18/01/2024
kes apa harini???
saya terima satu kes dr klien yg minta memulakan tindakan saman terhadap satu syarikat milikan tunggal yang menyediakan perkhidmatan stor simpanan.
kesemua barang milik Klien iaitu perabot-perabot yg disimpan di dalam stor Defendan tersebut rosak teruk akibat dimakan anai anai dan ada beberapa barang peribadi milik klien juga telah hilang..
walaubagaimanapun, Defendan tidak memberi kerjasama yg baik dan enggan memberi sebarang gantirugi kepada Klien..malah, Defendan juga tidak memberi respons terhadap tuntutan kami tersebut.
Disebabkan sikap Defendan yang tidak ambil peduli walau Penghakiman Ingkar telah dikeluarkan oleh Mahkamah,kami kemudiannya telah meneruskan pelaksanaan Penghakiman iaitu Garnishment Proceeding di Mahkamah.
Akhirnya, Bank telah membekukan amaun sebanyak RM21,282.00 milik Defendan di dalam akaunnya dan wang tersebut telah dipindahkan ke dalam akaun klien.
Setelah hampir 6 bulan kes ini selesai dan Klien boleh tersenyum lebar walaupun, klien sebelum ini agak menekan kami kerana proses memakan masa dan Klien juga seolah olah putus harapan serta hilang pedoman 😅
So, moral of the story : bila kita nak memulakan suatu tindakan undang undang, kita harus bersabar dan percaya dengan proses tersebut