04/06/2020
PELUANG MENGAJI AL-QURAN DENGAN BIMBINGAN GURU 'SECARA ONLINE' DI MUSIM PKP . .
Anda mungkin selama ni dah biasa mengaji dengan adanya Ustaz atau Ustazah yang dengarkan bacaan. Betul atau tak sebutan huruf. Tepat ke tak tempat dengung kat tempat yang sepatutnya. Dah cukup ke kadar panjang pendek bacaan.
Semua ni jatuh hukum 'wajib' untuk kita jaga bilamana kita start buka mulut mengaji Al-Quran. Tak boleh sebarangan cara kita menyebutnya. Mesti kena baca dengan tepat. Bimbang nanti molek-molek nak pahala, dapat dosa p**a.
Bila dah start masuk Surah At-Taubah dan ke atas, biasanya ayat-ayat dia agak 'tricky' sikit untuk dibaca. Kalau tak dipandu, mesti kita hentam ajer sebutannya.
"Alah, biar jelah. Betul la tu kot."
Eh, mana boleh macam tu bang. Ini Al-Quran. Kata-kata Allah. Bukan buku cerita Pinocchio nak main ikut dan sebut. :)
Cuma, bila dalam fasa PKP ni, kita sedikit terhalang nak bertemu dengan guru kita tu. So, alternatif terbaiknya, mengajilah kita secara online.
Ya, ada banyak saluran online yang kita boleh tonton. Ada siaran dalam TV. Ada orang kongsi di Youtube. Ada orang buat FB Live...
Tapi, semua tu hanya pembelajaran 1 hala saja. Kita tak dapat nak perdengarkan bacaan kita sendiri. Kekadang, bila dengar ustaz ajar, rasa macam faham dah. Bila sendiri yang baca, salah rupanya.
Jadinya... Kami merasa terpanggil untuk galas tanggungjawab ni. Kami sediakan ruang & peluang untuk anda perdengarkan bacaan secara terus dengan bimbingan para ustaz.
"Ngaji Online With...Ustaz ?" - NOW
Setakat ni, kami ada 5 orang ustaz yang bersedia untuk berikan bimbingan untuk anda mengaji.
Untuk seorang ustaz, kami hanya ambil 8 ORANG PELAJAR sahaja. Small group. Tak nak ramai. Supaya setiap orang ada masa yang cukup untuk baca lebih banyak ayat.
Jadualnya p**ak tak ketat. Kita jumpa secara online SEMINGGU SEKALI saja. So, anda dah boleh plan jadual siap-siap, hari dan waktu tu jangan diisi dah dengan hal urusan lain. Fokus untuk mengaji Al-Quran.
Waktunya kami decide buat waktu malam. Pukul 8.00 HINGGA 10.00 MALAM. 2 jam sahaja. Kami nak raikan anda yang bekerjaya. Siang anda kerja, so malam sempatlah untuk mengaji Al-Quran secara berguru.
Itupun, satu malam je seminggu. Bukan tiap-tiap malam nak kena berkejar untuk online.
Selebihnya, kita akan belajar tanpa henti menerusi group whatsapp yang akan kita bentuk. Setiap orang boleh berinteraksi dengan ustaz tentang Al-Quran. Ada yang nak tanya cara baca sesuatu ayat lah. Ada yang nak tanya berapa harakatlah. Ada yang bagi voice mintak tolong ustaz komen bacaan dia lah.
Semua ni, dipersilakan. Anda boleh dapat akses.
Kami dah pun start jalankan sesi NOW ni sebaik PKP bermula lagi. Cuma waktu tu, kami open kepada hampir 20 orang 1 group. Bila dibelek, macam kuran efisyen.
Sebab itu, sekarang ni, kami kecilkan bilangan hanya kepada 8 orang saja 1 group dengan tempoh waktu 2 jam pengajian. Ianya lebih EKSKLUSIF!
Mudah-mudahan ustaz dan pelajar puas hati, Ustaz dapat kongsi ilmu dengan tenang, pelajar boleh serap ilmu dengan senang.
So, kalau anda tak nak terlepas jadi antara 8 orang yang boleh join group tu, terus berurusan dengan admin menerusi whatsapp. Admin akan bagi lebih lagi maklumat tentang NOW ni.
Hubungi admin di pautan ni:
www.wasap.my/60182989610/nakdaftarnow
Boleh juga tanya admin sebarang persoalan yang masih tak clear ya?
SHARE la tentang NOW ni di timeline facebook anda. Mana tahu ada rakan anda yang nak join sekali. Tak pasal-pasal dapat pahala free, mengajak orang untuk rapat diri dengan Al-Quran.
;)