Abdul Rahim & Associates

Abdul Rahim & Associates IBN WAJIHUDDIN

12/08/2026
12/08/2026

Ada ramai yang bertanya latarbelakang saya? Memang saya tidak terkenal dan bukan siapa-siapa.

Saya hanya anak felda.

Ada la sedikit latarbelakang ijazah pengajian undang-undang, ijazah pengajian Syariah, Ijazah Sarjana, Ph.D dalam kewangan Islam di UK. Ada la juga ambil kursus profesional kewangan Islam dan lulus cemerlang.

Ada la juga pengalaman sebagai peguam, penasihat undang-undang, pensyarah undang-undang, Penasihat Syariah bank-bank dan takaful dan koperasi termasuk penasihat kepada beberapa organisasi di luar negara.

Saya ada sedikit pengalaman bekerja di Dubai International Financial Centre dan di Fordham Law School, New York. Mewakili Malaysia dalam program Young Intellectual Exchange di Jepun dan penerima Biasiswa Fulbright di Amerika.

Ada la sedikit pengalaman di Universiti sebagai pensyarah, Profesor, Dekan dan Timbalan Rektor di Universiti. Menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah universiti termasuk pernah menjadi lembaga penasihat universiti di luar negara.

Saya aktif la juga dengan kerja kemanusiaan dan kemasyarakatan di Malaysia dan luar negara. Pernah laksanakan Misi Kemanusiaan di Gaza, Syria, Turkiye, Indonesia dan lain-lain negara yang bergolak dan dilanda bencana. Di UK saya aktif dengan Palestine Solidarity Campaign, di New York dengan Fordham Islamic Society, MUBANY dan AMAL.

Alhamdulillah, sudah menerbitkan lebih 30 buku dan bab dalam buku dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia serta ratusan artikel dan makalah. Pernah la juga menang Buku terbaik MAPIM Peringkat Kebangsaan Kategori Bahasa Inggeris.

Pengalaman saya dalam dunia kewangan Islam sudah melebihi 25 tahun. Sudah biasa juga dengan pengauditan, perakaunan, penyata kewangan, balance sheet dan lain-lain. Lulus cemerlang juga la subjek ini dalam kursus profesional yang saya ambil. Pernah dapat Anugerah the Upcoming Scholar peringkat antarabangsa dalam bidang kewangan Islam masa muda-muda dulu.

Cuma tidak perlu la saya cerita berapa banyak sanad-sanad hadis yang telah saya terima dari alim ulama muktabar.

Jika ada yang berminat bolehla rujuk laman sesawang saya yang juga pernah menang Anugerah Weblog Akademik terbaik Ahli akademik Peringkat Kebangsaan.

Terus belajar dan belajar.....

11/08/2026

Pada Seminar Pemikiran Yusuf al-Qaradawi 2026 yang berlangsung pada 21 Julai 2026, Dr. MAZA membentangkan ucaptama bertajuk “Fiqh al-Dawlah di Sisi al-Qaradawi dan Peranannya dalam Pembentukan Negara MADANI.”

Penjelasan tersebut secara tidak langsung mencabar teori kenegaraan yang menjadi asas penting kepada pemikiran Haji Hadi dan PAS hari ini.

Menurut Haji Hadi, ulama mujtahid berperanan memelihara kedudukan tertinggi al-Quran dan al-Sunnah. Sultan, raja, khalifah, amir atau imam p**a berada di bawah Perlembagaan—dan Perlembagaan tersebut dikawal oleh ulama.

Kerangka itu dihuraikan dalam tulisan Minda Presiden bertarikh 20 Januari 2026.

Namun, kerangka kenegaraan al-Qaradawi yang dihuraikan oleh Dr. MAZA mengambil pendekatan yang berbeza. Al-Qaradawi menolak kemungkinan negara Islam berubah menjadi sebuah teokrasi yang memberikan kuasa mutlak kepada golongan agama.

𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗲𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶

Al-Qaradawi turut membezakan antara daulah Islamiyyah dengan daulah diniyyah—iaitu antara negara yang berpandukan Islam dengan negara agama atau teokrasi.

Negara Islam bukan sebuah negara yang memberikan kuasa mutlak kepada golongan ulama. Pandangan seseorang ulama tidak boleh dianggap seperti keputusan Tuhan yang langsung tidak boleh dipersoalkan.

Model teokrasi pernah wujud dalam sejarah Eropah apabila institusi agama mempunyai kuasa yang terlalu besar dan pandangan agamawan dianggap suci serta tidak boleh dibantah.

Itu bukan bentuk negara yang didirikan oleh Rasulullah SAW.

Ulama mempunyai peranan penting dalam memberikan panduan, menyampaikan ilmu, menegur pemerintah dan menjelaskan hukum. Namun, mereka bukan wakil Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak terhadap negara dan rakyat.

Negara yang mengangkat ulama sehingga setiap pandangan mereka dianggap sebagai kata putus bukanlah negara Islam dalam pengertian yang dikemukakan oleh al-Qaradawi. Ia lebih hampir kepada sebuah negara teokrasi.

𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗶𝘃𝗶𝗹

Dalam pemikiran al-Qaradawi, negara Madani ialah daulah madaniyyah atau negara sivil yang berteraskan nilai Islam.

Negara sivil tidak bermaksud negara yang memusuhi agama. Sebaliknya, ia merupakan negara yang ditadbir melalui perlembagaan, undang-undang, keadilan, syura, pertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik.

Matlamat Islam bukan untuk membentuk sebuah negara yang mempertuhankan ulama atau memberikan kuasa tanpa batas kepada golongan agama.

Matlamatnya ialah membina pemerintahan yang adil, amanah dan menjaga kemaslahatan manusia. Pemerintah boleh ditegur, ulama boleh dipersoalkan dan setiap pemegang kuasa perlu dipertanggungjawabkan.

Inilah maksud negara Madani atau negara sivil dalam kerangka al-Qaradawi: sebuah negara yang mengambil panduan daripada nilai Islam tetapi tidak berubah menjadi sebuah teokrasi.

𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻

Pemikiran politik al-Qaradawi berdiri antara dua kecenderungan yang melampau.

Beliau menolak sekularisme yang memisahkan agama daripada politik. Pada masa yang sama, beliau menolak kejumudan yang mahu melaksanakan teks dan struktur politik berabad-abad lalu secara literal dalam negara moden.

Beliau juga menolak kecenderungan menyamakan politik dengan kepartian serta menolak negara teokrasi yang memberikan kuasa mutlak kepada golongan agama.

Politik Islam menurut al-Qaradawi perlu berteraskan wahyu, tetapi luas dalam ijtihad. Prinsipnya tetap, tetapi pelaksanaannya mengambil kira perubahan zaman.

Ulama dihormati, tetapi tidak dianggap maksum. Parti boleh digunakan sebagai alat perjuangan, tetapi parti tidak boleh disamakan dengan agama.

Akhirnya, negara yang ingin dibina bukanlah negara yang dikuasai oleh satu kelompok agama, tetapi sebuah negara sivil yang adil, amanah dan melaksanakan urus tadbir yang baik untuk seluruh rakyat.

𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿: Ucaptama Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, “Fiqh al-Dawlah di Sisi al-Qaradawi dan Peranannya dalam Pembentukan Negara MADANI”, Seminar Pemikiran Yusuf al-Qaradawi 2026, 21 Julai 2026.

Siapa Sebenarnya Bersalah Dalam Isu Anjing Tular? 🐕⚖️Setiap kali berlaku isu melibatkan haiwan, khususnya anjing, masyar...
06/08/2026

Siapa Sebenarnya Bersalah Dalam Isu Anjing Tular? 🐕⚖️

Setiap kali berlaku isu melibatkan haiwan, khususnya anjing, masyarakat Malaysia sering terbahagi kepada dua kelompok. Satu pihak mempertahankan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) atas alasan keselamatan awam, manakala satu pihak lagi mengecam tindakan tersebut atas dasar kebajikan haiwan. Perdebatan ini sering dipenuhi emosi sehingga mengaburkan persoalan yang lebih penting: apakah pandangan Islam yang sebenar?

Islam bukan agama yang mengajar kita memilih antara manusia atau haiwan. Sebaliknya, Islam mengajar kita berlaku adil kepada kedua-duanya. Prinsip ini merupakan roh kepada Maqasid Syariah, khususnya pemeliharaan nyawa (hifz al-nafs) dan pemeliharaan maslahat masyarakat.

Islam Mengiktiraf Hak Manusia dan Hak Haiwan

Terdapat tanggapan bahawa kerana anjing dianggap najis dari sudut fiqh, maka Islam memandang rendah terhadap haiwan tersebut. Ini adalah satu salah faham.

Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang wanita yang diazab kerana mengurung seekor kucing sehingga mati kelaparan. Dalam hadis lain p**a, seorang wanita yang bergelumang dengan dosa diampunkan Allah kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Kedua-dua hadis ini menunjukkan bahawa kebajikan haiwan mempunyai nilai yang besar di sisi Allah.

Oleh itu, menyakiti haiwan tanpa sebab yang dibenarkan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Pemilik Haiwan Memikul Amanah

Pada masa yang sama, Islam meletakkan amanah yang besar ke atas pemilik haiwan.

Seekor anjing yang dibiarkan berkeliaran tanpa kawalan bukan sahaja berisiko mencederakan orang ramai, malah boleh menyebabkan kemalangan jalan raya, menyebarkan penyakit dan mengganggu ketenteraman awam.

Kaedah fiqh menyebut:

الضرر يزال

“Kemudaratan hendaklah dihilangkan.”

Begitu juga sabda Rasulullah SAW:

“Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan.”

Oleh itu, pemilik yang cuai sehingga membiarkan haiwan berkeliaran sebenarnya telah mengabaikan amanah yang dipikulnya.

PBT Bukan Kebal Daripada Syariat

Namun, mengiktiraf tanggungjawab pemilik tidak bermaksud semua tindakan PBT mesti dianggap betul.

Islam juga meletakkan garis panduan kepada pihak berkuasa.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan dalam setiap perkara.”

Ini bermaksud setiap operasi penguatkuasaan hendaklah dilakukan dengan penuh ihsan, profesionalisme dan meminimumkan penderitaan haiwan.

Sekiranya berlaku kecuaian, kekerasan yang melampau atau kegagalan mematuhi prosedur, tindakan tersebut juga boleh dipersoalkan menurut syarak. Tiada sesiapa, termasuk pihak berkuasa, yang terlepas daripada prinsip keadilan.

Jangan Menghukum Sebelum Menyelidik

Dalam era media sosial, masyarakat sering membuat kesimp**an hanya berdasarkan beberapa saat rakaman video.

Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah…”

(Surah al-Hujurat: 6)

Prinsip tabayyun amat penting. Kita perlu mengetahui:

* Adakah anjing tersebut benar-benar liar?
* Adakah ia mempunyai pemilik?
* Adakah pemilik telah cuai?
* Adakah prosedur operasi dipatuhi?
* Adakah berlaku kecuaian atau penyalahgunaan kuasa?

Tanpa jawapan kepada persoalan-persoalan ini, menghukum mana-mana pihak adalah tidak adil.

Nyawa Manusia Tetap Menjadi Keutamaan

Dalam Maqasid Syariah, pemeliharaan nyawa manusia merupakan antara objektif tertinggi syariat.

Sekiranya seekor anjing yang tidak dikawal mengancam keselamatan orang ramai, tindakan mengawal keadaan adalah satu keperluan demi menjaga maslahat umum.

Namun, keutamaan terhadap nyawa manusia bukan lesen untuk berlaku zalim terhadap haiwan. Islam sentiasa menuntut keseimbangan antara keselamatan awam dan belas ihsan terhadap semua makhluk.

Islam Menolak Politik Emosi

Apa yang membimbangkan ialah apabila sesuatu isu dijadikan medan untuk menghukum, mencaci atau membangkitkan sentimen.

Ada yang terus menyalahkan PBT tanpa mengetahui fakta sebenar.

Ada p**a yang terus menyalahkan pemilik tanpa mengetahui keadaan sebenar.

Pendekatan seperti ini jauh daripada ajaran Islam.

Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.”

(Surah al-Ma’idah: 😎

Ayat ini menjadi asas bahawa keadilan mesti mengatasi emosi.

Penutup: Islam Mengajar Tanggungjawab, Bukan Menuding Jari

Dalam isu anjing tular ini, persoalannya bukan sekadar “siapa yang salah”, tetapi siapa yang telah mengabaikan amanah.

Jika pemilik cuai, dia mesti bertanggungjawab.

Jika PBT cuai, mereka juga mesti dipertanggungjawabkan.

Jika masyarakat menyebarkan maklumat tanpa usul periksa, mereka turut memikul dosa fitnah dan prasangka.

Islam tidak pernah mengajar kita memilih antara manusia dan haiwan. Sebaliknya, Islam mengajar bahawa setiap amanah akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

Akhirnya, masyarakat yang benar-benar bertamadun bukanlah masyarakat yang hanya lantang mempertahankan hak manusia atau hak haiwan, tetapi masyarakat yang menegakkan keadilan, ihsan dan tanggungjawab kepada semua makhluk.

“Keadilan tanpa ihsan melahirkan kekerasan, manakala ihsan tanpa keadilan melahirkan ketidakaturan. Islam menghimpunkan kedua-duanya dalam satu neraca yang seimbang.” – Dr. Nik Rahim bin Nik Wajis

Address

Kampong Baharu Nilai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abdul Rahim & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category