam keadaan ibu bapa miskin dan memerlukan bantuan serta anak mempunyai lebihan harta selepas nafkah diberikan kepada keluarganya," katanya.

Bagi kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan, individu terbabit boleh didakwa di bawah Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996.

"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya," tambahnya.

13/08/2023
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1445H/2023MSemoga setiap penghijrahan kita ke arah yang lebih baik dan diberkati dan sem...
18/07/2023

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1445H/2023M

Semoga setiap penghijrahan kita ke arah yang lebih baik dan diberkati dan semoga dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan pada tahun ini.

Terima Kasih Kosmo! sudi menemuramah saya untuk kesekian kalinya.Sedikit perkongsian saya hari ini di akhbar Kosmo!  ber...
15/06/2023

Terima Kasih Kosmo! sudi menemuramah saya untuk kesekian kalinya.

Sedikit perkongsian saya hari ini di akhbar Kosmo! berkaitan dengan isu-isu perceraian di usia muda. Semoga bermanfaat.

Terima Kasih Kosmo! sudi menemuramah saya untuk kesekian kalinya.Sedikit perkongsian saya hari ini di akhbar Kosmo!  ber...
15/02/2023

Terima Kasih Kosmo! sudi menemuramah saya untuk kesekian kalinya.

Sedikit perkongsian saya hari ini di akhbar Kosmo! berkaitan dengan isu-isu pernikah di Thailand. Semoga bermanfaat.

06/10/2022

Lafaz talaq yang dilafazkan tidak boleh ditarik balik. Perlu buat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah walaupun pihak-pihak ingin berbaik & hidup sebagai suami isteri semula.

Sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman saya di akhbar Kosmo! hari ini. Terima kasih Kosmo! . Semoga memberi manfaat kep...
29/09/2022

Sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman saya di akhbar Kosmo! hari ini. Terima kasih Kosmo! . Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca.

Address

Kepala Batas
13200

Telephone

+60193488633

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie - Farah Diyana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie - Farah Diyana:

Share