Raihan, Suzana & Partners - Bandar Dato’ Onn

Raihan, Suzana & Partners - Bandar Dato’ Onn Keadilan melalui perundangan

Anda Keutamaan Kami!

12/03/2024
09/10/2023

Dear All,

Our office phone, 07-3542854, is temporarily disrupted. For assistance, please call our alternative number, 07-364 7137. We apologize for any inconvenience and are working to resolve the issue promptly. Thank you for your understanding.

Raihan, Suzana & Partners
BDO Office

01/01/2023
Tahukah anda, Malaysia pernah diancam kedaulatannya dengan satu tragedi yang digelar tragedi Pulau Bidong??Kisahnya berm...
23/04/2022

Tahukah anda, Malaysia pernah diancam kedaulatannya dengan satu tragedi yang digelar tragedi Pulau Bidong??

Kisahnya bermula apabila Malaysia mengambil keputusan untuk menerima pelarian dari negara Vietnam yang meninggalkan negara mereka melalui jalan laut dek kerana peperangan yang tercetus di negara mereka. Oleh kerana jumlah mereka yang begitu ramai, Malaysia terpaksa mencari satu kawasan khas untuk menempatkan mereka di negara kita.

Keputusan Malaysia ini dilihat sebagai satu keputusan kemanusiaan, dalam menangani isu pergerakan pendatang khususnya berkaitan penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Ia juga menyaksikan kedudukan dan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN semakin kukuh dan membuka mata dunia luar terhadap Malaysia.

Namun jasa baik Malaysia selama 12 tahun menempatkan pelarian Vietnam atau di Pulau Bidong, Terengganu bermula tahun 1978, jasa baik kerajaan membenarkan mereka menumpang di situ dibalas dengan demonstrasi berdarah pada awal 1990-an.

Tunjuk perasaan itu bermula apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk mengeluarkan mereka dari situ untuk dihantar ke negara ketiga tetapi dengan bersyarat di mana melalui proses saringan di mana hanya yang layak sahaja akan dihantar ke negara ketiga manakala yang selebihnya akan dihantar p**ang ke negara asal.

Pada ketika itu, Penguasa Penjara, Saidun Othman, adalah antara pegawai dan anggota keselamatan, yang berdepan detik getir bersama lima rakan setugas Jabatan Penjara, 15 anggota polis serta dua anggota tentera. Pasukan khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri itu turut dibantu 30 Ikatan Relawan Malaysia (RELA), namun jumlah itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan saki-baki penghuni Pulau Bidong yang menyerbu pejabat menyerbu pejabat pasukan kita. Mereka marah dan menunjuk perasaan membantah keputusan PBB kerana mahu membuat saringan memilih yang layak ke negara ketiga. Mereka beranggapan semuanya layak dan tidak mahu dihantar p**ang.

Demonstrasi itu berlanjutan selama seminggu disusuli dengan mogok lapar. Mereka enggan menyentuh makanan yang disediakan petugas Palang Merah Antarabangsa. Pada masa sama, banyak poster protes mula dinaikkan dan ada antaranya yang bertulis 'hidup atau mati', 'Kami mahu keadilan,'; 'Bebaskan kami' dan 'Kami tidak mahu p**ang'. Sepanjang tempoh itu juga, petugas keselamatan terus berdiplomasi memujuk mereka supaya bertenang.

Kemuncak tunjuk perasaan itu memang mengerikan kerana ramai yang mencederakan diri sendiri. Menikam badan dengan senjata tajam. Mereka mahu menunjukkan tanda protes kepada PBB. Walaupun mereka tidak menyerang pihak kita, namun kita terpaksa hadap kerana bertugas di bahagian keselamatan.

Demonstrasi itu berakhir dengan aman selepas beberapa perundingan dan akhirnya, semua penghuni di Pulau Bidong dipindahkan ke kem Sungai Besi sementara menunggu proses menghantar mereka ke negara ketiga. Di sini penghuni diasingkan mengikut kategori keluarga, bujang, lelaki dan wanita, kanak-kanak serta ibu tunggal.

Unit keselamatan yang terdiri daripada pemimpin mereka sendiri telah ditubukan pada ketika itu. Ini bertujuan mengawal mereka supaya tidak bertindak ganas atau mengganggu ketenteraman penghuni lain. Jika ada yang melakukan kesalahan, mereka akan ditangkap dan dibicarakan. Jika bersalah, mereka akan dikurung di dalam bilik tahanan khas seperti 'monkey house'.

'Monkey house' adalah bilik tahanan kecil yang cuma boleh memuatkan beberapa individu pada satu-satu masa dan mereka tidak boleh berdiri. Ini bermakna, sepanjang tempoh tahanan itu, mereka cuma boleh duduk atau berbaring saja dan langsung tidak dibenarkan balik ke blok penempatan.

Kita ingat dengan penutupan Pulau Bidong dengan menempatkan semua pelarian di Kem sungai Besi dapatlah menangani masalah pelarian ini namun tidak sama sekali kerana
kehadiran mereka di Kem Sungai Besi memberi masalah lebih besar kepada anggota keselamatan. Di dalam kem ini, mereka telah menunjukkan perangai mereka yang sebenar, mereka telah mewujudkan puak-puak samseng dan menindas rakan sepelarian mereka sendiri. Mereka juga mewujudkan pelbagai pusat hiburan dan pelacuran haram di dalam kem berkenaan, selain melakukan penyalahgunaan dadah.

Disebabkan hal ini pihak keselamatan telah mengambil keputusan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke dalam kem mereka untuk membanteras gejala yang tidak bermoral yang dilakukan mereka. Mereka membantah tindakan anggota keselamatan, hingga mencetuskan rusuhan besar pada Jun 1995 yang hampir menggugat kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia yang telah memberi perlindungan kepada mereka selama ini.

Tindakan ganas kump**an perusuh pada pagi 5 Jun 1995 menyebabkan tiga blok kediaman di Kem Transit Sementara Sungai Besi yang menempatkan lebih 4,500 pelarian Vietnam musnah sama sekali.

Yang menyayat hati, rusuhan ini mengorbankan seorang pelarian dan mencederakan lebih 10 anggota yang terlibat dalam operasi mengawal keselamatan iaitu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), bomba dan polis hutan (PPH). Tidak cukup dengan rusuhan yang berlangsung selama lebih 16 jam, kebakaran besar turut menggemparkan warga kota khususnya mereka yang tinggal di sekitar Sungai Besi dan Bukit Jalil.

Kep**an asap yang menjulang tinggi dikatakan dapat disaksikan dari jarak puluhan kilometer. Dalam operasi mengawal rusuhan itu, seramai 1,200 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada anggota polis, FRU, PPH, bomba, unit pengesan bom dan unit anjing pengesan dikerahkan ke tempat kejadian.

Serbuan awal polis ketika itu berjaya menemui pelbagai senjata tajam seperti lembing, parang, senapang panah dan pedang yang dihasilkan oleh kump**an perusuh. Berdasarkan kenyataan rasmi Dewan Negara yang dibaca oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berhubung insiden ini, kekecohan dipercayai berpunca daripada sikap tidak puas hati pelarian terhadap keputusan kerajaan yang mahu menghantar mereka p**ang ke negara asal.

Menurut beliau dalam kenyataan itu, pelarian Vietnam cuba menunjukkan bantahan dan mendapatkan simpati dunia terhadap rancangan kerajaan menghantar mereka p**ang ke Vietnam yang sudah dipersetujui oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR). Mereka juga masih menaruh harapan untuk dihantar menetap ke negara ketiga yang mereka anggap dapat memberikan perlindungan walaupun permohonan mereka ditolak oleh negara berkenaan.

Pilihan kump**an pelarian ketika itu adalah untuk mendapatkan tempoh perlindungan lebih lama di negara ini sementara menunggu giliran dihantar ke negara-negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Kanada dan Eropah yang dikelola oleh UNHCR.

Bagaimanapun, atas syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh badan antarabangsa itu, keutamaan mengikuti program pemindahan ke negara ketiga itu hanya melibatkan pelarian yang mempunyai kelayakan profesional.

Tersepit dalam keadaan itu, sebahagian daripada pelarian turut berusaha meraih simpati antarabangsa sehingga mendapat perhatian dari negara luar. Kenyataan yang sama juga menyatakan pemberontakan berpunca daripada tindakan kerajaan membina pagar berangkai di kem berkenaan bagi mengasingkan kump**an pelarian yang bermati-matian enggan dihantar p**ang dengan puak yang lebih bertimbang rasa.

Ia merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menghalang kump**an hardcore daripada menghasut kump**an pelarian yang lain. Dalam rundingan itu, kump**an pelarian mendesak kerajaan supaya tempoh perlindungan dilanjutkan kerana mereka takut p**ang ke negara asal.

Mereka tidak berani p**ang kerana takut dikenakan hukuman mati oleh pemerintah komunis negara itu. Rundingan menemui jalan buntu sehingga tercetusnya rusuhan. Selepas tewas dalam 'pertempuran' dengan pihak berkuasa, beratus-ratus 'kepala samseng' ditahan dan dihantar ke kem tahanan sementara pelarian di Kerayong, Pahang.

Betapa susah dan mencabarnya Pasukan Khas di bawah MKN serta semua agensi keselamatan kita bagi menangani isu pelarian ini. Buat baik dibalas baik namun tidak sangka sebaliknya p**a yang kita dapat.

Tahniah kepada MKN dan juga semua agensi keselamatan kita pada ketika itu yang akhirnya berjaya menyelesaikan dan meleraikan masalah isu pelarian Vietnam ini.

copypaste:Majlis Keselamatan Negara

TALI GANTUNG DAN BANDUAN AKHIR...Tali gantung yang diimport diperbuat daripada jenis jut yang paling bagus dan dibalut d...
22/04/2022

TALI GANTUNG DAN BANDUAN AKHIR...

Tali gantung yang diimport diperbuat daripada jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang.

Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
*APABILA RAYUAN DITOLAK*
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam p**a, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
*HARI PENGGANTUNGAN*

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia.
Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati.
Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’.
Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja-T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung p**a hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
*BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG*

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

Bagi saya p**a, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah...
Kredit :Aby gemersik.

P/s: Semoga kita semua di ampunkan dosa...

17/04/2022

CORETAN PEGUAM

Saya ditanya rakan, apa itu peguam pemerhati.

Mangsa/ pengadu mempunyai pilihan untuk mendapatkan khidmat peguam swasta bagi mewakili kepentingan beliau semasa perbicaraan dijalankan.

Peguam ini dikenali sebagai “peguam pemerhati”.

Setelah dilantik, peguam pemerhati boleh meminta kebenaran daripada Hakim untuk mewakili mangsa dan untuk bersuara bagi pihak mangsa dan/ atau keluarganya semasa perbicaraan dijalankan.

Tugas seorang peguam pemerhati adalah untuk membantu mangsa sepanjang penyiasatan dan semasa perbicaraan dalam pelbagai cara, termasuk:

• memohon perkembangan status kes,
• menerangkan apa yang berlaku di mahkamah,
• membuat persedian untuk keperluan mangsa apabila menghadiri mahkamah
dengan cara berhubung dengan Timbalan Pendakwaraya (TPR)
• memaklumkan TPR dan mahkamah apabila hak mangsa terjejas di dalam mahkamah, contohnya apabila mangsa diajukan soalan yang tidak munasabah atau secara kasar oleh pihak peguam bela,
dan
• membantu mengemukakan maklumat tentang penderitaan mangsa akibat jenayah tersebut, bagi tujuan pertimbangan hukuman yang dijatuhkan dan untuk permintaan pampasan yang sesuai diberikan.

(Sumber Women’s Center for Change)

Dipetik dari Fb Rakan Peguam;
Tuan Hasif Hassan

Salam Khamis
10/03/2022

Salam Khamis

09/03/2022

Salam Rabu

Address

32-01, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato' Onn
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raihan, Suzana & Partners - Bandar Dato’ Onn posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Raihan, Suzana & Partners - Bandar Dato’ Onn:

Share