UPAH HAJI DAN Umrah online

UPAH HAJI DAN Umrah online UPAH HAJI DAN UMRAH Erti Upah Haji ialah mengupah seorang yang telahpun menunaikan Haji dirinya sendiri, untuk melakukan Haji untuk orang lain p**a.

Orang lain itu samada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkan orang lain itu tidak mampu kesihatan untuk ke Tanah Suci. Haji untuk orang lain seperti ini dinamakan Haji Badal. “Badal” bermakna “ganti” atau “alternatif”. Untuk memahami hukum dan perlaksanaan Haji Badal, kita terlebih dahulu harus mengetahui hukum asal Haji dan Umrah bagi orang yang masih hidup. Hukum

Haji dan Umrah

Haji dan Umrah diwajibkan sekali sahaja dalam seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan (atau berkuasa) samada lelaki atau perempuan. Firman Allah swt, “Dan kamu sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah : 196).Firman Allah swt, “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia untuk mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu pergi ke sana” (Ali Imran : 97).Erti Berkemampuan

Erti berkemampuan ialah :

(i)berkuasa dengan sendiri, atau

(ii)berkuasa dengan pertolongan orang lain. Berkuasa dengan sendiri ialah memiliki perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal di Tanah Suci dan cukup bekalan untuk ditinggalkan bagi orang-orang yang dibawah tanggungannya di Tanahair, ada kenderaan, aman perjalanan, sihat tubuh badan dan berkesempatan masa. Syarat-syarat tambahan bagi wanita ialah mendapat izin suami dan hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ke Tanah Suci. Berkemampuan dengan pertolongan orang lain ialah :

(i)Orang yang memiliki perbelanjaan untuk ke Tanah Suci tetapi tidak dapat mengerjakan sendiri kerana terlalu uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya yang telah putus asa tidak dapat ke Tanah Suci. (ii)Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak sempat mengerjakan Haji. Dalam hal ini terhutanglah fardhu Hajinya ke atas warisnya atau orang yang menerima wasiatnya untuk menyelenggarakan hutang hajinya dengan upah yang yang berpatutan atau sukarela. Ini dinamakan Badal Haji. HUKUM HAJI BADAL

Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur. Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw

dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari). Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie). Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia. PAHALA HAJI BADAL

Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah swt. Dari Ibnu Abbas ra berkata, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia, ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu Haji dan orang yang mengerjakan Haji tersebut mendapat tujuh Haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar). Dari Abi Razin Al-Uqaily bahawa dia berjumpa Nabi saw dan berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku terlalu tua dan tidak larat untuk mengerjakan Haji, Umrah atau berjalan dalam rombongan”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji dan Umrah bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat At-Tarmizi dengan katanya hadis ini bertaraf hasan sahih. Nama sebenar Abi Razin ialah Laqit bin Amir). Haji Badal bagi orang yang masih hidupDari Al-Fadl bin Abbas bahawa dia pernah menunggang bersama Rasulullah saw lalu datang seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua. Jika aku mengangkatnya secara tanggung, dia tidak boleh memegang kuat. Jika aku mengikatnya aku khuatir boleh membinasakannya lalu meninggal dunia”. Sabda Rasulullah saw, “Jika ibumu berhutang dengan seseorang, tidakkah engkau yang akan melunaskannya?”. Dia berkata, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihak ibumu”.Dari dalil di atas, jelas menunjukkan bahawa dibolehkan seseorang mengerjakan Haji bagi pihak seseorang yang lain yang masih hidup tetapi tidak berkuasa mengerjakannya untuk dirinya sendiri. Datang seorang lelaki dari kaum Khath’am kepada Rasulullah saw bertanya tentang ayahnya yang tidak berkuasa mengerjakan Haji, “Adakah diterima Allah jika aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”. Sabda Rasulullah saw, “Adakah kamu anak sulungnya?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Rasulullah saw, “Tidakkah engkau melihat jika ayahmu berhutang, adakah engkau akan melunaskan hutang tersebut?”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihaknya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dengan penambahan “Ayahku tidak larat menunggang tunggangan sedang Haji diwajibkan ke atasnya. Adakah boleh aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”). Dari hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengerjakan Haji ke atas orang yang tidak berkuasa jika sekiranya dia berkemampuan di segi harta dan ada anak atau orang lain yang boleh mengerjakan Haji tersebut bagi pihaknya. Pahala anak yang mengerjakan Haji untuk kedua orang tuanya. Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt)”. Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”. Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah Hajinya itu. Seseorang tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain jika dia sendiri belum mengerjakan Haji untuk dirinya.Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw mendengar seorang lelaki bertalbiyah sambil berniat mengerjakan Haji untuk Syubrumah lalu bersabda, “Siapa dia Syubrumah?”. Lelaki itu menjawab, “Saudaraku”. Nabi saw bertanya, “Adakah engkau telah mengerjakan Haji untuk diri sendiri?”. Dia menjawab, “Belum”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakan Haji untuk dirimu sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah kerjakan Haji untuk Syubrumah”. (Hadis diriwayatkan oleh Ad-Darqutny dan Ibnu Majah). Hadis ini menjadi dalil mazhab Syafie bahawa seseorang itu tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain selagimana dia belum mengerjakan Haji untuk dirinya sendiri. KESIMPULAN

Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.

04/04/2012

UPAH HAJI DAN UMRAH
Keterangan
Erti Upah Haji ialah mengupah seorang yang telahpun menunaikan Haji dirinya sendiri, untuk melakukan Haji untuk orang lain p**a. Orang lain itu samada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkan orang lain itu tidak mampu kesihatan untuk ke Tanah Suci. Haji untuk orang lain seperti ini dinamakan Haji Badal. “Badal” bermakna “ganti” atau “alternatif”.
Untuk memahami huk...um dan perlaksanaan Haji Badal, kita terlebih dahulu harus mengetahui hukum asal Haji dan Umrah bagi orang yang masih hidup.

Hukum Haji dan Umrah

Haji dan Umrah diwajibkan sekali sahaja dalam seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan (atau berkuasa) samada lelaki atau perempuan.

Firman Allah swt, “Dan kamu sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah : 196).Firman Allah swt, “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia untuk mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu pergi ke sana” (Ali Imran : 97).Erti Berkemampuan

Erti berkemampuan ialah :

(i)berkuasa dengan sendiri, atau

(ii)berkuasa dengan pertolongan orang lain.

Berkuasa dengan sendiri ialah memiliki perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal di Tanah Suci dan cukup bekalan untuk ditinggalkan bagi orang-orang yang dibawah tanggungannya di Tanahair, ada kenderaan, aman perjalanan, sihat tubuh badan dan berkesempatan masa. Syarat-syarat tambahan bagi wanita ialah mendapat izin suami dan hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ke Tanah Suci.

Berkemampuan dengan pertolongan orang lain ialah :

(i)Orang yang memiliki perbelanjaan untuk ke Tanah Suci tetapi tidak dapat mengerjakan sendiri kerana terlalu uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya yang telah putus asa tidak dapat ke Tanah Suci.

(ii)Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak sempat mengerjakan Haji.

Dalam hal ini terhutanglah fardhu Hajinya ke atas warisnya atau orang yang menerima wasiatnya untuk menyelenggarakan hutang hajinya dengan upah yang yang berpatutan atau sukarela. Ini dinamakan Badal Haji.

SEGALA PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI HAJI SAFRIDIN 013-7066549 @ HAJAH MUFIDAH 019-7366735

04/04/2012

UPAH HAJI DAN UMRAH
Keterangan
SYARAT - SYARAT WAKIL ATAU ORANG MENGAMBIL UPAH HAJI

Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah:-

1. Orang itu telah pun menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji: " Aku sahu...t seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah". Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu, "Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah p**a" (Riwayat-Abu Daud dan Ibnu Majah)

2. Hendaklah melakukan fardu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.

3. Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya. Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.

4. Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya, seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

5. Kami membuat UPAH HAJI DAN UMRAH hanya RM1800
a)SIJIL
b)AIR ZAM-ZAM
c)AL-QURAN
d)HADIAH-HADIAH IRINGAN +++

*HUBUNGI HAJI SAFRIDIN 013-70664549
HAJAH MUFIDAH 019-7366735*

Address

Johor Bahru
81900

Telephone

013-7066549

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPAH HAJI DAN Umrah online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share