24/02/2021
Kadar berkanun caruman syer pekerja yang baharu ialah 9% daripada upah bulanan (diturunkan sebanyak 2%; berbanding 11% kadar asal) berdasarkan pada pengumuman Belanjawan 2021. Namun pengurangan ini akan mengakibatkan duit simpanan pekerja pada masa hadapan.
Disebabkan pandemic Covid-19, sebilangan besar orang yang bekerja telah terjejas dalam isu kewangan, tetapi adakah mengurangkan sumbangan bulanan KWSP suatu langkah yang bijak atau munasabah demi masa hadapan?
Rata-rata yang ditemui kurang bersetuju pada cadangan pengurangan peratus caruman itu dan berpendapat ia mampu menjejaskan simpanan hari tua.