Shamim Lesa & Associates

Call Directions Contact the practice

Shamim Lesa & Associates legal firm

Siapakah Notari Awam/ Notary Public?Di Malaysia, Notari Awam (Notary Public) ialah seorang peguam bela dan peguam cara y...
14/08/2026

Siapakah Notari Awam/ Notary Public?

Di Malaysia, Notari Awam (Notary Public) ialah seorang peguam bela dan peguam cara yang senior serta berpengalaman, yang dilantik oleh Peguam Negara Malaysia di bawah Akta Notari Awam 1959. Notari Awam boleh memperakui, mengesahkan, dan menyempurnakan dokumen yang khusus untuk kegunaan antarabangsa atau luar negara (luar Malaysia)

Notari Awam merupakan pegawai awam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan diberi kuasa untuk mengakusaksikan sumpah, mengesahkan dokumen serta melaksanakan fungsi-fungsi lain yang ditetapkan. Tandatangan dan meterai Notari Awam diperlukan dalam pengesahan dokumen undang-undang di kebanyakan negara di dunia.

Seorang Notari Awam Malaysia mempunyai kuasa dan fungsi yang sama seperti seorang Notari Awam di England. Melalui Seksyen 4 Akta Notari Awam 1959, Notari Awam mempunyai kuasa antara lain termasuk kepada yang berikut:

1. Mengaku saksikan dan melaksanakan apa-apa dokumen rasmi yang bertujuan untuk digunakan di luar Malaysia;
2. Mengaku saksikan dan melaksanakan apa-apa akuan sumpah bagi dokumen yang akan digunakan di luar Malaysia;
3. Mengaku saksikan dan melaksanakan apa-apa affidavit dan ekshibit, atau akuan berkanun dan ekshibit/Annexure yang disempurnakan yang akan digunakan di luar Malaysia;
4. mengesahkan atau membuktikan penyempurnaan apa-apa dokumen.
5. Mengesahkan serta membuktikan dokumen-dokumen urusan serta hal ehwal yang berkaitan dengan maritim atau kelautan

Secara ringkasnya, Notari Awam boleh:

1. Dokumen Luar Negara: Menyaksi, mengesahkan, atau memperakui kesahihan dokumen, kontrak, dan perjanjian rasmi yang hendak digunakan di negara asing.
2. Akuan dan Afidavit: Mengambil atau menyaksikan sumpah, afidavit, dan akuan berkanun (statutory declarations) khusus untuk dikemukakan di mahkamah atau pihak berkuasa di luar Malaysia.
3. Hal Ehwal Maritim: Mengendalikan urusan dan dokumen berkaitan perkapalan serta kelautan (maritim)
4. Salinan Sah (Certified True Copy): Mengesahkan salinan pasport, sijil pelajaran, atau dokumen korporat sebagai salinan asal yang sah untuk kegunaan rentas sempadan.
5. Pengesahan Terjemahan: Memperakui ketepatan terjemahan dokumen rasmi ke dalam bahasa lain untuk urusan kedutaan atau imigresen luar negara.

Di Firma Guaman kami, peguam Puan Norshamim Lesa adalah seorang Notari Awam (Notary Public) yang bertauliah.

Jika memerlukan khidmat Notari Awam, sila hubungi di nombor tertera: 012-6887535/0193510625

Happy New Year 2026From:Messrs Shamim Lesa & Associates Advocates & Solicitors | Notary Public | Commissioner for Oaths
01/01/2026

Happy New Year 2026

From:
Messrs Shamim Lesa & Associates
Advocates & Solicitors |
Notary Public | Commissioner for Oaths

Address

Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60126887535

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shamim Lesa & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Shamim Lesa & Associates:

Shortcuts

Share