Hajjah Faizah Partner

Hajjah Faizah Partner We provide all sorts of legal service including syariah matter.

Entah kenapa :Sebelum raya haritu,  lepas tu bersambung p**ak lepas raya ni, ramai betul pasangan yang failkan kes mohon...
25/04/2024

Entah kenapa :

Sebelum raya haritu, lepas tu bersambung p**ak lepas raya ni, ramai betul pasangan yang failkan kes mohon cerai atau pengesahan lafaz cerai.

Kebanyakan pasangan muda.
Umur antara awal 20-an hingga 30-an.
Samada baru berkahwin atau sudah agak lama juga.
Samada belum ada anak atau dah beranak-pinak.

Seram p**ak jadinya.

Apa dah jadi dengan institusi perkahwinan sebenarnya ?
Seolah-olah sudah jadi sangat rapuh.

Ramai antara pasangan itu yang kahwin pada usia sangat muda dan tak matang.
Umur 17 tahun gatal bercinta then terpaksa kahwin sebab dah terlanjur.

Masing-masing muda, masing-masing senang ikut emosi.
Gaduh sikit cerai, gaduh sikit lari rumah mak ayah lepas tu dah tak nak duduk sebumbung.

Sebab tu untuk mak ayah yang ada anak-anak yang masih belum berkahwin walaupun umur dah agak banyak, jangan lah risau.
Jangan lah paksa anak untuk kahwin cepat.
Atau s**a banding-bandingkan anak orang dah kahwin anak aku belum.

Adik-beradik pun jangan lah s**a menganjing kalau ada adik-beradik lain yang masih belum berkahwin, atau calon pun tak de.

Zaman sekarang ni, lagi lambat kahwin, lagi bagus sebenarnya.
Biar betul-betul matang, faham tanggungjawap suami atau isteri, kerja dah stabil baru kahwin.

Atau jika ditakdirkan Allah tak berjumpa jodoh di dunia, tunggu je lah jodoh di akhirat.
Lagi nikmat insyaAllah.

Apalah guna cepat kahwin tapi banyak masalah berbanding dengan lambat kahwin tapi hidup tenang, kan?

Semoga yang baik-baik saja Allah takdirkan untuk kita.

Lafaz cerai talak tiga :Jika sudah dilafaz, sempurna semua rukun, maka kena lah terima hakikat :Talak itu memang sabitny...
02/04/2024

Lafaz cerai talak tiga :

Jika sudah dilafaz, sempurna semua rukun, maka kena lah terima hakikat :

Talak itu memang sabitnya tiga;
tidak boleh rujuk;
Hanya boleh bernikah semula dengan bekas isteri itu setelah bekas isteri bernikah dengan lelaki lain, bersetubuh dengannya dan kemudian bercerai (muhallil).

Ulasan hakim :
Kuasa suami untuk mentalak, tidak patut digunakan sewenang-wenangnya, apatah lagi 3 talak terus.

Jika tujuan untuk memberi pengajaran pada isteri, mengapa perlu melalui talak, 3 p**ak tu?

Alasan tidak tahu implikasi talak 3 tidak boleh rujuk lagi tidak boleh diterimapakai.
Sepatutnya perkara berkaitan nikah cerai pasangan suami isteri perlu belajar dan ambik tahu.

Nasi sudah menjadi bubur.
Setakat itu saja yang saya boleh bantu.

Semoga menjadi pengajaran untuk semua :
jangan main-main dengan perkataan "TALAK/CERAI".

* Hajjah NorFaizah binti Zainudin
Peguam Syarie Negeri Johor *

Boleh ke seorang isteri bercerai dengan suami, sedangkan suaminya  tak nak ceraikan dia?Dan isteri tu tak nak buat kes f...
24/02/2024

Boleh ke seorang isteri bercerai dengan suami, sedangkan suaminya tak nak ceraikan dia?

Dan isteri tu tak nak buat kes fasakh sebab tak nak dedahkan apa yang suami telah memperlakukan dia?

Atau,
isteri tidak ada jumlah saksi yang cukup untuk failkan kes fasakh?

Jawapannya :
BOLEH.

Iaitu melalui prosidur Jawatankuasa Pendamai ~ Hakam Keluarga ~ Hakam Mahkamah.

InsyaAllah akhirnya bercerai dengan cara Hakam Mahkamah bagi pihak suami melafaz cerai terhadap isteri itu.

Untuk info lebih lanjut, boleh hubungi saya :
Hajjah NorFaizah binti Hj Zainudin
Peguam Syarie Negeri Johor.

Bukan tak pernah terjadi.Selalu.Lepas kawen, putus habis hubungan dgn emak ayah. Tak kenal dah adik-beradik. Lupa dah sa...
24/02/2024

Bukan tak pernah terjadi.
Selalu.

Lepas kawen, putus habis hubungan dgn emak ayah. Tak kenal dah adik-beradik. Lupa dah saudara-mara.

Senyap sunyi menyepi tanpa berita.

Konon kerana taatkan suami konon.
Konon syurga isteri sudah bertukar bawah tapak kaki suami konon.

Ada suami larang isteri berhubung dgn keluarga selepas kawen. Isteri pon jadi sombong sebab dpt suami orang kaya.

B*k je perkhwnan yg tak kekal lama sebab buat tak tentu pd emak ayah. Buat mereka sedih. Buat mereka merana.

Selalu-selalu lah jengah emak ayah walaupun dah berkeluarga sendiri. Mereka rindu kita.
Jengahlah mereka, ya, sementara mereka ada.

*al fatihah buat yg telah tiada*

Dengarkan bicara Dari Hati bersama YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Ment...
19/02/2024

Dengarkan bicara Dari Hati bersama YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya SUHAKAM jam 9 malam ini.

Perkongsian berkaitan “Angkara Orang Ketiga”. Kongsikan soalan anda bersama kami.

Sihir ke tak ? ::Almost setiap kali jika klien saya di "back-up" oleh kawan-kawan atau ahli keluarga yang pandai ubat-ub...
15/02/2024

Sihir ke tak ? ::

Almost setiap kali jika klien saya di "back-up" oleh kawan-kawan atau ahli keluarga yang pandai ubat-ubat bab sihir dan mereka datang juga berjumpa saya bersama klien, mereka memang sentiasa kata klien saya kene sihir oleh pasangannya (isteri atau suami).

Klien tak lalu makan dia kata klien saya kena sihir di kerongkong;
Klien lembik tak larat bangun dan melawan bila dipukul dia kata badan klien saya kene ikat dengan tali ghaib;
Klien saya bagi duit atau ATM kad dia pada suami, dia kata klien saya sihir pelemah supaya sentiasa cair dengan kata-kata suami dia.

Pendek kata,
Semua yang dibuat yang jadi tak betul tu semua penangan sihir.

Betul ke begitu sebenarnya?
Atau kerana dia percaya dan taksub sangat dengan sihir maka semuanya dikaitkan dengan sihir?

Walaupun sebenarnya klien saya jadi lemah sebab sudah beberapa hari tak lalu makan kerana tekanan melampau yang dialaminya;

Badan jadi lemah sangat tak larat melawan bila dipukul adalah kerana klien saya sangat takut dengan suami si kaki belasah.

Kad ATM atau gaji diserah semua kepada suami p**a sebab ilmu yang cetek dan sangat percaya isteri memang patut beri ketaatan mutlak tanpa berbelah bagi kepada suami.

Untuk klien yang begini dan para penasihat mereka, saya selalunya berlapang dada saja.
Angguk je lah.
Sambil senyum-senyum kambing sikit.

Saya bukan tak percaya kewujudan unsur sihir ini.
Ia memang ada, tidak dinafikan.

Tapi untuk mengaitkan semua perkara yang berlaku dengan sihir yang kadang-kadang hingga tak masuk akal, memang bukan itu caranya.

Yang penting,
Kita ada Allah dan Allah lah tempat kita berlindung.
Dengan Allah saja lah tempat kita memohon pertolongan.

Jangan sampai terlalu percaya pada sihir hingga kita lupa "tempat" Allah itu lebih tinggi dari si tukang sihir. ,

Come what may,
Allah is the super strongest and our saviour at all times !!

Untuk yang tengok drama ni,  saman terhadap pihak ketiga yang mengganggu rumahtangga orang  sepatutnya bukan difailkan o...
12/01/2024

Untuk yang tengok drama ni,
saman terhadap pihak ketiga yang mengganggu rumahtangga orang sepatutnya bukan difailkan oleh peguam.

Dalam drama ni, peguam Ida yang failkan dan menyerah saman kepada Maya iaitu pihak yang dikatakan mengganggu rumahtangga Dani & Ida.

Tu tak betul tu.

Kes berkaitan gangguan pihak ketiga adalah di bawah Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam negeri yang berdekatan.

Mangsa perlu buat aduan di unit di atas dan aduan akan disiasat secara terperinci oleh Pegawai Penguatkuasa dan jika ada bukti kes akan didakwa di Mahkamah Syariah.

Bukan peguam yang buat dakwaan dan tuntutan ini.
Tugas peguam adalah untuk mewakili pihak ketiga bagi membela pihak ketiga terhadap dakwaan tersebut.

Kenapa saya jelaskan tentang ini ?

Sebab :
saya sudah banyak kali dihubungi oleh mangsa rumahtangga mereka yang diganggu oleh pihak ketiga.

Mereka mintak saya saman pihak ketiga yang mengganggu rumahtangga mereka

So cannot lah ye.

Sebarang aduan tentang gangguan pihak ketiga kene pergi direct ke unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jabatan Agama Islam.

Semoga paham.

* drama melayu macam biasalah tak buat research betul-betul *

** meow-meow ni ialah pihak pertama, pihak kedua, pihak ketiga dan pihak keempat 🤩🤩🤩 **

Teringat saya satu masa dulu pada praktikal student nan seorang ini :Dia baca files syariah saya sambil gelak-gelak dan ...
13/12/2023

Teringat saya satu masa dulu pada praktikal student nan seorang ini :

Dia baca files syariah saya sambil gelak-gelak dan kata :

" apada....
sikit punya pasal pun nak bercerai...
sikit-sikit cerai...sikit-sikit cerai "

Saya sabor je masa tu sebab menganggap dia masih tidak matang (walaupun result exam dia sentiasa flying colours).

Tak pe lah ..
As time goes by, saya doa kan dia ini akan dapat melihat perkahwinan dari sudut pandang yang lebih luas lagi, sementelahan p**a dia sekarang sudah ada keluarga sendiri.

Yang utamanya,
saya harap semoga sekarang dia sudah mula sedar :
masalah rumahtangga boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

So
jangan ketawakan,
jangan mengejek dan
jangan menghina orang yang ada masalah rumahtangga.

Kita belum tau lagi apa yang Allah nak uji kita.

Salah faham tentang isu hak jagaan anak :Salah faham 1 : ❌Jika selepas bercerai, anak tinggal dengan ibu, maka secara ot...
28/11/2023

Salah faham tentang isu hak jagaan anak :

Salah faham 1 : ❌
Jika selepas bercerai, anak tinggal dengan ibu, maka secara otomatik, ibu lah yang dapat hak jagaan anak itu.

Yang betul: ✔️
selepas bercerai, jika tiada sebarang Perintah mahkamah yang merekodkan ibu ada lah penjaga anak itu, dan ibu berhasrat untuk menjaga anak itu,
ibu hendaklah buat permohonan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dapatkan hak jagaan tersebut.

Salah faham 2 : ❌
Ibu dan bapa anak membuat surat akuan sumpah menyatakan persetujuan siapa yang dapat hak jagaan anak dan menganggap akuan sumpah itu adalah perjanjian yang sah dan berkuatkuasa.

Yang betul : ✔️
Permohonan hak jagaan anak perlu dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah untuk dapatkan Perintah hak jagaan.

Selain dari Perintah Mahkamah Syariah, sebarang dokumen lain ada lah tak LAKU termasuk akuan sumpah.

Salah faham 3 : ❌
Anak lelaki penjaganya adalah bapa,
anak perempuan penjaganya ibu.

Yang betul : ✔️
Ibu atau bapa masing-masing boleh men dapat hak jagaan anak lelaki atau anak perempuan.

Di dalam enakmen tidak ada langsung menyebut tentang jantina anak yang patut dijaga oleh ibu atau bapa.

Salah faham 4 : ❌
Ibu yang tidak bekerja tidak boleh dapat hak jagaan anak.

Yang betul : ✔️
Ibu yang tidak bekerja masih boleh dapat hak jagaan anak.

Tanggungjawap memberi nafkah anak itu adalah tanggungjawap bapa jadi tak de masalah jika ibu tidak bekerja mendapat hak jagaan anak.

-----------------

Jika anda ada sebarang kemusykilan tentang perkara berkaitan undang-undang, hendaklah rujuk kepada orang yang arif tentang undang-undang.

Maksudnya : peguam.

Jangan bandingkan cara penyelesaian kes anda dengan cara penyelesaian kes orang lain.

Lain orang, lain fakta kes dan pastinya lain cara penyelesaiannya.

* ni peguam punya kucing.
nama dia Khairul Izzudin 🤩 *

Catatan saya setahun yang lepas :---------------Lagi cerita pasal orang yang dah kahwin ada skandal dengan orang lain :D...
20/10/2023

Catatan saya setahun yang lepas :

---------------

Lagi cerita pasal orang yang dah kahwin ada skandal dengan orang lain :

Dulu-dulu,
banyak saya handle kes suami orang ada skandal dengan perempuan lain.
Perempuan single belum berkahwin.

Tapi lately,
suami orang ada skandal dengan isteri orang.
Isteri orang ada skandal dengan suami orang.

Macam dah jadi lumrah dah sekarang.

Sampai lahirkan anak zina pun ada.
Nauzu billahi min zalik, ya Allah !!

Jauhkanlah maksiat macam tu berlaku dalam zuriat keturunan kita.

Sebab tu bila ada klien perempuan/isteri datang jumpa saya dan mengaku sendiri yang suami dia nak cerai kan dia sebab dia telah berzina dengan lelaki lain, saya jadi terkedu sekejap.

Fikir.

Saya pandang muka klien tu...

Macamana boleh jadi macam tu.
Tak rasa berdosa ke?

Makanya,
berbalik lah kita pada apa yang Allah kata dalam al-Quran
Don't ever hampiri zina.

Hubungan lelaki perempuan ajnabi ni banyak setan sekeliling.
Mula-mula berbaik-baik bual-bual gurau-gurau dengan rakan sekerja lelaki perempuan.

Lepas tu mula panggil "sayang".
Lepas tu rindu-rindu.
Tak nampak muka tak boleh tido malam.

Lepas tu mula cerita masalah antara sama lain.

Maka time ni banyak lah konon kekurangan pasangan dikongsikan dengan skandal.

Kalau iman tak kuat, maka itu lah jadinya berakhir di ranjang.
Jangan pelik jika ada juga yang sanggup check-in hotel during lunch hour especially hari Jumaat.

Takut kan?

So hati-hati lah kita semua.
Jangan ada hubungan rapat dengan yang berlainan jantina.

Sama-sama lah kita jaga solat 5 waktu (sebab ada klien kata dia solat tapi 2 atau 3 waktu je).

InsyaAllah,
semoga dengan solat itu Allah lindungi kita dari sebarang keji dan munkar.

Ameen!

* nak post juge muka lawyer yang selalu pening-pening lalat 🥱🥱🥱 *

** Hajjah NorFaizah binti Haji Zainudin
Peguam Syarie Negeri Johor **

Post ni ditujukan kepada Penghulu atau ketua kampung atau sesiapa yang berurusan dengan orang awam tapi sombong, berlaga...
18/10/2023

Post ni ditujukan kepada Penghulu atau ketua kampung atau sesiapa yang berurusan dengan orang awam tapi sombong, berlagak dan s**a menyusahkan orang (mohon terasa) :

Sudah beberapa kali klien-klien saya bagitau yang mereka sangat susah untuk berurusan dengan Penghulu, in particular.

(khidmat penghulu diperlukan untuk keluarkan surat akuan pemastautin bagi mereka yang nak failkan kes di daerah tempat mereka tinggal tapi alamat dalam ic bukan di daerah itu.
Ini adalah prosidur berkaitan bidangkuasa mahkamah).

Sakit juga hati saya bila klien cerita katanya penghulu tak nak beri kerjasama, atau berurusan dalam bahasa kasar dan menengking-nengking.

Ada sekali tu klien mengadu dia kata penghulu tak nak keluarkan akuan pemastautin sebab wali klien belum sign surat untuk nikah.

Sedangkan tujuan akuan pemastautin dibuat adalah untuk failkan kes wali hakim kerana klien tak de wali.
Dia muallaf.

Dimarahnya klien tu sampai nanges-nanges call saya tanya kenapa susah sangat dia nak nikah.
Memang Islam susah macam gitu ke, dia tanya.

"orang lain pun ditengkingnya, hajjah".

Dan ini bukan kes pertama yang saya jumpa penghulu jenis sombong dan marah-marah.

Penghulu je ponnnnn🙄🙄🙄

Ada sekali tu, saya tolong call kan penghulu untuk explain kenapa klien saya sangat perlu kepada akuan pemastautin.
Tapi belum sempat saya explain habis, dia dah marah-marah dan putuskan talian.
(aku rasa nak mencarut je, tau !)

So untuk yang jenis sombong macam ni, tolong lah ubah perangai.
Janganlah susahkan benda yang mudah.

Kalau memang betul itu prosidurnya, cakap lah elok-elok.
Tak payah nak tengking-tengking, jerit-jerit.

Kenapa mesti jadi sombong sangat.
Muka tak nak senyum, lepas tu perasan macam bagus !

Kesian klien saya tu, dah lah muallaf.
Saya ni kalau klien nak buat permohonanan wali hakim insyaAllah saya seboleh mungkin mudahkan mereka.
Terutama jika mereka muallaf.

Mudahkan urusan mereka untuk berkahwin.
Kan dapat pahala.

So letak tepilah sikap sombong, berlagak dan rasa diri lebih mulia dari orang lain.

Kalau nak sombong dan berlagak, saya yang peguam ni pun rasanya jenis tak berlagak.

Berlagak ke saya? 😆
(tapi kalo orang berlagak dengan aku, aku balas balik😎)

* Hajjah NorFaizah binti Haji Zainudin
Peguam Syarie Negeri Johor *

Address

Johor Bahru

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60127041307

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hajjah Faizah Partner posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hajjah Faizah Partner:

Share

Category