20/07/2026
Standby semua pembeli-pembeli rumah bagi tahun 2025 hingga yang terkini. Jgn lupa mohon peluang nak dapat bantuan ๐
Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan YAB Datoโ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor sebelum Pilihan Raya Negeri yang lalu, pada hari pertama saya memulakan tugas secara rasmi di pejabat bagi penggal kedua ini, sukacita untuk saya umumkan bahawa proses penyerahan Fasa 5 Inisiatif Perumahan Kasih Johor 2026 dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan Ogos 2026.
Pada masa ini, pihak Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) sedang melaksanakan semakan akhir bagi permohonan Fasa 5 dan Fasa 6 bagi memastikan setiap permohonan dinilai dengan teratur, telus dan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Inisiatif ini merangkumi tiga bentuk bantuan, iaitu Bantuan Masuk Rumah Pertama sebanyak RM2,000, Bantuan Beli Rumah Pertama sebanyak RM5,000 dan Bantuan Sewa Rumah sebanyak RM2,500. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk meringankan beban rakyat, khususnya mereka yang sedang memulakan kehidupan di kediaman baharu, membeli rumah pertama atau berdepan tekanan kos sewaan.
Saya memahami ramai pemohon sedang menantikan perkembangan terkini. Justeru, sebarang makluman lanjut akan disampaikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi PKPJ dan media sosial rasmi saya. Mohon semua pemohon bersabar sementara proses semakan akhir diselesaikan.
Insya-Allah, setiap janji akan diterjemahkan kepada tindakan. Amanah ini akan terus digerakkan dengan penuh tanggungjawab supaya setiap bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang layak dan memerlukan.
Kerajaan Negeri Johor akan terus bekerja, bukan sekadar membuat pengumuman, tetapi memastikan manfaatnya benar-benar dirasai oleh Bangsa Johor.