Peguam Keluarga

Peguam Keluarga Pihak kami menawarkan perkhidmatan konsultasi dan runding cara secara atas talian dan bersemuka bagi

25/07/2022
12/10/2021

Assalamualaikum

Warga peguam keluarga yang dihormati.

Ayuh set konsultasi guaman bersama kami secara atas talian. Persoalan masalah keluarga anda, inshaallah kami berusaha menjawab.

Terima kasih ^_^

AKU SENGSARA.. AKU NAK CERAI...TAPI SUAMI XNAK LEPASKAN..KELUH SI ISTERI๐Ÿ˜ข๐ŸฅบTerdapat alternatif lain bagi isteri untuk mem...
23/04/2021

AKU SENGSARA.. AKU NAK CERAI...TAPI SUAMI XNAK LEPASKAN..KELUH SI ISTERI๐Ÿ˜ข๐Ÿฅบ

Terdapat alternatif lain bagi isteri untuk memohon pembubaran perkahwinan jika suami enggan mentalaqkan si isteri.

Isteri boleh memohon pembubaran perkahwinan melalui
1. Timbangtara Hakam
2. Khulu'
3. Penceraian secara ta'liq
4. Penceraian secara fasakh
5. Anggapan kematian

Tanyalah peguam syarie, untuk dapatkan penjelasan bagi kes anda.
๐Ÿ‘‡Komen di bawah๐Ÿ‘‡

๐— ๐—”๐—ก...๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ž๐—จ ๐—–๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š..๐—›๐—”๐—ก๐—–๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—จ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—› ๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—”๐—ž๐—จ๐Ÿ˜”๐ŸฅบTips dan guideline ini dapat membantu anda jika anda dapati is...
12/04/2021

๐— ๐—”๐—ก...๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ž๐—จ ๐—–๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š..๐—›๐—”๐—ก๐—–๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—จ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—› ๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—”๐—ž๐—จ๐Ÿ˜”๐Ÿฅบ

Tips dan guideline ini dapat membantu anda jika anda dapati isteri berlaku curang dalam hubungan:

1. Kawal emosi dan tegur serta nasihat dahulu.

2. Dengan tenang cari maklumat sahih, jangan senang2 percaya bulat-bulat dari mulut orang. Sendiri rugi jika ia sebuah fitnah.

3. Jika maklumat sahih, dan isteri mengakui maka bagi kata dua pada isteri. Samada ingin bertaubat atau diambil tindakan untuk disabitkan sebagai isteri yang Nusyuz di Mahkamah. Berat kesan isteri Nusyuz ni.

4. Jika isteri pilih untuk bertaubat, maka selesai dan Alhamdulillah. Suami berubah jika ada salah silap dari suami, isteri juga berubah untuk perbaiki diri.

5. Jika isteri enggan berubah, ada tiga tindakan yang boleh dibuat dan diambil tindakan oleh suami.

๐Ÿ“ŒPertama, failkan isteri kembali taat atau sabitan Nusyuz mengikut kepada kesesuaian kes.

๐Ÿ“ŒKedua, dalam masa yang sama boleh failkan gangguan pihak ketiga. Aduan dibuat di bahagian Penguatkuasa Undang-undang untuk diambil tindakan terhadap pihak ketiga tu. Renyah memang renyah tapi ini antara tindakan yang boleh diambil mengikut undang-undang.

๐Ÿ“ŒKetiga, jika tak mampu lagi untuk meneruskan perkahwinan boleh failkan perceraian secara persetujuan bersama atau tuntutan Fasakh untuk dinyatakan sebab-sebab untuk berpisah. Tapi jangan ikut emosi terus lafaz cerai p**ak tanpa kebenaran. Nanti lain p**ak kesnya nanti.

6. Bila semua perkara ni dah selesai. Teruskanlah sisa hidup yang berbaki itu dengan cara yang bahagia. Bahagia itu kita yang cipta bagaimana rencahnya, barulah bahagia.

Komen di bawah๐Ÿ‘‡
Anda buntu? Kami bantu

Credit: Rabiatul Adawiyah Ramli

๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ...๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”1. Peguam saya, pastikan jawapan yg diberikan ad...
09/04/2021

๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ...๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”

1. Peguam saya, pastikan jawapan yg diberikan adalah berdasar kepada kes saya secara khusus bukan secara umum.

2. Dia akan tanya segala fakta dan kejadian dalam kes saya untuk pastikan kes saya diselesaikan dan pastikan diri saya terjamin dan terbela

3. Sesiapa yang buat konsultasi, maka terjawablah soalan2 yang terbuku dlm hati sebelum ini.

Anda buntu? Tanyalah Peguam anda.
Boleh komen di bawah๐Ÿ‘‡

๐’๐€๐Œ๐๐€๐ˆ ๐๐ˆ๐‹๐€ ๐’๐€๐˜๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐…๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐€๐Š?Boleh komen di bawah๐Ÿ‘‡
05/04/2021

๐’๐€๐Œ๐๐€๐ˆ ๐๐ˆ๐‹๐€ ๐’๐€๐˜๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐…๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐€๐Š?
Boleh komen di bawah๐Ÿ‘‡

KITA MERASAKAN KESULITAN DALAM KEHIDUPAN? JOM AMALKAN ISTIGHFAR๐Ÿฆ‹Amalkan istighfar, nescaya Allah jadikan untuk kita jala...
02/04/2021

KITA MERASAKAN KESULITAN DALAM KEHIDUPAN? JOM AMALKAN ISTIGHFAR

๐Ÿฆ‹Amalkan istighfar, nescaya Allah jadikan untuk kita jalan keluar dari kesempitan

Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda:

*ู…ู† ู„ุฒู… ุงู„ุงุณุชุบูุงุฑ ุฌุนู„ ุงู„ู„ู‡ ู„ู‡ ู…ู† ูƒู„ูู‘ ุถูŠู‚ู ู…ุฎุฑุฌุงุŒ ูˆู…ู† ูƒู„ูู‘ ู‡ู…ูู‘ ูุฑุฌุงุŒ ูˆุฑูŽุฒูŽู‚ู‡ ู…ู† ุญูŠุซ ู„ุง ูŠุญุชุณุจ*

Mafhumnya: _*"Barangsiapa yang melazimi istighfar nescaya Allah menjadikan untuknya jalan keluar dari setiap kesempitan, kelapangan dari setiap keluh kesah dan Allah mengurniakannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka"*_ [Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim dengan sanad yang sohih]

๐ŸŒน Like, Share & Komen di bawah๐Ÿ‘‡

SAYA ๐——๐—œ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œBerkata Puan Hanim: Saya dan suami bercerai 2 tahun lalu selepas 17 tahun melayari bahtera ru...
01/04/2021

SAYA ๐——๐—œ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐——๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ
Berkata Puan Hanim:
Saya dan suami bercerai 2 tahun lalu selepas 17 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, kami dikurniakan tiga anak.

Sepanjang tempoh perkahwinan, kami tinggal di sebuah rumah teres yang dibeli atas nama suami selepas lima tahun kami berkahwin.

Bagaimanapun, selepas bercerai suami mengusir saya dan anak-anak keluar kerana menyatakan rumah itu dibeli di atas namanya. Kini rumah itu hanya disewakan.

Persoalannya, adakah saya berhak menuntut di Mahkamah Syariah rumah itu adalah sebahagian harta sepencarian kami walaupun ia dibeli atas nama suami?
_____________________________________________

Setiap wanita perlu tahu hak mereka selepas berlakunya perceraian.

Harta sepencarian adalah salah satu hak yang boleh dituntut oleh suami atau isteri.

Bagi masalah dialami puan, secara asasnya ia mempunyai merit dari sudut pandangan undang-undang untuk menuntut hak puan sebagai harta sepencarian.

๐Ÿ“Œ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐˜‚๐—ฑ ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐˜‚๐˜๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—บ๐—ถ. Seperti yang diperuntukkan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri berkenaan Harta Sepencarian, Seksyen 122 iaitu:

๐Ÿ“Œ3. Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat perintah perceraian, memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak itu.

๐Ÿ“Œ4. Dalam menjalankan kuasa yang diberi oleh sub-seksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:

a. Takat ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป-๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฝ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฎ๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ dengan memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga.

b. Keperluan anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada dan tertakluk kepada pertimbangan itu, mahkamah boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi walau bagaimanapun, pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

๐Ÿ“ŒTuntutan yang ingin dikemukakan perlu disertakan dengan fakta yang menyokong dakwaan puan. Sehubungan itu, puan perlu mengemukakan fakta mengenai sumbangan yang dibuat dalam usaha puan atau suami mendapatkan harta berkenaan.

๐Ÿ“ŒSekiranya puan tiada sumbangan secara langsung sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga, puan boleh mengemukakan fakta sumbangan secara tidak langsung iaitu dari segi tugas sebagai isteri yang dilakukan sepanjang harta itu mula dimiliki sehingga bercerai.

Fakta sumbangan itu perlu dikemukakan bagi tujuan menentukan berapa kadar bahagian yang layak untuk puan dan suami. Mana-mana pihak yang menyumbang dengan kadar yang besar, maka bahagiannya akan besar.

Seterusnya, puan juga boleh memohon supaya ditetapkan juga cara pembahagian kadar itu sama ada harta itu dijual dan seterusnya dibahagikan kepada pihak yang layak mengikut kadar bahagian masing-masing.

Penulis ialah peguam syarie
SUMBER : Harian Metro

๐˜ฝ๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™™๐™ž ๐™ ๐™ค๐™ข๐™š๐™ฃ๐Ÿ‘‡

Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.
Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda โค๏ธ

Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ๐Ÿ˜ƒ

๐—จ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฃ ๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—•๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ๐ŸŒนAllaah taala telah memerintahkan golongan lelaki ag...
31/03/2021

๐—จ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฃ ๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—•๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ

๐ŸŒนAllaah taala telah memerintahkan golongan lelaki agar melayan wanita dengan layanan yang baik.

๐ŸŒนIaitu tanpa menyakitinya dan tanpa mencuaikan hak-hak yang wajib ke atasnya bagi mereka.

๐ŸŒนJusteru, barangsiapa yang memperelokkan muamalatnya terhadap isterinya maka dia adalah di antara mukmin yang terbaik.

๐ŸŒนMelayan isteri dengan baik dalam erti kata yang lain adalah melayan mereka dengan penuh kelembutan, kasih sayang dan ihsan.

๐Ÿ’Baginda rasulillah adalah insan yang paling baik layanannya terhadap isterinya. Baginda sendiri menjahit pakaiannya. Baginda sendiri yang memerah susu haiwan ternakan. Boleh saja baginda menyuruh isterinya atau orang lain buatkan untuknya tetapi karna sifat tawadhuknya, baginda melakukannya sendiri.

๐Ÿ“ŒNamun lain p**a halnya bagi sebahagian suami di luar sana yang sesuka hati memerintah isterinya malakukan itu dan ini seperti dialah seorang raja adapun isterinya seorang hamba. Di manakah sikap tawadhuknya seorang suami?

๐Ÿ’Oleh itu, Sifat Ihsan antara satu sama lain perlu ada dalam kehidupan berpasangan. Suami bersikap ihsan terhadap isterinya dan isteri melakukan ihsan terhadap suaminya. Tanpa ihsan antara pasangan maka robohlah sesebuah rumahtangga itu.

[KESAN BERPOLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH]๐Ÿ“Poligami adalah perlahwinan lebih daripada seorang isteri dan tidak melebih...
29/03/2021

[KESAN BERPOLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH]

๐Ÿ“Poligami adalah perlahwinan lebih daripada seorang isteri dan tidak melebihi 4 orang isteri dalam satu masa. Pengharusan poligami dalam islam disyariatkan melalui firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa.

๐Ÿ“Setiap perkahwinan poligami hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.

๐Ÿ“"Jika seorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia adalah melakukan sesuatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara."

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

LIKE & SHARE FB PAGE KAMI

Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat, kami sedia membantu anda โค๏ธ

๐Ÿ“žhttps://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)
๐Ÿ“žhttps://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)
๐Ÿ“žhttps://bit.ly/30qBopL (Tuan Afandi 2)

Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ๐Ÿ˜ƒ

๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง-๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—–๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐Ÿ’Kebahagiaan dan kedamaian dalam berumah tangga hanya akan dikecapi apabila kedua-dua pasangan mengerti d...
17/03/2021

๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง-๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—–๐—œ๐—ก๐—ง๐—”

๐Ÿ’Kebahagiaan dan kedamaian dalam berumah tangga hanya akan dikecapi apabila kedua-dua pasangan mengerti dan sedar akan tanggugjawab dan kewajiban masing-masing terhadap satu sama lain serta saling melayan di antara satu sama lain dengan layanan dan pergaulan yang baik.

๐Ÿ’Sungguh, syarak ada menerangkan tentang hak, adab serta akhlak yang perlu diikuti serta dilaksanakan oleh pasangan suami isteri demi menggapai kehidupan berpasangan yang membahagiakan dan demi menggapai sakinah, rahmah dan mawaddah dalam bahtera perkahwinan yang dilayari. Jika tidak, pasti akan berlaku kekacauan, stress atau mungkin sahaja letupan bom yang akhirnya akan menatijahkan perpisahan yang sadis dalam keadaan hati yang terguris-terhiris.

๐Ÿ’Di antara adab tersebut adalah;
baik layanan isteri terhadap suami, melaksanakan tanggungjawabnya terhadap suami, mentaati suami pada semua perkara yang diredhai Allaah dan RasulNya.
RasuluLlaah sollaLlaahu ^alayh wasallam pernah bersabda yang mafhumnya: โ€œManusia yang paling besar haknya ke atas seorang wanita adalah suaminyaโ€.
Baginda juga pernah bersabda yang mafhumnya: โ€œMana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke dalam syurgaโ€.

๐ŸŒนMaka seorang wanita yang berakal dan tinggi sopan-santunnya adalah yang benar-benar komited melaksanakan tanggugjawabnya terhadap suaminya dan melayannya dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Credit: Mohd Sobri Ellias

APAKAH HAK ISTERI PERTAMA APABILA TIBA2 DAPAT TAHU SUAMI SUDAH BERPOLIGAMI?Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suam...
16/03/2021

APAKAH HAK ISTERI PERTAMA APABILA TIBA2 DAPAT TAHU SUAMI SUDAH BERPOLIGAMI?

Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.

Namun dalam kebanyakan kes ini, terlalu ramai isteri yang tidak jelas atau tidak tahu apakah hak seorang isteri yang sedia ada apabila suami berpoligami.

Majoriti tahu, bercerai. Ya. Perceraian itu juga hak seorang isteri.

Namun begitu, terdapat juga hak yang dijamin hukum syarak buat isteri yang memilih untuk mengekalkan perkahwinannya.

Ada beberapa hak yang penting akan admin kongsikan:

*****************
1) Hak Nafkah Diri
*****************
Nafkah ialah pemberian wajib seorang suami kepada isteri yang merangkumi 3 keperluan asas iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

*********************
2) Hak Giliran Bermalam
*********************
Hak giliran bermalam ialah hak yang wajib diberikan secara adil oleh suami kepada isteri-isterinya yang dimadukan.

Isteri pertama perlu tahu berapa hari haknya dan

*****************
3) Harta Sepencarian
*****************
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi oleh suami isteri dalam tempoh perkahwinan atau harta yang diperolehi satu pihak sebelum perkahwinan namun dikembangkan/dimajukan oleh satu pihak yang lain dalam tempoh perkahwinan.

****************
4) Hak Nafkah Anak
****************
Nafkah anak ialah nafkah wajib yang disediakan bapa kepada anak-anaknya.

๐Ÿ“ŒDinasihatkan isteri yang sudah mengetahui dirinya telah dimadukan:

1. Anda mempunyai beberapa hak yang penting dan telah dijamin oleh hukum syarak dan undang-undang selain daripada bercerai.
Beranikan diri dan tuntutlah hak berkenaan demi kebaikan diri dan keluarga anda.

2. Jika suami anda telah berpoligami secara rahsia dan kemudian enggan untuk mendaftarkannya, persiapkan bukti.
Kerana beban bukti untuk membuktikan di Mahkamah bahawa suami telah poligami adalah tanggungjawab anda.

3. Rujuklah mereka yang arif dalam hal ehwal berkaitan undang-undang syariah ini sekiranya masih lagi musykil dan tidak jelas mengenai hak-hak anda.

Suami dah terlepas poligami tanpa pengetahuan, jangan p**a biarkan dia terus terlepas menunaikan hak.

Cerita tentang tiba-tiba sudah ada madu, suami poligami secara senyap dan tanpa pemberitahuan sudah terlalu banyak.

Like, Follow dan Share Page kami untuk manfaat bersama.

ANDA BUNTU? KAMI BANTU
๐Ÿ“ฒ Hubungi kami:

๐Ÿ“žhttps://bit.ly/3elH1h4 (Tn Afandi)

๐Ÿ“žhttps://bit.ly/30qBopL (Tn Afandi 2)

๐Ÿ“žhttps://bit.ly/2PBVLy3 (Pn Salina)

FB: https://www.facebook.com/peguamkeluargaanda/
Telegram: https://t.me/peguamkeluarga

Semoga ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah Anda, inshaaAllah ๐Ÿ˜ƒ


Address

Value Office Coworking Space @Mount Austin, Block B, #5-01, Austin V Square, Jalan Austin Perdana 2, Taman Austin Pedana, Taman Mount Austin
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60134847547

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Keluarga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Peguam Keluarga:

Share