Mazlainey

Mazlainey Advocate & Solicitor at Mazlainey Ngah & Co. Mazlainey binti Ngah

Civil & Syariah Lawyer in Johor Bahru

~Family Law~
*Divorce*
*Letter of Administration*
*Adoption*
*Debt Recovery*
*Land Dispute*

https://wa.link/zkw93s

Ada yang bertanya pendapat mengenai masalah mereka.Saya memang tidak berani nak bagi pendapat.Lalu saya katakan, "Listen...
08/01/2026

Ada yang bertanya pendapat mengenai masalah mereka.

Saya memang tidak berani nak bagi pendapat.

Lalu saya katakan, "Listen to your mind but follow your heart."

Ya. Kalau saya berada di persimpangan dilema, saya akan ikut kata hati.

Follow your heart.

Trust your intuition.

02/12/2025
Struggle to Escape********************Apabila membaca tulisan wanita-wanita tentang suami, mertua atau ipar-duai, saya r...
22/11/2025

Struggle to Escape
********************
Apabila membaca tulisan wanita-wanita tentang suami, mertua atau ipar-duai, saya rasa mereka sudah tidak ada cara lain lagi untuk bercerita.

Mungkin sakit sangat hati mereka sampai terluah di media sosial. Jika dipendam, merana jiwa. Takut jadi kes bunuh p**ak. Tidak mustahil kan?

Jadi bagi kita yang tidak tahu duduk letak sesuatu perkara, tidak pasti hujung pangkal dan keseluruhan cerita, tidak perlu lah nak kecam sangat.

Mereka mungkin sedang mengumpul kekuatan untuk bertindak, mencari semangat untuk bergerak dan menunggu masa untuk melangkah.

Apabila mereka ada semua itu, mereka tidak akan berpaling lagi.

Saya ada tengok whatsapp status beberapa orang anakguam saya yang sebelum ini melalui perceraian.

Alhamdulillah nampak happy. Semoga mereka benar-benar happy.

Mereka nampak sibuk dengan business masing-masing. Ada jual baju, jual kuih dan ada yang buat sewa kamera. Yang makan gaji pun nampak lebih tenang hidupnya kini.

Bahagialah kalian dengan kehidupan masing-masing.

You do you.

Takdir kita ditulis dan diatur oleh Sang Pencipta. Tugas kita jalani sahaja.

~In the end, it's just you and Allah. And that shall be enough.~

Menarik juga cerita ini. Boleh tonton di Netflix. 'Since joining a large company, Kim Nak-Su (Ryu Seung-Ryong) has worke...
11/11/2025

Menarik juga cerita ini. Boleh tonton di Netflix.

'Since joining a large company, Kim Nak-Su (Ryu Seung-Ryong) has worked tirelessly for the company and his family.

As a result, he now holds the position of department manager and owns his own home, but he faces a turning point of his life.

He loses everything that he considered valuable in an instant.

He finally discovers his true self after a long journey.'

~asianwiki~

Silent Treatment*****************Satu hari, sewaktu menunggu kunci pintu dewan mahkamah dibuka, saya berbual dengan seor...
03/11/2025

Silent Treatment
*****************
Satu hari, sewaktu menunggu kunci pintu dewan mahkamah dibuka, saya berbual dengan seorang wanita yang duduk di sebelah saya.

Saya tanya beliau ada kes apa?

Saya menjangkakan jawapan seperti kes cerai, mutaah atau nafkah iddah dan sebagainya.

Jawapan yang beliau beri kurang jelas. Dalam hati saya, ada kategori baru agaknya.

Rupa-rupanya beliau cakap, "narsisis."

"Suami saya narsisis," sambungnya lagi.

Barulah saya faham. Beliau ada kes cerai dan nak bercerai sebab suaminya narsisis.

Anyway...

Narcissistic people ada masalah mental, dipanggil Narcissistic Personality Disorder (NPD).

Cara mereka berfikir tidak sama macam orang normal.

Mereka ini self-centered.

Salah satu ciri-ciri narsisis adalah s**a bagi 'silent treatment' apabila mereka tidak puashati atau marah tentang sesuatu.

Kadang-kadang, mereka yang mula dahulu. Apabila orang kecil hati, mereka play victim and act as if merekalah yang tersakiti.

Contoh, mereka buat lawak mengenai kita tetapi lawak tersebut menghiris hati kita.

Apabila kita tegur, mereka kata kita sensitif dan terus tidak mahu bercakap dengan kita.

Mereka diam berhari-hari. Kadang-kadang berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Mungkin ada juga sampai bertahun.

Funny isn't it?

Mereka kata kita sensitif bila kita terasa dengan perbuatan mereka tetapi bila kita keluarkan ayat kita (tegur perbuatan mereka itu), mereka marah p**a.

Sekarang, siapa yang sensitif sebenarnya?

Itulah narsisis. Emosi mereka tidak matang.

Mereka tidak akan minta maaf dan selalu pusing cerita.

Narcissists never change.

Love yourself and take action.

~Honor your boundaries~

31/10/2025

π— π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛 π—žπ—˜π— π—˜π—₯π——π—˜π—žπ—”π—”π—‘
(English translation at end of write-up)

1. Saya tak pernah fikir yang saya akan hidup untuk menyaksi bagaimana pemimpin Malaysia sanggup serah kemerdekaan kita hanya untuk nampak hebat buat beberapa minit dan di usap kepala oleh pemimpin asing.

2. Tapi ini yang berlaku, dan kini kita terpaksa tunduk pada kehendak Amerika Syarikat dalam hampir semua urusan perdagangan dan ekonomi kita. Ternampak yang kita telah serah kedaulatan kita.

3. Pada tahun 1957 ketika berjuang untuk kemerdekaan, kita berusaha untuk tentukan nasib kita dan di tahun-tahun berikutnya, kita bekerja keras untuk menghapus segala bentuk pengaruh asing ke atas negara kita, terutama dalam perdagangan dan ekonomi.

4. Tentu rakyat Malaysia masih ingat Dawn Raid dan Buy British Last sebagai contoh keazaman kita pertahan kemerdekaan dan keengganan kita untuk ikut telunjuk kuasa asing kerana kita negara merdeka dan kita sangup mati untuk pertahankan kedaulatan kita.

5. Malangnya, dalam perdagangan timbal balik antara Amerika Syarikat dan Malaysia, kita telah korbankan kemerdekaan kita dengan membenarkan Amerika mengenakan kehendaknya ke atas kita.

6. Apa yang kita saksikan bukanlah satu perkongsian, jauh sekali timbal balik.

7. Ia penyerahan kebebasan ekonomi yang kita bina dan telah pertahankan dengan susah payah.

8. Kita setuju beli kapal terbang, gas dan mesin mereka, patuh pada peraturan digital mereka, benar mereka nikmati hasil mineral nadir bumi kita, buka pasaran kita ikut syarat mereka, dan patuh pada syarat mereka tentang dengan siapa kita boleh atau tidak boleh berniaga.

9. Semua ini hanya untuk secebis pelepasan tarif.

10. Benar ada π’†π’™π’Šπ’• 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆, tapi dari awal lagi terdapat syarat yang jelas menjerut kemerdekaan Malaysia, kenapa mesti kita setuju perjanjian itu?

11. Dan walau ada π’†π’™π’Šπ’• 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆, bolehkah kita percaya yang Amerika Syarikat akan mudah setuju untuk batal?

12. Jika kerajaan gunakan π’†π’™π’Šπ’• 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆 untuk lepaskan diri dari perjanjian berat sebelah, jelas bahawa kerajaan ini tidak tahu bagaimana untuk berunding dengan baik sejak awal lagi.

13. Inilah penjajahan baru (neo-kolonialisme) yang pemimpin-pemimpin serantau sebut sejak dari zaman awal kemerdekaan dulu.

14. Berhentilah guna istilah perdagangan dan kerjasama, atau berdiplomasi β€” akuilah yang anda telah perdagangkan kemerdekaan negara kita kerana anda tidak berani dan terlalu ingin senangkan hati kuasa asing.

15. Dan kuasa itu p**a ialah pihak yang menyokong dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
30 Oktober 2025

------------------------------------------------

π—›π—”π—‘π——π—œπ—‘π—š π—’π—©π—˜π—₯ 𝗒𝗨π—₯ π—œπ—‘π——π—˜π—£π—˜π—‘π——π—˜π—‘π—–π—˜

1. I never thought I would live to witness how Malaysian leaders would surrender our independence merely for a few minutes of grandstanding and a pat on the head by a foreign leader.

2. But it happened and here we are, subjected to the dictates of the US of A in almost all of our trade and economic ventures. We literally handed our sovereignty.

3. In 1957 when we fought for our independence, we worked towards self-determination and the following years, we worked very hard to remove all vestiges of foreign control over our country, especially in matters of trade and economy.

4. Surely, Malaysians remember the Dawn Raid and Buy British Last as examples of our independence and refusal to be dictated by foreign powers because we are an independent nation and we fiercely guard our sovereignty.

5. Unfortunately, in the US-Malaysia reciprocal trade, we forgo our independence and allowed the US to impose its will on us.

6. What we are witnessing is not a partnership and neither is it reciprocal.

7. It is a submission of our economic freedom which we have worked hard to protect and build.

8. We agree to buy their airplanes, gas and machines, obey their digital rules, that they have the first bite of the cherry of our rare minerals, open our market on their terms and follow their conditions on who we can do or not do business with.

9. All these for a tariff relief which is merely crumbs.

10. Indeed, there is an exit clause. But if it is clear from the start that the conditions are choking Malaysia of its independence why even enter it in the first place.

11. And despite the exit clause, do you think the US is going to just roll over and agree to the cancellation.

12. If this government is using the exit clause to get out of a lopsided deal obviously, it doesn’t know how to cut a deal in the first place.

13. It is a modern-day imperialism, the neo-colonialism our regional founding elders had feared and warned of during the early years of independence.

14. So, stop cloaking it in trade and cooperation language or in diplomatic niceties – just admit that you have traded our independence because you lacked spine and keen to please the foreign powers.

15. And it is the very power that supports and commits genocide on Palestinians.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
30 October 2025

29.10.2025Hari ini di Mahkamah Syariah Johor Bahru, saya ada kes Tuntutan Mutaah dan Nafkah Iddah.Bicara sebelah pihak.H...
29/10/2025

29.10.2025

Hari ini di Mahkamah Syariah Johor Bahru, saya ada kes Tuntutan Mutaah dan Nafkah Iddah.

Bicara sebelah pihak.

Hari ini pengesahan keterangan saksi.

Ada dua saksi.

Kedua-duanya dipanggil masuk serentak. Jadi, mereka berdiri di depan hakim, bukan duduk di dalam kandang saksi.

Selepas pengesahan dibuat, maka tamatlah bicara. Kes Plaintif ditutup.

Alhamdulillah, selesai sudah prosiding.

Tinggal sediakan Hujahan Bertulis dan draf sumpah istizhar selepas ini.

Hakim tetapkan 11.12.2025 untuk keputusan.

Rumah tepi untuk dijual.Taman Nusa Damai, Pasir Gudang.3 bilik tidur dan 2 bilik air. RM480k. Hubungi 019-740 4567.
28/10/2025

Rumah tepi untuk dijual.

Taman Nusa Damai, Pasir Gudang.

3 bilik tidur dan 2 bilik air.

RM480k.

Hubungi 019-740 4567.

Dalam lif mahkamah tadi, ada seorang apek lingkungan usia 60an menegur saya sambil senyum meleret."Selamat pagi kakak."S...
24/10/2025

Dalam lif mahkamah tadi, ada seorang apek lingkungan usia 60an menegur saya sambil senyum meleret.

"Selamat pagi kakak."

Saya balas, "Selamat pagi. Ada kes ke?"

Apek: Ya

Saya tanya lagi, "Kes apa?"

Apek jawab, "Judi. Untung besar."

"Oh! Itu yang susah nak berhenti tu ya?" saja lah kita menyakat.

"Ye lah. Untung besar," katanya sambil ketawa.

Entah apa lagi yang dia nak cakap, tak sempat dengar, pintu lif terbuka.

Kalau macam itu gayanya, nampaknya hari ini datang bayar denda sajalah.

Nak insaf tu, jauh lagi rasanya.

Nanti buat lagi. Kena tangkap, bayar denda lagi.

Begitulah sampai sudah. 😁

Perceraian Cara Baik**********************Semalam, 15.10.2025, saya ada kes Permohonan Perceraian Cara Baik (Seksyen 47)...
15/10/2025

Perceraian Cara Baik
**********************
Semalam, 15.10.2025, saya ada kes Permohonan Perceraian Cara Baik (Seksyen 47) di Mahkamah Syariah Kota Tinggi, Johor.

Saya mewakili Pemohon (Isteri).

Pada sebutan pertama bulan lepas, Responden tidak hadir.

Semalam, Responden hadir tetapi enggan melafazkan talak dengan alasan masih sayang.

Maka Tuan Hakim arahkan pihak-pihak untuk membawa wakil masing-masing sebagai ahli Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada pendengaran akan datang.

Begitulah apabila perkara yang boleh dipercepatkan tetapi sengaja dilambat-lambatkan oleh sebelah pihak (Responden).

Sepatutnya boleh selesai pada hari pertama pendengaran.

Kesian anakguam saya. Sudahlah susah dapat cuti, terpaksa p**a hadapi situasi seperti ini. Nanti kena cuti lagi.

Mungkin ada hikmahnya.

Wallahualam.

Address

Johor Bahru
81100

Telephone

019-7404567

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mazlainey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share