15/06/2023
NOTIS TUNTUTAN - PERLU ATAU TIDAK?
Sebelum seseorang individu atau syarikat (A) memulakan saman di Mahkamah, A boleh menghantar sesalinan notis tuntutan melalui peguamcaranya terlebih dahulu kepada orang yang dituntut (B).
Notis Tuntutan akan mengandungi fakta kes dan jumlah tuntutan sepertimana yang diberitahu oleh A serta amaran sekiranya masih gagal membayar atau mencadangkan penyelesaian jumlah yang dituntut tersebut, B boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang di Mahkamah.
Jadi, berfungsi ke Notis Tuntutan ini sebelum tindakan undang-undang di Mahkamah?
Notis Tuntutan ini adalah satu pemberitahuan atau peringatan terakhir kepada B agar membayar jumlah yang dituntut oleh A. Notis Tuntutan ini juga adalah salah satu cara untuk memberi amaran kepada B bahawa A sememangnya telah bersedia untuk mengheret A ke Mahkamah bagi menuntut jumlah yang telah dihutang oleh B.
Pada masa yang sama Notis Tuntutan ini juga seolah-olah merupakan peluang terakhir untuk B melangsaikan segala hutang dengan A dan sekiranya B masih gagal menjelaskan jumlah tersebut, maka ianya merupakan salah satu alasan yang kukuh untuk menyakinkan kepada Mahkamah bahawa A telah memberikan peluang namun sengaja diabaikan oleh B.
Notis tuntutan juga ada satu syarat wajib sebelum mengeluarkan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan di Mahkamah.
Jadi, semua kes pun perlu keluarkan Notis Tuntutan?
Ya, Benar. Secara amnnya Notis Tuntutan dikeluarkan bagi kes-kes sivil yang melibatkan hutang, tuntutan bagi kecederaan, saman fitnah, tuntutan bagi pengingkaran kontrak (breach of contract), tuntutan kerosakan harta benda, dan lain-lain yang melibatkan tuntutan wang ringgit.
Namun demikian Notis Tuntutan tidak akan dikeluarkan bagi kes-kes jenayah atau mana-mana kes yang tidak menuntut ganti rugi yang boleh ditafsirkan dengan wang ringgit.
JADI APAKAH RESPON TERBAIK SEKIRANYA ANDA TELAH MENERIMA NOTIS TUNTUTAN TERSEBUT????
a) Buang ajee Notis Tuntutan tersebut dalam tong sampah?
b) Balas Notis Tuntutan tersebut dengan sendiri? atau
c) Jumpa Peguam untuk dapatkan nasihat lanjut?
PERLU INGAT, SETIAP PERBUATAN YANG DILAKUKAN ADA KESANNYA YANG MANA KITA RASA REMEH TAPI SEBENARNYA TIDAK.
Stay tuned for Part 2.