21/08/2026
14 Ogos 2026 - 16 Ogos 2026
SUKPES 3.0 JOHOR: Bawa Balik Pingat untuk Perlis! 🏆💛💙
Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan kontinjen PGSM Perlis di UTHM Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
Alhamdulillah, walaupun kita dari negeri paling kecil, semangat kental wakil-wakil Peguam Syarie Perlis memang tak ada tolak bandingnya!
Syukur atas hasil titik peluh atlet kita:
🥇 PINGAT EMAS – Dart Beregu Lelaki
🥉 PINGAT GANGSA – Bowling Berkump**an Lelaki
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis atas sumbangan kemudahan pengangkutan buat kontinjen kami dari Perlis ke Johor. Pihak PGSM Perlis amat menghargai sokongan serta keprihatinan YAB Menteri Besar dalam menyokong penglibatan peguam syarie di peringkat tempatan.
Jutaan terima kasih juga buat semua rakan peguam serta penyumbang yang banyak membantu dari segi dana dan sokongan moral. Tanpa sokongan anda semua, tidak sampai kita ke sini membawa nama Perlis.
Mahkamah medan kita menegakkan hujah, gelanggang sukan p**a medan kita menyemai kasih sayang. Di sinilah tempat kita kembali bergelak tawa, mengukuhkan perpaduan, dan beramah mesra dengan rakan-rakan sejawat dari seluruh negeri.
Kalah atau menang belakang cerita, yang penting keberanian kita untuk turun gelanggang dan berjuang habis-habisan. Seperti slogan kita: "It’s the Will, Not the Skill!"
Tahniah buat semua atlet! Simpan kemas-kemas semangat ni, kita recharge dulu.
Pahang, hangpa tunggu kami mai! Jumpa di SUKPES 4.0 Pahang 2028! ⚡🔥