02/05/2026
“From Excited to Exhausted: True Story Beli Rumah Area Hot”
Unpopular opinion, for those duduk area Skudai – Iskandar Puteri 👀
(Ini just my POV ya… kalau korang ada tujuan berbeza, mungkin experience pun lain 😉)
Pernah tak rasa excited masa survey rumah?nampak cantik, harga okay, siap imagine dah life kat situ? Buttt —- reality check dia datang masa first day commute kerja 😅
1) Taman Mutiara Rini
Area ni memang ramai s**a sebab lengkap, ada mall, kedai semua dekat.
Tapi kalau korang kerja JB town atau ulang-alik Woodlands… here’s the real story 👇
Pagi-pagi keluar rumah dengan harapan smooth drive… sekali sangkut sebelum Paradigm Mall Johor Bahru 😭
Ingat lepas tu clear? Nope… sambung lagi jem lepas Angsana Johor Bahru Mall
And this is not once a week tau… everyday routine 🥲
Lama-lama bukan penat badan je… mental pun letih.
2) Setia Eco Garden 🌿
Honestly, this one memang dream neighborhood. Cantik, tenang, rasa macam balik resort tiap hari.
Tapi… ada satu benda orang selalu lupa mention.
Traffic light selepas Skudai–Pontian Highway (SILC) nak masuk Gelang Patah – Pulai tu 😵💫
On paper nampak dekat… in reality?
Sejam tu normal… kadang boleh drag sampai 2 jam kalau timing tak kena.
Kalau bujang, mungkin boleh survive naik motor.
Tapi kalau ada anak, hantar sekolah, kerja office hours… memang akan rasa penat tu accumulate hari-hari.
3) Area Taman Sri Pulai / Pulai Jaya / Pulai Indah
Area ni sebenarnya underrated kalau korang kerja area Iskandar Puteri atau Universiti Teknologi Malaysia 👍
Tapi kalau kerja Singapore… please jangan mudah terpedaya dengan ayat marketing “8–10km ke Second Link” 😅
Yes, distance memang betul.
But distance ≠ masa travel.
Benda ni maybe first year korang okay lagi…
Masuk tahun kedua, ketiga… trust me, dia akan effect mental slowly.
Bangun pagi dah stress fikir jam, balik kerja pun energy dah habis kat jalan.
So what I belajar dari semua ni…
Rumah bukan sekadar cantik atau harga mampu beli je.
Rumah is tempat kita recharge, bukan tempat kita recover dari penat jalan jem 😭
As REN, my honest advice:
Cari rumah ikut lifestyle flow korang — laluan kerja, sekolah anak, routine harian.
Tak salah beli low/medium cost atau rumah biasa je.
Tak perlu kejar kawasan “hot” kalau akhirnya korang yang kena sacrifice masa & tenaga every single day.
Sebab at the end…
Rumah mahal mana pun, kalau hidup stress — tetap tak rasa “home” 💛
Next post nanti I share area yang worth to buy around Skudai – Iskandar Puteri 😉 Stay tuned!