Perunding Keluarga/ Peguam Syarie

Perunding Keluarga/ Peguam Syarie Peguam Syarie | Khidmat Nasihat & Kaunseling | Wasiat, Hibah & Faraid | Jenayah Syariah

29/04/2026

Sejak dua menjak ni, banyak p**a melawat Mahkamah Syariah Putrajaya.

Hari ni selesai untuk pemfailan Pembelaan Defendan secara pentadbiran bagi kes Pengesahan Lafaz Cerai. Proses pemfailan Pembelaan Defendan ni penting supaya kedua-dua pihak dapat memberikan fakta yang jelas di hadapan Hakim. Biar mahkamah teliti dari sudut rukun dan syarat sah cerai. Kita ikut prosedur, insya-Allah urusan jadi lebih teratur.

Saja kongsi supaya kita semua lebih peka. Perkahwinan itu bermula dengan cara yang sah, maka jika ada pengakhiran pun, biarlah ia diselesaikan dengan cara yang sah mengikut undang-undang

16 April 2026 | Dari Shah Alam ke PutrajayaHari ini dimulakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dengan menghadiri ses...
16/04/2026

16 April 2026 | Dari Shah Alam ke Putrajaya

Hari ini dimulakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dengan menghadiri sesi bicara serta proses temu bual anak-anak oleh YA Hakim bagi kes hak jagaan anak kekal. Setiap detik di dalam mahkamah mengingatkan bahawa kes sebegini bukan sekadar berkaitan prosedur undang-undang, tetapi menyentuh masa depan seorang anak dan kesejahteraan sebuah keluarga.

Saya kemudian ke Putrajaya bagi urusan pemfailan dokumen di Mahkamah Tinggi Syariah di Istana Kehakiman, Putrajaya. Walaupun tugasan ini adalah sebahagian daripada rutin, ia tetap membawa satu amanah besar untuk memastikan setiap proses berjalan dengan teliti dan berintegriti.

Alhamdulillah atas kesempatan berkhidmat dan semoga setiap usaha hari ini membawa kebaikan kepada semua pihak yang terlibat.

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterang...
07/03/2026

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah."
-Surah al-Baqarah: 185

Al-Quran bukan sekadar hiasan di rak, tapi pedoman sepanjang hayat. Peristiwa Nuzul al-Quran mengingatkan kita tentang mukjizat terbesar yang diturunkan sebagai cahaya penunjuk jalan dari kegelapan.

Semoga keberkatan Hari Nuzul al-Quran ini mendekatkan lagi hati kita dengan kalam Allah. Mari kita azamkan untuk tidak sekadar membaca, tetapi memahami dan mengamalkan isi kandungannya.

“Ya Allah, jadikanlah Al-Quran itu sebagai penyejuk hati kami, cahaya bagi dada kami, pelenyap bagi kesedihan kami dan penghilang bagi keresahan kami”
Amiinn Ya Rabbal ‘Alamin🤲🏻

Salam Nuzul Al-Quran dari Wafiy Azlan & Co

19/02/2026

Salam Takziah

Dukacita dimaklumkan bahawa Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad, mantan Ketua Hakim Negara, telah kembali ke rahmatullah pada 19 Februari 2026 bersamaan 1 Ramadhan 1447H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻

Tulus ikhlas daripada:
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Hadir bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan ini merupakan peluang terbaik untuk kita mempertingkatkan amal i...
19/02/2026

Hadir bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan ini merupakan peluang terbaik untuk kita mempertingkatkan amal ibadah serta memperbaiki diri.

Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita bermuhasabah diri, memperbanyakkan doa, memperkukuh kesabaran serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Marilah kita sama-sama memanfaatkan setiap detik yang dikurniakan dengan memperbanyakkan solat sunat, membaca al-Quran, bersedekah dan melakukan amal kebajikan.

Semoga segala ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadikan kita insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa ✨

27.01.2026 | Mahkamah Tinggi Syariah Shah AlamSemalam hadir bagi prosiding kes yang melibatkan Pengesahan Hibah Lisan. S...
28/01/2026

27.01.2026 | Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam

Semalam hadir bagi prosiding kes yang melibatkan Pengesahan Hibah Lisan.

Sebelum harta-harta si mati di faraidkan, salah satu perkara yang perlu diselesaikan adalah hibah sekiranya si mati / arwah ada melakukannya.

Secara dasarnya, hibah secara lisan adalah sah sekiranya memenuhi rukun hibah:

1. Pemberi Hibah
2. Penerima Hibah
3. Harta yang dihibahkan
4. Ijab & Qabul
5. Qabd

Wallahualam

Alhamdulillah ala kulli hal, kes pertama 2026 yang telah selesai dengan mahkamah mengesahkan bahawa perkahwinan pemohon-...
22/01/2026

Alhamdulillah ala kulli hal, kes pertama 2026 yang telah selesai dengan mahkamah mengesahkan bahawa perkahwinan pemohon-pemohon adalah sah mengikut Hukum Syarak dan perlu didaftarkan sebagaimana yang diperuntukan.

📍 Mahkamah Tinggi Syariah Manjung

✨ Salam Israk Mikraj ✨  Semoga peristiwa agung Israk Mikraj ini mengingatkan kita tentang kepentingan solat sebagai tian...
17/01/2026

✨ Salam Israk Mikraj ✨

Semoga peristiwa agung Israk Mikraj ini mengingatkan kita tentang kepentingan solat sebagai tiang agama, serta menguatkan iman dan ketaqwaan dalam setiap langkah kehidupan.

Moga kita terus diberi kekuatan untuk memperbaiki diri, mendekatkan hati kepada Allah, dan istiqamah dalam ibadah. 🤍

Israk Mikraj: perjalanan penuh hikmah, pengajaran, dan kasih sayang Ilahi. 🌙🕌

24.12.2025Alhamdulillah ala kulli halKes terakhir untuk tahun 2025 ini membawa erti penuh makna buat saya. Mahkamah memu...
25/12/2025

24.12.2025

Alhamdulillah ala kulli hal

Kes terakhir untuk tahun 2025 ini membawa erti penuh makna buat saya. Mahkamah memutuskan bahawa lafaz cerai secara kinayah yang diucapkan oleh suami adalah tidak sah dan cacat, makanya pasangan ini masih kekal sebagai suami isteri.

Pihak-pihak juga bersetuju untuk berbaik semula dan berjanji untuk memperbaiki rumah tangga. Alhamdulillah ❤️

📍Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur

16/12/2025

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YB Senator Profesor Dr. Zulkifli Hasan atas pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Tulus Ikhlas daripada :
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Address

Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Telephone

+60182974830

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Keluarga/ Peguam Syarie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Perunding Keluarga/ Peguam Syarie:

Share