Peguam Syarie - Bidayatun Solehah

Peguam Syarie - Bidayatun Solehah Peguam Syarie di negeri
Johor, wilayah-wilayah persekutuan & Melaka

Mengendalikan kes-kes Mahkamah Syariah seperti tuntutan Perceraian, Pengesahan Lafaz Cerai, Fasakh, Taklik, Khuluk, Nafkah Diri, Iddah & Nafkah Anak , Mutaah, Harta Sepencarian, Hak Jagaan Anak, Poligami, Wasiat ,Hibah, Faraid dan lain-lain kes Mahkamah Syariah.

09/09/2026

🌸 JOM SERTAI SIMPOSIUM KAUNSELING 🌸
As
“Pengurusan Konflik Dalam Perkahwinan”

❤️ “Kita masih sayang, cuma cara kita berbeza.” ❤️

Rumah tangga bukan tentang tidak pernah bergaduh atau berkonflik, tetapi tentang bagaimana kita belajar memahami, mengurus dan menyelesaikan konflik dengan cara yang lebih baik.

Justeru, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor menjemput 125 pasangan sahaja untuk menyertai Simposium Kaunseling: Pengurusan Konflik Dalam Perkahwinan.

✨ Apa yang menarik?
🎁 Conflict Care Kit
🍽️ Sarapan & jamuan disediakan
💰 Penyertaan percuma
👩‍❤️‍👨 Terbuka kepada 125 pasangan sahaja

📅 1 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 7.30 pagi – 2.00 petang
📍 KSL Hotel Resort, Johor Bahru

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas QR Code pada poster.

⏳ Tarikh tutup penyertaan: 22 September 2026 (Selasa)

Jangan biarkan konflik menjadi jarak.
Belajar untuk kembali memahami, menghargai dan menguatkan hubungan bersama. 💚

“Kita Masih Sayang, Cuma Cara Kita Berbeza.”

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
013-742 4181 (Puan Suhadak)



Ada masalah rumah tangga, janganlah semuanya dibawa ke media sosial.Saya makin tak selesa melihat kecenderungan hari ini...
08/09/2026

Ada masalah rumah tangga, janganlah semuanya dibawa ke media sosial.

Saya makin tak selesa melihat kecenderungan hari ini apabila berlaku masalah dengan pasangan, media sosial menjadi tempat pertama untuk meluah.

Satu demi satu keburukan pasangan diceritakan. Hal yang selama ini tersimpan dalam rumah, akhirnya diketahui ribuan orang.

Apabila terlalu terbuka bercerita, kita bukan sahaja membuka aib, tetapi membuka ruang kepada perbalahan yang lebih besar.

Akhirnya cerita rumah tangga kita menjadi bahan perdebatan netizen.

Orang yang tidak mengenali kita, tidak pernah hidup bersama kita, tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, mula membuat andaian, menghukum dan memilih pihak.

Sedangkan dalam setiap konflik rumah tangga, setiap pihak ada cerita masing-masing. Ada perkara yang hanya suami dan isteri tahu.

Apa yang kita baca di media sosial selalunya hanyalah sebahagian daripada sebuah cerita yang panjang.

Lebih membimbangkan, kesannya bukan kepada orang yang meluah sahaja.

Ada keluarga. Ada ibu bapa. Dan paling utama, ada anak-anak.

Hari ini mungkin mereka masih kecil dan belum memahami apa yang ditulis. Tetapi suatu hari nanti mereka akan membesar.

Mereka boleh membaca, mendengar dan mengetahui bagaimana kisah ibu dan ayah mereka pernah menjadi bahan perbualan orang ramai.

Ia boleh memberi kesan kepada emosi dan kehidupan sosial mereka. Ada yang mungkin berasa malu, rendah diri atau terbeban dengan konflik yang sebenarnya bukan pilihan mereka.

Kalau ada masalah rumah tangga, selesaikanlah di tempat yang sepatutnya. Berbincang secara matang.

Dapatkan bantuan keluarga yang dipercayai, kaunselor, pihak agama atau saluran undang-undang jika perlu.

Tak semua yang kita rasa perlu diluahkan kepada dunia.

Menjaga aib ketika sedang marah jauh lebih sukar daripada bercerita. Tetapi di situlah letaknya kematangan.

Tapi tulah…

Cerita rumah tangga, buka keburukan pasangan, saling sindir dan mengumpat di media sosial memang cepat “hit”. Mudah trending. Ramai p**a yang mahu mengikuti sambungannya seperti sebuah drama bersiri.

Apa boleh buat. Cerita begitulah yang nampaknya lebih menarik perhatian masyarakat kita. 🥹

Sebab itu bukan individu sahaja yang perlu berubah. Kita sebagai masyarakat juga perlu berubah.

Jangan jadikan aib rumah tangga orang sebagai hiburan. Jangan tambah minyak pada api yang sedang membakar sebuah keluarga.

Ada cerita yang tidak perlu kita tahu.

Dan ada cerita yang lebih baik diselesaikan di balik pintu, bukan di hadapan seluruh dunia.

29/04/2026

Komunikasi yang baik adalah kunci utama membina rumahtangga yang harmoni, penuh kasih sayang dan saling memahami, maka marilah kita bersama-sama memperbaiki cara berkomunikasi demi kebahagiaan keluarga yang berkekalan dan diredai.



Address

No 42B, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie - Bidayatun Solehah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie - Bidayatun Solehah:

Share