Ms Auto Aircond Service

Ms Auto Aircond Service 💡Tips padu untuk aircond kereta anda.
🔍Pemeriksaan percuma.

Baikpulih penyaman udara kereta,4x4,lori,elektrikal/elektronik kenderaan,wiring,aircond part,acc

20/02/2026

Rohmat balik kampung ziarah orang tua dan sambut puasa ramadhan bersama.

Masalah aircond kereta pun selesai bersama kami. Owener dah check 2,3 kedai di selangor kata aircond panel control problem.

Kami check bukan aircond panel yang problem tapi shortr circut pada wiring Ig2.

Siapa lagi yang ada masalah aircond kereta untuk kami bantu? Singgah jer

12/02/2026

Masa kereta siap baru client cerita,asal hantar servis sebab kompressor rosak, kami buka pintu kereta bau lain macam.. Check dan cadang servis sekali bahagian dalam. Ratusan duit dah habis kereta ni ada bau pelik,tapi tak hilang-hilang. Alhamdulillah kami ada jalan pemyelesaian. Aircond kembali sejuk dan kereta pun segar dan nyaman. Semoga berpuas hati dengan servis kami.

Alhamdulillah…Selepas melalui perjalanan panjang sejak tahun awal 2023, akhirnya kes saman saya terhadap defenden-defend...
11/02/2026

Alhamdulillah…Selepas melalui perjalanan panjang sejak tahun awal 2023, akhirnya kes saman saya terhadap defenden-defenden, iaitu pemilik kedai sewa lama, telah diputuskan oleh mahkamah pagi tadi.

9.2.2026

Mahkamah membenarkan tuntutan dan mengesahkan liabiliti pihak defenden, serta memutuskan ganti rugi dan kos mengikut pertimbangan mahkamah. Walaupun jumlah yang diberikan tidak penuh seperti tuntutan atau skala kerugian sebenar yang ditanggung, saya menerima keputusan ini dengan syukur, redha dan hati yang terbuka.

Pengalaman ini mengajar saya bahawa keadilan tidak selalu hadir dalam bentuk yang kita harapkan, tetapi kebenaran tetap ada nilainya — walaupun kesabaran benar2 diuji.

Terima kasih kepada isteri,adik beradik,keluarga, rakan-rakan dan semua yang tidak putus-putus mendoakan serta memberi sokongan sejak awal perjalanan ini.

Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada lawyer saya Yuhana Junaidi FALCOlaw -Tetuan Fariz Halim & Co, juga ' Haji Fariz Irwan bin Dato' Mustafa Falco Law , Nasihat dari Doc Syukri Ali usop Gmt. Terima kasih juga Ridhuwan Ibrahim &partner yg hadir bantu masa di masa sukar. Juga owner kedai baru yang baik hati dan mudah runding walaupun cina.

Semoga apa yang dilalui menjadi peringatan bahawa mempertahankan hak memerlukan ketabahan, dan setiap ujian pasti ada hikmahnya.

Mahkamah telah memberikan keputusan yang memihak kepada diri ini yang menunjukkan bahawa tuntutan-tuntutanku adalah berasas. Tempoh kena keluar premis juga diputuskan tidak munsabah.

Bermula masa saat nak lahirkan luqman januari 2023, selesai hari ni besar dah dia boleh berlari dah. Alhamdulillah lepas lalui tempoh mencabar syukur perniagaan masih dapat bertahan.

Masih dalam recovery untuk pulih walaupun dah lama. Terima kasih buat client kami yang masih support hingga hari ini. Ada yang baru tahu pindah walaupun dah 3 tahun.

Semoga perkara ini menjadi pengajaran dan iktibar buat semua bahawa kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan dengan cara sendiri..hidup ini ada undang-undang, hormatilah orang lain maka kita juga akan dihormati..


22/11/2025

Aircond panas sebelah, masalah biasa bagi mpv,suv atau kereta conti. Kadang2 berjaya tuning komputer semula tak perlu tukar sparepart. Cara startup kereta yg betul juga penting untuk bagi servo mtr tahan lama selain kerosakkan sebab jarang guna sesetangah mode pada aircond kereta. Juga berpunca disebabkan tempoh haus pakai sesuatu komponen.





21/11/2025

Ramai yang macam ni.. Bila dah tak leh ON, tak function baru nak repair aircond panel ni. Kos jadi makin mahal,sparepart elektronik ning dah makin pupus.

Ambik perhatian kalau ada masalah aircond panel Lancer Evo 123, Nissan Skyline R32 R33 R34 ning.

Tapi masih ada yg buat tindakan bijak bila ada problem sikit je,simtom payah nak tekan cepat2 cabut soket power dan hantar repair. Kos jadi x tinggi.

Ada masalah aircond ni boleh mari Ms Auto Aircond Service






Alamak.. Maafkan kami, Lama tak update dan buka inbox mesej, sekali buka ramai yang DM rupannya, dah tak boleh nak balas...
17/11/2025

Alamak.. Maafkan kami, Lama tak update dan buka inbox mesej, sekali buka ramai yang DM rupannya, dah tak boleh nak balas banyak sangat. Mesej inbox ttok ni kena buka dan check inbox selalu rupanya, dia tak naik notification🙏🙏

Rupanya link kat profile problem. Tak ada rezeki terlepas ramai yang PM.

Kami dah update link di bio. Untuk detail lokasi,no wassabi tekan je link kat profile. Kat Fb pun kami dah update link baru untuk detail lokasi dan no wassabi kami.

Rata2 yg DM/ mesej tanya lokasi kedai, nak no wasab, tak boleh letak direct di Ttok ni. Lain tempat lain cara, untuk detail tekan jer link baru kami, link baru kami tekan kat komen.

Sampai juga akhirnya.. Kalau jauh boleh pos je, Toyota Innova aircond tak hidup, habis kedai dah cari di kajang.Owner si...
01/10/2025

Sampai juga akhirnya.. Kalau jauh boleh pos je, Toyota Innova aircond tak hidup, habis kedai dah cari di kajang.

Owner singgah tadi, cabut panel dan teruskan perjalanan balik cuti ke kelantan tanpa aircond, fuhhh. Kesian jugak tapi x leh potong giliran tengah repair Honda Fd panel control.

Insya Allah kami check kekgi. Hok dekat2 boleh drive mari terus ke msauto airocond kalau aircond panas.

Untuk panel Lancer gsr, evo123456 kami buka semula untuk repair. Stop hampir 2 bulan sebab sibuk. Ada 3 panel Evo 3 yang owner x respon whatapp. Kalau ada baca ni sila ambik panel anda ni.





02/07/2025

Alhamdulillah siap.. Akhirnya jumpa masalah. Maaf lambat Abg jang cuti 2 hari ada Festival memanah terbuka asia di TER kuala ibai.

Masalah wiring ni take time, kena tenang baru buat. Esok pasang balik cover,kemas-kemas.




Pening jugak mari2 x hidup ni.. Aircond x leh on. Cabut test dalam bilik Alhamdulillah ok hidup.. Masalah banyak salah s...
26/06/2025

Pening jugak mari2 x hidup ni.. Aircond x leh on. Cabut test dalam bilik Alhamdulillah ok hidup.. Masalah banyak salah sambungan wiring.

Bila masalah lain dari biasa kena sabar ye, kena check betul2.. kalau mood segar sokmo cepat siap.





Ngam-ngam 5 tahun rosak 2 biji mesin flushing aircond ni. Penat buat kerja banyak sangat barangkali. Alhamdulillah team ...
18/06/2025

Ngam-ngam 5 tahun rosak 2 biji mesin flushing aircond ni. Penat buat kerja banyak sangat barangkali. Alhamdulillah team kami pandai repair sendiri. Tak lama sangat gangguan untuk teruskan servis aircond kereta ni.

Nak beli baru harga pun pening kepala ni. Mujur dua2 rosak mainboard elektronik jer. Alang2 buka repair ni kami servis sekali mesin2 ni walaupun x sampai masa servis lagi.

Lagi konfiden sistem mesin kita bersih. Bukan aircond kereta anda je kena servis tau. Mesin flushing pun kena jaga. Kalau x jaga servis boleh kotor kereta pelanggan. Buat kerja biar pelanggan puashati. Sebab kos maintenence mesin pun kita dah kira sekali untuk setiap tahun.




9 Zulhijjah ialah hari wuquf untuk jamaah haji. Hari yang mempunyai kelebihan dan doa yang mustajab. Jika Ramadhan ada l...
06/06/2025

9 Zulhijjah ialah hari wuquf untuk jamaah haji. Hari yang mempunyai kelebihan dan doa yang mustajab.

Jika Ramadhan ada lailatul qadar, zulhijjah ada hari wuquf. 9 Zulhijjah 1446, 6 Jun 2025 Jumaat..

Alhamdulillah..siap First job Honda civic Fd berpunca masalah panel control elektronik. Aircond jadi beku yang. Bila buk...
22/05/2025

Alhamdulillah..siap First job Honda civic Fd berpunca masalah panel control elektronik. Aircond jadi beku yang.

Bila bukak check sensor bukan yang asal, pening nak cari kod sensor original balik. Pomen sebelum ni dah tukar macam2 sensor x jadi. Sensor asal dah hilang.

Bila masalah gini aircond run tak berhenti, paip jadi beku, angin tersekat bila cooling coil dah beku jadi ais/air batu jangan guna aircond dulu, boleh merosakkan barang2 aircond yang lain.

Cari pakar aircond kereta berhampiran dengan anda, kalau main try2 tukar part nanti makan modal.



Address

Mbkt 4763, Terengganu Halal Park, Kawasan Perindustrian , Chendering, Kuala
Kampong Kuala Ibai
21080

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60189150383

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ms Auto Aircond Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ms Auto Aircond Service:

Share