ZUL AZAM & CO - ZACOJBSI

ZUL AZAM & CO - ZACOJBSI Advocates & Solicitors | Syarie Counsel

01/09/2026

🏠 DAH SIGN SPA, KENAPA KUNCI RUMAH MASIH TAK DAPAT? πŸ”‘

Ramai yang ingat bila dah sign SPA, dah selesai semua dan boleh terus tunggu kunci. πŸ˜„

Sebenarnya proses pembelian rumah masih ada beberapa peringkat yang perlu diselesaikan selepas SPA ditandatangani.

Antaranya proses pinjaman, dokumentasi, pendaftaran, pelepasan bayaran dan bergantung juga kepada jenis hartanah serta status hak milik.

Jadi, berapa lama sebenarnya proses beli rumah sampai boleh dapat kunci? ⏳

πŸŽ₯ Jom tengok video ni sampai habis. Kami explain secara ringkas supaya pembeli rumah lebih faham apa yang berlaku selepas sign SPA.

Nak beli rumah? Jangan hanya tahu harga rumah β€” faham juga prosesnya. 🏠

πŸ“² Untuk sebarang pertanyaan berkaitan urusan hartanah dan dokumentasi, boleh hubungi Zul Azam & Co.

Send a message to learn more

Bukan Sekadar Rakan Sekerja, Tetapi Satu Pasukan 🀝Hari ini, kami meluangkan sedikit masa untuk menikmati makan tengah ha...
27/08/2026

Bukan Sekadar Rakan Sekerja, Tetapi Satu Pasukan 🀝

Hari ini, kami meluangkan sedikit masa untuk menikmati makan tengah hari bersama Marketing Manager dan warga kerja Tetuan Zul Azam & Co.

Dalam kesibukan menguruskan tugasan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, masa sebegini menjadi ruang untuk kami berinteraksi dengan lebih santai, bertukar cerita dan mengeratkan hubungan sesama team.

Kami percaya, pasukan yang kuat bukan hanya dibina melalui kerja yang baik, tetapi juga melalui komunikasi, kepercayaan dan hubungan yang baik antara satu sama lain.

Semoga kebersamaan ini terus menjadi kekuatan kami untuk memberikan yang terbaik dalam setiap urusan.

24/08/2026

🏠 Beli Rumah, Kenapa Duti Setem Kena Bayar Banyak Kali?

Ramai pembeli ingat beli rumah cuma bayar satu duti setem… rupanya ada beberapa dokumen dalam urusan pembelian rumah yang boleh dikenakan duti setem.

Jom fahamkan dokumen apa yang dikenakan duti setem & kenapa perlu bayar lebih daripada sekali.

16/08/2026

Rumah Mak Ayah Nak Pindah Milik Kepada Anak?

Ramai yang tak tahu, pindah milik harta antara ibu bapa dan anak atas dasar kasih sayang mempunyai layanan khas dari segi duti setem.

Sebelum buat apa-apa, kenali dulu syarat dan pengecualian yang ada. Jangan sampai terlepas peluang untuk jimat kos.

09/08/2026

🏠 NAK JUAL RUMAH YANG MASIH ADA LOAN BANK? INI DOKUMEN YANG ANDA WAJIB TAHU!

02/08/2026

Rumah Atas Nama Suami? Isteri? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pindah Milik Kasih Sayang.

Ramai sangka setiap pertukaran nama rumah mesti kena bayar duti setem. Sebenarnya, bagi pindah milik hartanah antara suami dan isteri atas dasar kasih sayang, terdapat pengecualian duti setem 100% tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Dalam video ini, kami kongsikan syarat-syarat penting yang perlu dipenuhi sebelum membuat pindah milik.

πŸ“© Ada persoalan tentang pindah milik, hibah atau urusan hartanah? Tinggalkan komen atau hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan.



Send a message to learn more

19/07/2026

β€œBeli rumah secara CASH tak semestinya urusan jadi lebih mudah.”

Ramai beranggapan bila tiada pinjaman bank, tak perlu lagi melibatkan peguam. Hakikatnya, di sinilah ramai yang terlepas pandang tentang risiko yang boleh berlaku.

Dalam video ini saya kongsikan kenapa saya tetap mengesyorkan pembeli dan penjual mendapatkan khidmat peguam walaupun pembelian dibuat secara tunai.

πŸ“Œ Jangan tunggu masalah berlaku baru nak cari penyelesaian.

Tonton sampai habis dan kongsikan kepada keluarga atau rakan yang bercadang membeli rumah secara cash.



Fauzi Mohamed Noor
Norliza OA

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Maaf Zahir dan Batin daripada kami di seluruh warga firma.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan buat anda sekeluarga.

Hati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi ❀️


10/03/2026

Iftar bersama staff Zul Azam & Co dan Agent.

23/02/2026

PERANAN PEGUAM DALAM TRANSAKSI JUAL BELI HARTANAH

Dalam setiap urusan jual beli hartanah, peranan peguam adalah penting bagi memastikan transaksi dilaksanakan secara sah, teratur dan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Antara tanggungjawab utama peguam adalah:

πŸ“Œ Menyediakan dan menyemak Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement – SPA)

πŸ“Œ Menjalankan carian rasmi di Pejabat Tanah bagi memastikan status pemilikan dan sekatan kepentingan

πŸ“Œ Menguruskan dokumentasi pindah milik hartanah

πŸ“Œ Mengendalikan dokumentasi pinjaman bank (jika berkenaan)

πŸ“Œ Memastikan terma pembayaran dipatuhi serta melindungi kepentingan klien

πŸ“Œ Memberikan nasihat perundangan berkaitan hak dan liabiliti pihak-pihak terlibat

Peguam bertindak sebagai pihak berkecuali yang memastikan keseluruhan proses berjalan lancar dan selamat dari sudut perundangan.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat atau pengendalian transaksi hartanah, hubungi pihak kami untuk konsultasi lanjut.

Address

7-01 Jalan Setia 3/4 Taman Setia Indah
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 08:45 - 17:45
Tuesday 08:45 - 17:45
Wednesday 08:45 - 17:45
Thursday 08:45 - 17:45
Friday 08:45 - 17:45

Telephone

+6073510272

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ZUL AZAM & CO - ZACOJBSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to ZUL AZAM & CO - ZACOJBSI:

Shortcuts

Share