Peguam Keluarga Negeri Sembilan

Peguam Keluarga Negeri Sembilan Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan rumahtangga.

Perkhidmatan profesional ini dikendalikan oleh peguam yang bertauliah.

APAKAH HAK ISTERI PERTAMA APABILA TIBA2 DAPAT TAHU SUAMI SUDAH BERPOLIGAMI?Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suam...
31/03/2021

APAKAH HAK ISTERI PERTAMA APABILA TIBA2 DAPAT TAHU SUAMI SUDAH BERPOLIGAMI?

Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.

Namun dalam kebanyakan kes ini, terlalu ramai isteri yang tidak jelas atau tidak tahu apakah hak seorang isteri yang sedia ada apabila suami berpoligami.

Majoriti tahu, bercerai. Ya. Perceraian itu juga hak seorang isteri.

Namun begitu, terdapat juga hak yang dijamin hukum syarak buat isteri yang memilih untuk mengekalkan perkahwinannya.

Ada beberapa hak yang penting akan admin kongsikan:

*****************
1) Hak Nafkah Diri
*****************
Nafkah ialah pemberian wajib seorang suami kepada isteri yang merangkumi 3 keperluan asas iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

*********************
2) Hak Giliran Bermalam
*********************
Hak giliran bermalam ialah hak yang wajib diberikan secara adil oleh suami kepada isteri-isterinya yang dimadukan.

Isteri pertama perlu tahu berapa hari haknya dan

*****************
3) Harta Sepencarian
*****************
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi oleh suami isteri dalam tempoh perkahwinan atau harta yang diperolehi satu pihak sebelum perkahwinan namun dikembangkan/dimajukan oleh satu pihak yang lain dalam tempoh perkahwinan.

****************
4) Hak Nafkah Anak
****************
Nafkah anak ialah nafkah wajib yang disediakan bapa kepada anak-anaknya.

πŸ“ŒDinasihatkan isteri yang sudah mengetahui dirinya telah dimadukan:

1. Anda mempunyai beberapa hak yang penting dan telah dijamin oleh hukum syarak dan undang-undang selain daripada bercerai.
Beranikan diri dan tuntutlah hak berkenaan demi kebaikan diri dan keluarga anda.

2. Jika suami anda telah berpoligami secara rahsia dan kemudian enggan untuk mendaftarkannya, persiapkan bukti.
Kerana beban bukti untuk membuktikan di Mahkamah bahawa suami telah poligami adalah tanggungjawab anda.

3. Rujuklah mereka yang arif dalam hal ehwal berkaitan undang-undang syariah ini sekiranya masih lagi musykil dan tidak jelas mengenai hak-hak anda.

Suami dah terlepas poligami tanpa pengetahuan, jangan p**a biarkan dia terus terlepas menunaikan hak.

Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.

Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.

ANDA BUNTU? KAMI BANTU
πŸ“² Hubungi kami:

πŸ“žhttps://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)

πŸ“žhttps://bit.ly/30qBopL (Tn Afandi 2)

πŸ“žhttps://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)

FB: https://www.facebook.com/peguamkeluargaanda/
Telegram: https://t.me/peguamkeluarga

Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah πŸ˜ƒ


π—ͺπ—”π—‘π—œπ—§π—” π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—’π—Ÿπ—˜π—›π—”π—› 𝗔𝗑𝗧𝗔π—₯𝗔 π—žπ—˜π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—”π—‘ π——π—œ π——π—¨π—‘π—œπ—” π—¬π—”π—‘π—š π— π—˜π—‘π—π—”π——π—œ 𝗕𝗨π—₯𝗨𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—–π—œπ—‘π—§π—” π—”π—žπ—›π—œπ—₯𝗔𝗛Ramai manusia begitu mendambakan keb...
16/03/2021

π—ͺπ—”π—‘π—œπ—§π—” π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—’π—Ÿπ—˜π—›π—”π—› 𝗔𝗑𝗧𝗔π—₯𝗔 π—žπ—˜π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—”π—‘ π——π—œ π——π—¨π—‘π—œπ—” π—¬π—”π—‘π—š π— π—˜π—‘π—π—”π——π—œ 𝗕𝗨π—₯𝗨𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—–π—œπ—‘π—§π—” π—”π—žπ—›π—œπ—₯𝗔𝗛

Ramai manusia begitu mendambakan kebahagiaan di dunia di samping kebahagiaan di akhirat yang ia adalah matlamat tertinggi kehidupan di atas dunia. Namun, apakah yang dikatakan sebagai kebahagiaan duniawi tersebut? Pada hakikatnya, wanita yang solehah adalah di antara empat perkara yang disifatkan oleh Rasulullaah sebagai salah satu daripada kebahagiaan di dunia. Dalam sebuah hadis riwayat al-Hafiz Dhia’uddin al-Maqdisiy rahimahuLlaah, Rasulullaah bersabda yang mafhumnya: β€œKebahagiaan hidup di dunia adalah seperti rumah yang luas, pengangkutan yang selesa, isteri yang solehah dan jiran yang soleh”.

Keempat-empat perkara tersebut telah disebutkan oleh baginda Nabiy sebagai as-Saa^adah ad-Dunyawiyyah yakni barangsiapa yang memperolehinya di dunia yang fana ini maka bererti dia akan hidup dengan selesa. Empat perkara ini juga akan membantu seseorang ke atas perkara-perkara agamanya jika dia pandai menguruskannya. Maka, secara tidak langsung, ia juga adalah pintu untuk seseorang itu turut menggapai kehagiaan di akhirat kelak yang bersifat kekal abadi.

Akan tetapi, tidaklah bermakna mereka yang memperolehi keempat-empat perkara tersebut pasti akan turut menjadi golongan yang bahagia di akhirat kelak. Tidak. Sebaliknya, yang paling asas bagi seseorang dalam menggapai saadah ukhrawiyyah adalah beriman kepada Allaah dan beriman kepada RasuluLLaah. Kedua-dua perkara yang besar ini adalah asas kepada Islam. Barangsiapa yang mendapati keduanya, bererti dia telah mendapati amalan yang paling afdhal. Namun barangsiapa yang tidak mendapati keduanya, maka pada hakikatnya seolah-olah dia tidak beroleh apa-apa kebaikan di atas dunia ini, kerana dia telah kehilangan asas kepada kebahagian yang mutlaq dan tertinggi iaitulah beriman kepada Allaah dan RasulNya; yang ia adalah kunci kepada saadah ukhrawiyyah yang bersifat kekal abadi.

Adapun wanita a.k.a isteri yang solehah, maka mereka akan menjadi tulang belakang kepada seorang lelaki dalam melaksanakan urusan agamanya. Mereka berperanan dalam menguruskan urusan kehidupan suami dan menguruskan kerja-kerja rumah yang kesemua ini membantu suaminya untuk memberi tumpuan terhadap urusan ilmu dan amal. Antara ciri wanita solehah juga adalah mereka yang melayan suaminya atas dasar ihsan dan mentaati suaminya pada perkara-perkara yang diredhai oleh Allaah ta^ala. Sungguh beruntung mereka yang beroleh wanita yang solehah sebagai suri hati mereka sebagai teman rapat dalam menghabiskan saki-baki hidup di atas dunia yang sementara ini.

Credit: Mohd Sobri Ellias




π—”π——π—”π—žπ—”π—› π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔π—₯ π—‘π—œπ—žπ—”π—› π——π—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—¦π—˜π—§π—˜π—Ÿπ—”π—› π—‘π—œπ—žπ—”π—› π——π—œ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 π—Ÿπ—”π—œπ—‘?Jawapannya anda perlu daftar nikah di Malaysia setela...
15/03/2021

π—”π——π—”π—žπ—”π—› π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔π—₯ π—‘π—œπ—žπ—”π—› π——π—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—¦π—˜π—§π—˜π—Ÿπ—”π—› π—‘π—œπ—žπ—”π—› π——π—œ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 π—Ÿπ—”π—œπ—‘?

Jawapannya anda perlu daftar nikah di Malaysia setelah nikah di Thailand atau negara lain disebabkan :

πŸ‘‰πŸ½Rekod Pejabat Agama Islam setiap negeri di Malaysia.
πŸ‘‰πŸ½Urusan Surat Beranak Anak yang akan Lahir.
πŸ‘‰πŸ½Pendaftaran Sekolah Anak.
πŸ‘‰πŸ½Urusan Harta Pusaka tidak dapat kerana tiada rekod perkahwinan.
πŸ‘‰πŸ½Proses Penceraian Di Malaysia.
πŸ‘‰πŸ½Lain2 Masalah akan timbul di masa hadapan sehingga anda membuat pengesahan nikah di Malaysia.
πŸ‘‰πŸ½Penceraian di malaysia.
πŸ‘‰πŸ½Daftar nikah sebelah isteri sahaja jika suami hilang.

Apakah kesan bila PERNIKAHAN yang dijalankan di luar negara TAPI tidak didaftarkan di Malaysia?

1. Kesukaran untuk membuat urusan berkaitan tuntutan perkahwinan/perceraian kerana REKOD tiada di dalam sistem JABATAN AGAMA di MALAYSIA.

2. Sekiranya pihak ada anak, KESAHAN status anak sukar untuk dibuat di mana-mana Mahkamah syariah kerana masih belum diiktiraf dibawah UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA.

3. Sekiranya berlaku kematian, sebarang tuntutan berkaitan HARTA atau PUSAKA akan MENJADI SUKAR

4. Dikhuatiri pernikahan yang dijalankan di luar negara itu adalah TIDAK SAH atau RAGUΒ² dari sudut hukum syarak memandangkan banyak berlaku NIKAH SINDIKET bagi pasangan yang tidak mendapat restu keluarga untuk berkahwin.

𝗔𝗑𝗗𝗔 𝗕𝗨𝗑𝗧𝗨? π—žπ—”π— π—œ 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨
πŸ“² Hubungi kami:
πŸ“žhttps://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)

πŸ“žhttps://bit.ly/30qBopL (Tn Afandi 2)

πŸ“žhttps://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)

*Telegram:* https://t.me/peguamkeluarga

π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—›π—ͺπ—œπ—‘π—”π—‘ π—”π——π—”π—Ÿπ—”π—› 𝗦𝗨𝗔𝗧𝗨 π—”π—‘π—¨π—šπ—˜π—₯𝗔𝗛 π—•π—˜π—₯𝗛𝗔π—₯π—šπ—” 𝗕𝗨𝗔𝗧 π—¦π—”π—‘π—š 𝗛𝗔𝗠𝗕𝗔Perkahwinan adalah suatu nikmat yang besar daripada Allaah kep...
12/03/2021

π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—›π—ͺπ—œπ—‘π—”π—‘ π—”π——π—”π—Ÿπ—”π—› 𝗦𝗨𝗔𝗧𝗨 π—”π—‘π—¨π—šπ—˜π—₯𝗔𝗛 π—•π—˜π—₯𝗛𝗔π—₯π—šπ—” 𝗕𝗨𝗔𝗧 π—¦π—”π—‘π—š 𝗛𝗔𝗠𝗕𝗔

Perkahwinan adalah suatu nikmat yang besar daripada Allaah kepada hamba-hambaNya sama ada yang lelaki mahupun perempuan. Ia adalah suatu ikatan yang dihalalkan oleh syarak bagi kedua-dua lelaki dan perempuan, bahkan ia amat digalakkan bagi mereka padanya. Bagi yang meneliti dengan insaf, pernikahan bukan hanya sebuah ikatan yang menghalalkan hubungan intim di antara lelaki yang ajnabi dan wanita yang ajnabiyyah, bahkan lebih daripada itu, ia adalah suatu ikatan yang Allaah ta^ala telah jadikan padanya mawaddah dan kasih sayang.

Allaah telah menjadikan golongan lelaki sebagai tempat bagi golongan wanita bersandar dan berpaut kukuh padanya. Dan Allaah telah menjadikan wanita sebagai tempat bagi lelaki bermanja dan berkasih sayang dengannya. Maka, apabila berpadu keduanya atas niat yang baik dan berpasakkan ilmu agama yang mengakar kukuh di dalam jiwa, ia pasti akan menatijahhkan sebuah gelombang kebaikan yang sangat besar skala dan impaknya.

Justeru, perkahwinan yang berjaya, adalah perkahwinan yang pasangan suami dan isterinya saling mengetahui akan tanggungjawab masing-masing dan tahu juga bagaimana untuk memenuhi hati satu sama lain dengan kebahagiaan dan ketenangan yang konsisten sifatnya selain turut melayan satu sama lain atas dasar ihsan. Pastinya, tidak ada jalan yang lain untuk menuju kepadanya melainkan dengan meneladani baginda sollaLlaahu ^alayh wasallam pada pegangan, perkataan dan perbuatan baginda ^alayhis solatu wassalaam.

Moga Allaah sentiasa mengurniakan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua untuk melakukan perkara-perkara kebaikan di atas dunia ini sementara hayat masih lagi dikandung badan. Bijaahin Nabiy.

Credit : Mohd Sobri Ellias
LIKE & SHARE

MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA. APA YANG PERLU DILAKUKAN?Sekiranya anda mendengar, melihat, mengetahui dengan dekat terda...
11/03/2021

MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA. APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Sekiranya anda mendengar, melihat, mengetahui dengan dekat terdapat keluarga, rakan atau diri sendiri dianiaya. Anda mahu ke mana?

Berikut sedikit panduan untuk anda:

1. Hospital /Klinik

Adalah disarankan terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma dimana-mana berhampiran sekiranya terdapat kecederaan. Rawatan yang anda dari bilik khusus yang dipanggil Pusat Krisis Bersepadu (OSCC).

2. Pergi ke Balai Polis
- Nyatakan dengan lengkap dan tepat kronologi kejadian, usah terburu-buru sehingga akan ada maklumat tercicir.

- maklumkan kepada Pegawai ia bertujuan untuk perlindungan diri, rujukan mahkamah dan tujuan pendakwaaan.

- Bawa apa-apa bukti sokongan.

3. Bantuan talian awam / NGO

- Talian Kasih KPWKM di 15999 atau mana-mana organisasi wanita seperti WAO

4. Saranan awal sebelum keluar rumah

- bawa barang-barang penting seperti kad pengenalan/ dokumen-dokumen/ kunci rumah/kunci kereta/ Pengecas telefon/ Pakaian( sekiranya berhasrat meninggalkan rumah)

Pembaca sekalian,

Mangsa penderaan ada kalanya telah mengalami gangguan mental yang berpanjangan, usahlah hanya menyatakan bertabahlah, bersabarlah. Apa yang perlu anda lakukan adalah bertindak mencari solusi semampunya supaya mangsa merasa selamat dan terbela.



بسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ψ§Ω„Ψ³Ω‘ΩŽΩ„Ψ§ΩŽΩ…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ±ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©Ω اللهِ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩŽΨ§ΨͺُهُPihak kami menawarkan khidmat nas...
10/03/2021

بسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…
Ψ§Ω„Ψ³Ω‘ΩŽΩ„Ψ§ΩŽΩ…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ±ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©Ω اللهِ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψͺُهُ
Pihak kami menawarkan khidmat nasihat & pelbagai lagi perkhidmatan berkaitan dengan masalah rumah tangga & semua masalah yg melibatkan kes-kes syariah.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan dan perlukan khidmat nasihat serta pandangan, salurkanlah kepada tempat yang betul, dengan cara hubungi secara terus kepada peguam yang bertauliah & berpengalaman bagi membantu menyelesaikan masalah anda.
πŸ“ž http://www.wasap.my/60172110058 (Tn Afandi)
πŸ“ž http://www.wasap.my/60134847547 (Tn Afendi)
πŸ“ž http://www.wasap.my/60176394039 (Pn Salina)
Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah πŸ˜ƒ

Assalamualaikum & Selamat sejahteraAdmin ingin membuka peluang kepada semua warga maya untuk bertanya apa-apa persoalan ...
06/03/2021

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Admin ingin membuka peluang kepada semua warga maya untuk bertanya apa-apa persoalan berkaitan kes-kes syariah. Sila PM admin, inshallah , admin akan menyalurkan masalah kalian kepada pengamal syarie yang bertauliah dan kalian diberi peluang untuk mengadakan sesi konsultasi bersama mereka dengan amat selesa.

Luahkan masalah kalian dan kami cuba membantu semampunya. Setiap sesi bersama kalian, rahsia kalian terpelihara.

Pecahkan kebuntuan hitam dan cari solusi untuk bahagia. Insyaallah anda akan berjaya harungi masalah rumahtangga kalian dengan tenang.

Pakar keluarga anda.

Address

Johor Bahru
80200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Keluarga Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share