31/03/2021
ππ¬ππ§-ππ¬ππ§ πππ‘π§π
πKebahagiaan dan kedamaian dalam berumah tangga hanya akan dikecapi apabila kedua-dua pasangan mengerti dan sedar akan tanggugjawab dan kewajiban masing-masing terhadap satu sama lain serta saling melayan di antara satu sama lain dengan layanan dan pergaulan yang baik.
πSungguh, syarak ada menerangkan tentang hak, adab serta akhlak yang perlu diikuti serta dilaksanakan oleh pasangan suami isteri demi menggapai kehidupan berpasangan yang membahagiakan dan demi menggapai sakinah, rahmah dan mawaddah dalam bahtera perkahwinan yang dilayari. Jika tidak, pasti akan berlaku kekacauan, stress atau mungkin sahaja letupan bom yang akhirnya akan menatijahkan perpisahan yang sadis dalam keadaan hati yang terguris-terhiris.
πDi antara adab tersebut adalah;
baik layanan isteri terhadap suami, melaksanakan tanggungjawabnya terhadap suami, mentaati suami pada semua perkara yang diredhai Allaah dan RasulNya.
RasuluLlaah sollaLlaahu ^alayh wasallam pernah bersabda yang mafhumnya: βManusia yang paling besar haknya ke atas seorang wanita adalah suaminyaβ.
Baginda juga pernah bersabda yang mafhumnya: βMana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke dalam syurgaβ.
πΉMaka seorang wanita yang berakal dan tinggi sopan-santunnya adalah yang benar-benar komited melaksanakan tanggugjawabnya terhadap suaminya dan melayannya dengan ikhlas dan sepenuh hati.
Credit: Mohd Sobri Ellias