Peguam Syarie Johor : Shazril Khairy Mustafa & Associates

Peguam Syarie Johor : Shazril Khairy Mustafa & Associates Wasiat / Hibah / Faraid / Pusaka / Kes-kes Mahkamah Syariah

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin ya. Semoga raya kali ini penuh kegembiraan, kasih sayang dan momen indah bersama o...
21/03/2026

Selamat Hari Raya!

Maaf Zahir & Batin ya.

Semoga raya kali ini penuh kegembiraan, kasih sayang dan momen indah bersama orang tersayang.

16/01/2026

πŒπ€πŠπ‹π”πŒππ€π‹π€π’ π‹π€ππŽπ‘π€π πŠπ€π‘π“π„π‹ π‡πˆππ€π‡, ππ„π†π€π–π€πˆ π’π˜π€π‘πˆπ€π‡, ππ„π†π”π€πŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ πƒπˆπ“π€π‡π€π

Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Johor menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang. Yang salah tetap salah. Keadilan hendaklah ditegakkan. Namun demikian, naratif penggunaan kalimah yang tidak tepat dan mengelirukan juga menjemput persepsi awam yang tidak wajar.

Hibah adalah perkara yang dibenarkan dalam dalam Islam dan undang-undang. Kami percaya pertimbangan rukun hibah mengikut hukum syarak berserta pematuhan prinsip undang-undang sentiasa diamalkan dalam mana-mana mahkamah. Hanya kerana sikap tidak amanah sekumpulan individu yang memanipulasi kelemahan sistem menjadikan suatu hukum yang syarie menjadi jijik dan hina.

Penggunaan kalimah 'kartel' dalam merujuk salah-laku yang didakwa dilakukan oleh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab dan belum lagi diputuskan undang-undang boleh menyesatkan orang awam ke arah salah faham serius seolah-olah ada kumpulan tertentu yang mengawal tindak tanduk pihak yang terkesan.

Sehubungan dengan itu, kami menyeru pengamal media agar lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan berita kepada awam. Implikasi persepsi yang boleh menyebabkan kerosakan yang sukar untuk dipulihkan dalam situasi kejadian yang didakwa sudah lama berlaku.

Kami menyokong agar mereka yang didapati bersalah dijatuhkan hukuman. Kami juga mendukung mereka yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan. Namun demikian dalam pada masa yang sama, kami menyeru semua pihak lebih bertanggungjawab agar tidak menghakimi mereka yang tidak berkaitan, memberi label negatif pada mereka yang duduk dalam bidang yang sama dan juga 'tabayyun' atas setiap khabar berita yang singgah di kacamata dan di corong telinga kita.

Kami menasihatkan kepada semua pihak khususnya orang awam untuk mendapatkan nasihat undang-undang sewajarnya daripada pengamal undang-undang yang bertauliah agar segala tindakan dilindungi dan tindakan boleh diambil atas salah-laku mereka. Bukan bertanya dan meminta tolong dengan mereka yang tidak diketahui asal-usul yang menyapa menawarkan diri kononnya hendak membantu. Dapatkan kepastian status dan kelayakan mereka. Sekiranya pihak tuan/puan was-was dan ragu-ragu berkaitan dengan status mereka, tuan/puan boleh hubungi kami untuk mendapatkan pengesahan.

Kami juga ingin mengingatkan bahawa tidak ada jalan pintas dalam apa juga proses undang-undang. Bagi memastikan prinsip undang-undang ditegakkan sebagaimana di atas, segala bukti dan keterangan perlu diteliti sebelum keputusan dibuat mengikut prosedur enakmen. Jangan percaya pada janji-janji sekelip mata.

Kami berharap agar kita semua dapat mengambil iktibar daripada kejadian ini agar apa jua tuntutan di mahkamah dikemukakan melalui mereka yang bertauliah dan melalui prosedur yang betul.

ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ„π†π”π€πŒ π’π˜π€π‘πˆπ„ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘
π’πžπ¬π’ πŸπŸŽπŸπŸ“-πŸπŸŽπŸπŸ•
17/01/2026

07/01/2026

β€œRumahtangga adalah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan rahmah dan ihsan, bukan dicemari dengan keganasan dan kezaliman.”



بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…Ω°Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ’Ω…ΩSelamat Tahun Baru 2026Ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk menjadi hamba yang ...
01/01/2026

بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…Ω°Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ’Ω…Ω

Selamat Tahun Baru 2026

Ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk menjadi hamba yang lebih baik pada tahun ini.

Semoga setiap langkah di tahun baru ini berada dalam rahmat dan lindunganNya.


Celebrating my 8th year on Facebook. Thank you for your continuing support. Semoga dapat terus berkhidmat kepada masyara...
15/10/2025

Celebrating my 8th year on Facebook.

Thank you for your continuing support.

Semoga dapat terus berkhidmat kepada masyarakat. InsyaAllah.


30/07/2025
08/05/2025

NOTIS PERINGATAN

Address

Peguam Syarie: Shazril Khairy Mustafa & Associates 42B Jalan Padi 1 Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Johor : Shazril Khairy Mustafa & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Syarie Johor : Shazril Khairy Mustafa & Associates:

Share