22/03/2024
tirai mahkamah, dari pena saya.
Siapa pun kita, kita adalah manusia. Manusia yg khilaf. Manusia yg berdosa. Namun itu bukan hakikat yang muktamad. Selagi ada ruang & masa, berusahalah, utk menjadikan pengakhiran itu suatu kemanisan & kemenangan dalam menjalani kehidupan sebagai hambaNya. Dosa itu bukan hak kita.
Saya terkesan utk kisah harini. Benarlah, institusi keluarga itu penting dalam melahirkan generasi yg baik & cakna. Hari ini sy melihatkan kisah 2 anak muda. 1 anak muda yg terkesan kerana kepincangan dan runtuhnya institusi keluarga itu. Seorang pemuda yg cemerlang akademiknya, namun tewas tanpa arah. Sy tidak menghakimi kesalahannya. Kerana sekurang kurangnya utk hari ini dia berani menerima kenyataan tentang kesalahannya. Kamu itu beruntung. Kerana Dia masih memberikan peluang yang terbaik utk kamu. Usia mudamu jgn disia siakan lagi. Semoga yg baik2 utk kamu di sana.
Dan kisah ke-2 anak muda. Erti sebuah persahabatan dan rasa empati yang tinggi. Beradalah kamu ditempat setinggi atau sejauh mana, sama ada di mata manusia, ditangga sosial tertinggi apatah lagi dikelompok elit pun, namun jika jiwa dan hati itu mati rasa, tidaklah berguna hidup ini. Sedihnya hati bersama sama menangisi “nasib” si sahabat ini. Tetap hadir dan ada demi sebuah rasa. Jangan mati rasa, jgn mati hati.
Dan dalam hati ini juga saya punya rasa yg sama. Hampalah perasaan kami sebagai seorang peguam dan/atau pegawai keadilan jika melihat kehadiran dan kelibat mereka yg kami kenali berada di kandang itu. Hanya doa, moga kami sentiasa kuat, masih punya empati, hati dan rasa dalam menggalas tanggungjawab kami. Kerana kami juga manusia. Sama. Seperti kalian.
Dan sekali lagi, institusi kekeluargaan itu penting. Kerana jika hebatnya kasih syg keluarga itu, maka hebatlah kita. Jgn dipandang remeh pada tanggungjawab terhadap ahli keluarga, tidak kira apa peranan anda.
Semoga yang baik baik utk kita.
NR&CO
22/03/2024