04/02/2026
Malam tadi ada seorang abang mesej saya.
Dia cakap, “Saya rasa saya belum layak beli rumah ni.”
Saya tanya, “Abang gaji berapa?”
RM3,800.
Komitmen? Kereta sahaja.
Bila saya kira kasar, sebenarnya abang ni dah boleh beli rumah sekitar RM300k–RM350k.
Dia diam sekejap.
Lepas tu dia cakap, “Serius ke? Saya ingat gaji macam ni tak lepas.”
Ramai sebenarnya macam ni.
Bukan tak mampu. Cuma tak pernah semak betul-betul.
Kadang kita rasa belum cukup, padahal kita dah ada kunci untuk mula.
Kalau anda pun selalu tertanya-tanya “Layak ke aku beli rumah?”
Aku boleh bantu semak dulu. Tanpa komitmen.
Kadang jawapan tu lebih dekat dari yang kita sangka.
Siapa ada pengalaman?