13/05/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Tan Sri Azam Baki atas khidmat cemerlang beliau sepanjang 42 tahun dalam dunia penguatkuasaan dan pencegahan rasuah negara.
Sepanjang kepimpinan beliau di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pelbagai kes berprofil tinggi berjaya disiasat dan didakwa, termasuk melibatkan salah guna kuasa, penyelewengan dana awam, rasuah berprofil tinggi serta sindiket antarabangsa. Ketegasan, keberanian dan kesungguhan beliau dalam menjalankan amanah negara wajar dihormati dan dikenang.
Beliau telah memperlihatkan ketegasan tanpa gentar dalam menghadapi tekanan, kritikan dan cabaran besar demi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang terus dipertahankan.
Ucapan selamat menjalankan tugas juga diucapkan kepada Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Pesuruhjaya SPRM yang baharu. Semoga beliau mampu meneruskan legasi kepimpinan yang berani, telus, tegas dan cekal dalam memerangi rasuah serta salah guna kuasa di negara ini.
Amanah yang dipikul amat besar dan mencabar, namun dengan keikhlasan, integriti dan sokongan seluruh warga SPRM serta rakyat Malaysia, insya-Allah tugas berat ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan beliau serta mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan dalam memimpin SPRM ke arah yang lebih dihormati dan diyakini masyarakat.
Ikhlas dari
Dr Nik Rahim & Associates
24 Zul Qaeddah 1447H- 14 Mei 2026
Nilai Negeri Sembilan
============================
Minat jadi Ejen Hartanah dan menjana pendapatan lumayan?
Klik Link ini >> https://www.facebook.com/share/p/1CqENmceWv/
Nak belajar makna al Quran? Klik ke link di bawah:
https://app.thinkquran.com/?r=DRNIK
Al Rayyan El RayyanDrnikrahim Nikwajis@top fans