Peguam Syarie Wafda Kamilen

Peguam Syarie Wafda Kamilen Peguam Syarie Selangor, Pantai Timur, JDT & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

Assalamualaikum semua..Dijemput bagi yang perlukan khidmat guaman Syarie secara PERCUMA !Insyaallah, kita jumpa esok ! !...
06/12/2023

Assalamualaikum semua..
Dijemput bagi yang perlukan khidmat guaman Syarie secara PERCUMA !
Insyaallah, kita jumpa esok ! ! ! !

Peguamsyarie.wafda

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444H | 2023MMaaf Zahir dan Batin. تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال وكل عام وانتم بخيرPegua...
27/04/2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444H | 2023M
Maaf Zahir dan Batin.
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال وكل عام وانتم بخير

Peguamsyarie.wafda

MARI SEBARKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN ‼️‼️‼️*BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS) UNTUK B40*ANDA ADA KES DIMAHKAMAH SYARI...
10/02/2023

MARI SEBARKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN ‼️‼️‼️

*BANTUAN GUAMAN SYARIE (BAGUS) UNTUK B40*

ANDA ADA KES DI
MAHKAMAH SYARIAH?

ANDA TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK
MELANTIK PEGUAM SYARIE MEWAKILI ANDA?

ATAU ANDA INGIN MEMFAILKAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH & INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT GUAMAN?

ANDA GOLONGAN B40?

InshaAllah Pusat Bantuan Guaman Syarie (Syariah Legal Aid Centre) atau ringkasnya “BAGUS” di bawah Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) boleh membantu anda.

BAGUS menawarkan dua (2) perkhidmatan asas sebagaimana berikut :

1. *Memberikan khidmat nasihat undang-undang (Legal Advice)* – kepada masyarakat Islam yang ingin mendapatkan nasihat perundangan berhubung proses dan prosedur tuntutan dan menjawab tuntutan mal di Mahkamah Syariah.

2. *Menyediakan khidmat bantuan guaman (Advocacy Support)* – iaitu mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan (mal sahaja) di Mahkamah Syariah, dengan kos yang minimum, yang dibiayai oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi tertentu.

Lokasi BAGUS adalah di seluruh negara, di negeri-negeri yang mempunyai cawangan-cawangan PGSM Negeri.

Anda cuma perlu buat permohonan untuk khidmat di atas melalui link
https://forms.gle/MM19JNf9uZMgrmye7

atau scan QR code berikut.

Mudah bukan??
Apa tunggu lagi??

Jika anda layak, kami akan menghubungi anda untuk temujanji anda dengan Peguam Syarie panel kami.






Sila share kepada ahli keluarga dan handai taulan.

Assalamualaikum.. semoga kalian semua berada dalam keadaan yang baik-baik dan dirahmati Allah selalu.Alhamdulillah semal...
10/02/2023

Assalamualaikum.. semoga kalian semua berada dalam keadaan yang baik-baik dan dirahmati Allah selalu.
Alhamdulillah semalam telah menjadi sejarah, saya telah diterima masuk dan ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Negeri Selangor.

Aturan Allah itu indah, tidak salah alamat, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita…
Negeri Selangor adalah tempat dibesarkan. Akhirnya, sirih p**ang ke ganggang. Dan kini saya boleh beramal dan memberikan khidmat guaman syarie kepada warga Selangor p**a..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat ini.
💕

09022023
PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR 🔓✅

Peguamsyarie.wafda

PERLU KE NAK BERJUMPA PEGUAM SYARIE NI?Semua orang berhak untuk dapatkan nasihat berkaitan masalah dan kes yang sedang d...
22/11/2022

PERLU KE NAK BERJUMPA PEGUAM SYARIE NI?

Semua orang berhak untuk dapatkan nasihat berkaitan masalah dan kes yang sedang dihadapi di Mahkamah Syariah. Selagi mana ada ruang tersebut, berjumpalah dengan mana-mana Peguam Syarie yang bertauliah.
Setiap masalah ada cara untuk diselesaikan. Setiap kesusahan yang dihadapi, pasti dihujungnya ada kemanisan yang diperolehi. Jumpa Peguam Syarie bukan bermakna perlu terus lantik Peguam Syarie…Ada je yang datang sebab nak meluah rasa dihati dan nak panduan dan nasihat. Ada yang datang sebab buntu dah tak tahu nak buat macamaner kes tergantung sepi tak tahu mana hala. Dan ada yang datang memang betul-betul perlukan khidmat peguam syarie di Mahkamah Syariah.
Tak kisah lah dalam keadaan sekalipun, jangan terus menidakkan ruang dan hak tuan-tuan dan puan-puan untuk mengetahui tentang hak, pengurusan kes di Mahkamah Syariah, dan kepentingan melantik Peguam Syarie tu…
Apa-apapun saya doakan agar dipermudahkan segala urusan kalian ya..

Peguamsyarie.wafda




❤️BULAN OKTOBER BULAN KEPUTUSAN❤️KEPUTUSAN PENGESAHAN NIKAH LUAR NEGARA ✅Alhamdulillah ambil masa 6 bulan untuk selesaik...
27/10/2022

❤️BULAN OKTOBER BULAN KEPUTUSAN❤️

KEPUTUSAN PENGESAHAN NIKAH LUAR NEGARA ✅
Alhamdulillah ambil masa 6 bulan untuk selesaikan kes ini dan Mahkamah harini mengesahkan pernikahan antara Pemohon-Pemohon dan Mahkamah memerintahkan pernikahan ini didaftarkan sewajarnya mengikut Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang di Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh.
Lama mana pun pernikahan tersebut telah berlangsung, sila lah bertanggungjawab ke atas diri dan juga pasangan untuk mengesahkan pernikahan dan didaftarkan sewajarnya di Malaysia ini.
Antara implikasi yang akan timbul susulan kegagalan pasangan yang berkahwin di luar negara mendaftarkan pernikahan di Malaysia;

❌Tiada sebarang rekod pernikahan di mana-mana pejabat agama Islam di malaysia.

❌Menyukarkan membuat sijil kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia kerana tidak mempunyai sijil nikah Malaysia.

❌Menyukarkan proses pendaftaran persekolahan anak kerana setiap pendaftaran tahun 1 perlu kepada sijil nikah ibu bapa.

❌Menyukarkan proses sebarang tuntutan di mahkamah bersabit dengan urusan pernikahan, penceraian atau tuntutan harta kerana tidak mempunyai sijil nikah Malaysia.

❌Isteri digantung tidak bertali tetapi tidak boleh menuntut haknya di Mahkamah Syariah.
Implikasi akibat tidak mendaftarkan perkahwinan luar negara amat kritikal dalam masyarakat kita sekarang ini, pembelaan terhadap hak isteri dan anak-anak tidak dapat dibantu andai perkahwinan tersebut tidak didaftarkan apatah lagi jika terbukti perkahwinan luar negara tersebut terbukti tidak sah mengikut hukum syarak(sindiket).
Andai kita mengenali atau mengetahui pasangan yang belum mendaftarkan perkahwinan mereka, sebaiknya kita memaklumkan kepada mereka peluang yang ada sekarang ini untuk mendaftarkan perkahwinan mereka.
Ambil peduli, caknalah kita akan hal ini. Sebarkan kepada mereka akan keperluan mendaftarkan pernikahan tersebut agar tidak berlaku kemaslahatan yang lebih besar kelak.
Peguamsyarie.wafda



KEPUTUSAN: FASAKH ✅Mahkamah sabit tuntutan fasakh dan Plaintif diarahkan beriddah 3 kali suci bermula pada tarikh hari i...
25/10/2022

KEPUTUSAN: FASAKH ✅

Mahkamah sabit tuntutan fasakh dan Plaintif diarahkan beriddah 3 kali suci bermula pada tarikh hari ini.
Kegagalan Defendan untuk hadir dalam prosiding setelah bukti penyampaian saman yang wajar mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana dalam peruntukan Seksyen 121 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Pahang 2002 tidak menyebabkan kes fasakh ini terhenti/tak dapat diteruskan. Mahkamah boleh mendengar kes ini dan memutuskan kes tanpa kehadiran Defendan.
Antara alasan yang dikemukakan sebagaimana Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 2005 sebagaimana berikut— S.53 1 (b); bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
S.53 1(h)(i); bahawa suami menganiayai isteri iaitu lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; dan S 53 1(l); apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
Alhamdulillah Kes selesai dalam tempoh 6 bulan. Buat anak guam, Semoga berbahagia dan cekal untuk meneruskan kehidupan yang mendatang. Jalanilah kehidupan ini dengan hati yang tenang dan gembira selalu. Semoga dipermudah urusan dimasa akan datang…
Peguamsyarie.wafda

KEPUTUSAN : HARTA SEPENCARIANKot manapun jika harta-harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan mengikut hukum syarak...
11/10/2022

KEPUTUSAN : HARTA SEPENCARIAN

Kot manapun jika harta-harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan mengikut hukum syarak ianya diisytiharkan sebagai harta sepencarian.
Apa jua sumbangan samada secara langsung mahupun tidak langsung pihak-pihak akan nilai secara adil oleh Mahkamah Yang Mulia Ini berdasarkan kepada takat sumbangan pihak-pihak. Sedikit ke banyak ke ada ke takde ke tetap akan dinilai dan lebih mengukuhkan dakwaan takat sumbangan pihak-pihak tersebut, perlulah didatangkan bersama bukti-bukti dan saksi-saksi semasa perbicaraan.
Tidak dilupa juga, Mahkamah Yang Mulia akan mengambil kira bahagian tentang keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam menentukan juga harta sepencarian ini.
Dan dihujahkan dengan merujuk kepada Kitab Al-Turuq Al-Hukmiyyah fi Al-Siasah Al- Syar’iyyah yang dikarang oleh Ibnu Qayyim Al-Juziyyah, m/s 30 sebagaimana yang dirujuk kepada kes NOOR AINI BINTI ISSAR LWN MOHD JUHARI BIN KARIM JH 31 BHG. 2 [1431H] yang bermaksud:
19
“Di antaranya ialah, di kalangan jumhur Fuqaha’ berpendapat bahawa di dalam kes tuntutan antara suami isteri yang sama-sama berusaha dalam mendapatkan harta rumahtangga dan kedai, tuntutan sedemikian hendaklah diterima berdasarkan keterangan yang membuktikan tuntutan itu. Sebenarnya di dalam persoalan ini, PEMILIKAN SESUATU HARTA ITU TIDAK DIKIRA HANYA SEMATA-MATA BERDASARKAN KEPADA NAMA TERTERA DI DALAM HARTA ITU, NAMA YANG TERTERA PADA SESUATU HARTA ITU BELUM TENTU MEMBUKTIKAN PEMILIKANNYA. Kenyataan ini adalah kerana seandainya diambilkira hak milik sesuatu berdasarkan kepada nama yang tertera, maka nescaya serban yang dipakai di kepala seseorang perampas yang merampas serban kepunyaan orang lain akan dikira sebagai serban kepunyaan perampas. Sedangkan pengiktirafan sedemikian adalah suatu kezaliman dan tidak diambilkira”

Ini juga selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas iaitu:
“Ibn Abbas telah berkata; Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (yang bermaksud) jika manusia diberikan segala dakwaannya, nescaya mereka akan mendakwa darah dan harta lelaki (orang lain) tetapi keterangan atas apa yang mendakwa dan sumpah atas yang menafikan”
Dan keputusannya, Plaintif mendapat 9/10 bahagian manakala Defendan mendapat 1/10 bahagian dari harta-harta tersebut.
tuntutlah hak kita tanpa menafikan hak yang satu lagi. Harta ini pun harta dunia, tetap akan dipersoalkan juga kemana harta ini diakhirat kelak. Semoga yang masih berjuang menuntut harta sepencarian diberikan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan kalian.
Peguamsyarie.wafda



NAFKAH ANAKKesudahannya, kes tuntutan berkaitan nafkah anak pada harini yang sepatutnya ditetapkan untuk bicara dapat di...
25/08/2022

NAFKAH ANAK

Kesudahannya, kes tuntutan berkaitan nafkah anak pada harini yang sepatutnya ditetapkan untuk bicara dapat direkodkan persetujuan pihak-pihak sebagai satu perintah Mahkamah Syariah atas bantuan dan nasihat dari Peguam Syarie yang berusaha untuk selesaikan dengan cara baik. Syukur alhamdulillah…

Hasil perbincangan bersama dan kerjasama dari Defendan sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab dan faham tentang kewajipan untuk menanggung nafkah anak-anak, maka persetujuan nafkah anak-anak tersebut direkodkan sebanyak RM900 bagi ketiga-tiga orang anak dan dimasukkan secara terus ke dalam akaun Plaintif iaitu ibu..
Mudah-mudahan Defendan tetap terus menanggung nafkah anak-anak tersebut sehingga anak-anak tersebut mencapai usia 18 tahun dan/atau ada perintah sebaliknya…

Peguamsyarie.wafda



Pentingnya untuk Daftar Nikah Luar Negara di Malaysia sesegera yang boleh untuk elak kesusahan dimasa akan datang.Kes in...
28/07/2022

Pentingnya untuk Daftar Nikah Luar Negara di Malaysia sesegera yang boleh untuk elak kesusahan dimasa akan datang.
Kes ini pun ambil masa 2 tahun disebabkan pandemik covid-19 untuk disahkan pengesahan nikah tersebut berikutan untuk melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan dan laporan dari Pejabat Agama..
Alhamdulillah, setelah meneliti semua dokumen dan keterangan pihak-pihak Mahkamah luluskan pernikahan tersebut.

Peguamsyarie.wafda


Beruntungnya kita yang masih punyai pasangan hidup. Hargailah pasangan masing-masing sehingga menutup mata….selamat memb...
24/06/2022

Beruntungnya kita yang masih punyai pasangan hidup. Hargailah pasangan masing-masing sehingga menutup mata….selamat membahagiakan pasangan masing-masing 💕

Peguamsyarie.wafda



Address

Kajang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60129733155

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Wafda Kamilen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie Wafda Kamilen:

Share